Socialize

Follow my blog with Bloglovin

Khamis, 1 Disember 2016

Halia Bentong , Halia Malaysia terbaik !

assalamualaikum semua,

aritu aku pegi ke Pasaraya LYC yang sebelah je dengan pejabat aku, kononnya nak cari sayur sikit untuk bekalan rumah.. kurang-kurang dapat untuk dua tiga hari jadiklah.. dan sekali tu terpandang la kat area juruwang tu halia dalam paket.. dan lama dah tinjau.. dulu-dulu ingatkan halia biasa yang dah siap timbang dan paketkan.. rupa-rupanya salah la.. Halia bentong rupanya... 


halia bentong

bagi yang tak biasa dengan halia bentong ni memang anggap macam halia biasa je.. macam aku la.. walaupun aku tinggal di kuantan dan memang pernah dengar pasal halia bentong ni tapi memang jujur aku cakap yang aku memang tak pernah membeli pun.. sebabnya harga dia yang agak jauh mahal dari halia biasa tau..

kalau ikutkan halia ni biasanya orang gunakan dalam masakan.. dan kalau aku sendiri semua masakan aku akan letak halia sikit walau cuma masak sawi masak air je pun.. hehe.. sebabnya ? sebab aku suka rasa dan aroma halia dalam masakan.. kalau kita kunyah-kunyah dalam kuah atau sayur pun sedap.. walau anak-anak tak berapa suka makan halia tapi aku tetap jugak letak.. benda yang ada khasiat jangan dipersiakan kan ? mana tau dah besar esok-esok anak-anak jadi suka makan atas sebab dah dibiasakan dari kecik ke kan.. mana la tau.. tapi kalau buat masak nasi goreng atau mee goreng ke aku memang akan kisar je semua bahan termasuk halia dalam tu.. memang anak-anak terpaksa makan la kiranya kan.. hehe.. 

ada orang guna halia dalam minuman jugak.. yang ni aku tak biasa sangat buat kecuali minum susu halia.. tapi satu hari nak cuba jugak guna halia untuk proses buat air detox ke kan.. aku belum cerita pasal azam air detox eh ? nanti aku cerita eh.. mana la tau esok lusa ada pulak penaja untuk satu mesin "juicer" untuk merealisasikan impian aku nak minum air detox hasil "juicer" pulak ke kan... hahaha.. mengharap... eh sambung cerita halia bentong..


Khasiat Halia Bentong


kalau ikutkan perubatan, biasanya orang guna halia untuk pembuangan angin yang baik dari badan dan jugak untuk rawat kemualan dan jugak muntah-muntah.. jadi halia bentong ni pun sama la macam khasiat halia biasa.. kalau ada sesiapa tau apa fungsi dia yang lain bagitau eh..

dan selepas aku beli halia bentong ni, aku terbaca pulak pasal halia bentong ni dalam blog Anim Agro.. menarik jugak infonya.. katanya dulu memang halia bentong ni diusahakan di sekitar Bentong dan Janda Baik je.. tapi sekarang ni dah meluas ke Gerik pulak.. aku nak cuba la tanam pulak mana tau menjadik pulak ke kan.. kot lepas ni boleh jadi usahawan halia pulak ke kan.. haha..

aku belum kongsikan dengan korang lagi berapa harga Halia Bentong ni kan ? haaa... cuba tengok harganya kat bawah ni ? RM19 sekilo tau ! dan jangan cakap aku beli sebab aku kaya ok.. tapi nak doa aku kaya takpe aku terima je.. tapi aku beli sebab aku nak cuba.. dan bungkusan yang aku ambik ni pun merupakan bungkusan yang paling murah dalam longgokkan bungkusan halia yang telah dipek ni tau... tak sampai pun setengah kilo..


harga halia bentong

apa aku buat dengan Halia Bentong ni ? aku dah masak macam-macam.. dan betul la seperti dakwaan orang yang masakan menggunakan Halia Bentong ni lebih sedap daripada kita gunakan halia biasa tau.. masa aku buang kulit dia pun lembut sangat isinya tu.. aku cuba la gigit sikit yang mentah tu.. takde rasa pedar sangat pun macam halia biasa.. rupa luaran macam halia biasa yang tua kan.. tapi rasa dia lebih kepada rasa halia muda.. sedap !

dan dari info yang aku dapat halia ni patut dituai dari umur 4 bulan untuk halia muda dan jangan lebih 10 bulan untuk halia tua.. sebab lebih dari umur 10 bulan tu dah sesuai untuk dibuat benih bagi percambahan pokok baru.. menarik kan ? jadik aku nak cuba je la tanam yang aku beli ni.. mana la tau boleh tumbuh ke kan.. ?

pada korang yang suka makan halia atau suka masukkan halia dalam masakan elok la cuba.. tak rugi tau.. memang berbaloi.. tak salah kalau orang dakwa bahawa Halia Bentong merupakan Halia terbaik Malaysia ! pada aku halia ni boleh jadi halia terbaik dunia jugak !
Cerita menarik lain

1 Luahan Ikhlas:

hainom OKje berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Selalu soping kat Tesco jer Ta...entahkan ada entahkan tidak kat Tesco Halia Bentong tu. Boleh tahan mahal jugak ye Ta. Mmg confirm tak belilah gamaknya haha...

Ohhh...semua masakan hang letak halia ye Ta...sawan halia nampaknya ni hihi