Follow my blog with Bloglovin

Khamis, 15 Disember 2016

Penting ke tau jenis darah dan rhesus ?

assalamualaikum semua,

baru je tengahari tadi baca info pasal mencari penderma darah bagi Kumpulan B- atau O- .. pesakit sekarang ni tengah memerlukan darah yang disebut dan sedang mendapatkan rawatan di PPUKM.. bagi sesiapa yang mempunyai kumpulan darah yang sama dan sudi menderma boleh la terus ke Pusat Darah Negara.. dan ada sikit perbincangan dalam group jugak tadi.. yang nampaknya ada lagi yang masih tak tau jenis darah masing-masing..

Korang kumpulan darah yang mana ?


ok kenapa kita kena tau jenis darah kita ? terutamanya status rhesus kita sebenarnya ? mungkin ramai yang tak sedar kecuali bila dah ada ahli keluarga atau diri sendiri yang mengalami masalah di kemudian hari.. macam kes ni jugak.. bila diperiksa ahli keluarga tak ada jenis darah yang sama.. 

sebenarnya kalau di zaman sekarang ni ada je pemeriksaan percuma di mana-mana untuk tau kumpulan darah dan status rhesus (Rh) masing-masing.. salah satunya bila kita nak isi borang permohonan untuk bernikah.. akan ada borang untuk pemeriksaan lengkap percuma termasuk mengenal jenis darah dan jugak mengesan jika ada jangkitan HIV..


carta ni terangkan sekali mengikut kumpulan darah 


dan korang yang dah pernah buat pemeriksaan pernah tengok dan tau ke korang ni kumpulan darah yang mana dan jugak status rhesus korang ? perasan tak kalau kita dapat keputusan darah tu doktor atau pembantu makmal akan tulis O+ atau O- atau AB+ atau AB- ? korang benar-benar faham ke kenapa doktor tulis macam tu ? kalau nak tau mereka bukan saja-saje je tulis tau.. maknanya ada macam kat bawah ni...


Status Rhesus



dan kalau nak tau sebenarnya tanda - atau + yang ditulis selepas huruf bagi kumpulan darah samaada O, A, B , atau AB tu sebenarnya ada maksudnya.. ia adalah penentu status rhesus di dalam darah korang, terdapat satu protein  (D-antigen) yang terdapat di permukaan sel darah yang yang mempunyai rhesus postitif (+) dan tiada protein ini pada darah dalam kumpulan yang mempunyai status rhesus negatif (-)..

dan mesti akan ada yang nak tanya pulak kan.. apa pentingnya nak tau kumpulan darah dan rhesus ni sebelum berkahwin kan ? haaa.. ok meh aku cerita lanjut...

antara sebabnya ialah masalah akan timbul bila si ibu yang mempunyai rhesus negatif (kumpulan darah A, B, AB, atau O-) mengandungkan anak yang mempunyai rhesus sebaliknya iaitu rhesus positif  (+) dan kemudiannya akan menyebabkan si ibu akan menghasilkan antibodi dalam badan yang akhirnya mengenalpasti darah si anak sebagai musuh dan bukannya kawan dan akhirnya akan menyebabkan antibodi si ibu akan membunuh sel darah anak yang dikandungnya.. hal ni akan menyebabkan si anak akan mengalami kekurangan darah (anemia) dan akhirnya akan mengalami berbagai komplikasi..

antara komplikasinya ialah jaundice selepas lahir disebabkan hati yang tak dapat memproses sel darah berlebihan yang telah dimusnahkan oleh antibodi si ibu.. dan penting untuk tau kebanyakan situasi tidak berlaku pada kandungan pertama tetapi berlaku jika si ibu mengandungkan anak yang mempunyai rhesus positif buat kali kedua dan seterusnya..

untuk kumpulan penderma jugak selalu bermasalah jika korang ada darah yang mempunyai status rhesus negatif ni.. jarang sangat nak dapatkan penderma yang sesuai.. alangkan darah O+ macam aku ni pun payah tau nak jumpa biasanya.. kalau jadi apa-apa dalam keluarga aku ni pun payah.. anak-anak menikut shah darah jenis B+.. semoga Allah bagi sihat sentiasa la hendaknya... eh meh tengok kumpulan penderma yang sesuai mengikut kumpulan darah masing-masing macam kat bawah ni..


kumpulan penderma darah yang sesuai mengikut jenis darah


jadi... bila dah tau info macam ni.. korang rasa patut tau tak kumpulan darah korang dan status rhesus? sebenarnya kalau tanya aku secara peribadinya elok kita ambik tau.. tapi kalau dari segi keselamatan bayi dalam kandungan macam cerita kat atas tu itu di luar kemampuan kita sebagai manusia.. dan termaktub pun dalam al-quran yang apa yang terkandung dalam rahim ibu adalah rahsia Allah.. jadi siapalah kita untuk menentukan kan? yang penting kita perlu ada pengetahuan supaya boleh hadapi apa-apa sahaja di masa depan dengan lebih yakin.. insyaAllah



Cerita menarik lain

5 Luahan Ikhlas:

Nurzakiah Hanum berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sangat penting

Unni Anje berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

mesti la penting..

saniah ibrahim berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Akak salah sorang yang pernah jadi penerima darah B+.

hainom OKje berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Kami suami isteri je tahu kami darah O Ta tp tak sure rhesus apa tah + ke - .

Eca Dwinky Asha berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

eca rsanya darah B..tp mcm darah O..eh tak ingatla.kena cek balik ne.