Follow my blog with Bloglovin

Sabtu, 31 Disember 2016

Kadar tol LPT 2 yang mahal sebab kenderaan kurang?

assalamualaikum semua,

siapa yang biasa lalu di Lebuhraya Pantai Timur (LPT)? sila angkat keyboard... dan yang biasa lalu di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) pulak? mesti ramai kan dah tau yang LPT 2 dah kenakan bayaran tol berkuatkuasa 15 Julai 2016 aritu.. sehari sebelum kami bertolak ke Kelantan untuk ambik barang-barang projek Miss Purple kami..

kadar tol Lebuhraya Pantai Timur 2


kami dah beberapa kali jugak ulang alik dari Kuantan ke Kelantan dan Kuala Terengganu sebelum ni.. terutama pada hujung tahun lepas dan jugak pertengahan tahun ni.. ada atas urusan kerja dan jugak urusan keluarga..

jadinya kami memang sangat-sangat terasa bila tol mula dikenakan bayaran.. antara yang ketara ialah kenderaan yang menggunakan LPT2 semakin berkurang.. ye la mungkin sebelum-sebelum ni orang yang gunakan lebuhraya ni pun cuma penduduk tempatan yang akan ke daerah-daerah berdekatan je.. dah ada kemudahan kan.. lepas tu percuma pulak.. lebih la menariknya..

dan selepas dikenakan bayaran memang terasa sangat la mahal.. bukan mahal apa.. pada aku sangat tak setimpal dengan perkhidmatan yang disediakan.. 

tandas dan tempat solat yang disediakan memang sangat banyak dan bagus.. cuma terdapat kelemahan sedikit bahagian kebersihan.. macam tandas tu tak la sebersih di R&R di sepanjang laluan Lebuhraya Utara Selatan atau Lebuhraya Pantai Timur 1.. jauh sangat bezanya.. jugak kebersihan suraunya.. tapi aku suka satu.. ada tandas keluarga.. boleh masuk anak beranak.. jadi tak risau la nak buang air tertinggal anak kat luar pasal tak muat kan? 

surau di Lebuhraya Pantai Timur 2 ni pulak kebanyakannya berkonsepkan kayu dan lapang di bahagian atas dan cuma ada palang-palang kayu.. cantik.. cuma ianya menggalakkan lebih banyak cicak membiak dan menjatuhkan najis ke lantai surau yang agak mencacatkan permandangan dan kebersihan..  tapi takpe mungkin pihak konsesi masih baru dan masih banyak yang perlu diperbaiki..

cuma yang teramat ketara agak menyusahkan pengguna ialah kemudahan gerai makan yang terhad.. kami bertolak dari kuantan waktu awal pagi dan sampai di sebuah R&R pada waktu pagi lebih kurang jam 8 pagi tapi belum ada satu pun makanan yang disediakan kecuali roti bakar.. haha.. bayangkan apa yang dihadapi oleh pengguna untuk jarak jauh ?

Hentian Sebelah Kijal atau R&R Kijal


dan juga kemudahan stesen minyak yang agak terhad.. cuma satu sahaja stesen minyak kecil yang kami panggil stesen minyak cowboy terdapat di R&R Hentian Sebelah Kijal yang merupakan R&R kedua selepas R&R Perasing yang memang sangat terasing dan menyeramkan.. ini kalau korang datang dari arah Kuantan tau.. bayangkan kalau korang pengguna yang menjangkakan adanya stesen minyak di R&R lain di hadapan korang ? kami dah jumpa pun orang yang panik sebab minyak nak abis dan dah terlepas stesen minyak koboi sebelumnya.. terpaksa pulak turun dari lebuhraya dan cari stesen minyak di perkampungan terdekat.. sangat menyulitkan..

stesen minyak di LPT2



ditambah pulak dengan kadar tol yang agak mahal jika dibandingkan dengan LPT 1.. jika jarak perjalanan ke Bentong dari Kuantan ambik masa lebih kurang 3 jam dan bayarannya kurang dari RM20 macamana pulak di LPT 2 , jarak perjalanan dari Kuantan ke Kuala Terengganu yang ambik masa lebih pendek dari tu kadar tolnya lebih lagi.. kalau tidak takkan kerajaan negeri Terengganu sendiri pernah keluarkan bantahan tentang kadar tol ni..

belum lagi dengan pengalaman orang yang berjumpa macam-macam dugaan sepanjang menggunakan lebuhraya ni.. terutamanya bertembung dengan lembu-lembu yang berkeliaran di sepanjang lebuhraya.. kami sendiri mengalaminya.. korang pernah ke ada pengalaman yang sama?

Cerita menarik lain

2 Luahan Ikhlas:

Shahida Dzulkafli berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Patutnya bila mahal kemudahan nya perlulah bagus, baru tiada rungutan..

Linda berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Salam Tahun Baru 2017 :)