Logo KBBA

Khamis, 29 Disember 2016

Promosi Diskaun 50% untuk Kupon Tempat Letak Kereta

assalamualaikum semua,

semalam ada kawan tetiba tanya dalam group whatsapp pejabat, dia tanya siapa yang nak kongsi beli kupon tempat letak kereta untuk Majlis Perbandaran Kuantan.. katanya murah sebab ada diskaun 50%..

Promosi kupon tempat letak Kereta MPK


wah.. aku yang dengar apa lagi laju je komen nak join beli.. katanya kena cukupkan 10 buku kupon tu baru boleh dapatkan harga diskaun 50% tu.. tu yang dia ajak kongsi ramai-ramai untuk cukupkan 10 buku tu..

dan alhamdulillah menjelang petang semalam dah selamat kupon parking tu sampai ke tangan aku.. dah yang paling best aku tengok kupon tu boleh digunakan sehingga tahun 2018 tau.. jadinya kalau korang yang berhajat nak borong banyak pun boleh..

Kupon parking MPK


caranya boleh dapatkan di Pejabat Unit Letak Kereta, Blok C, Kuantan Centre Point.. untuk 10 buku tu cuma RM33 je harganya.. jadinya satu buku tu cuma berharga RM3.30 je.. berbaloi kan ? 

jadi cepatlah ajak sedara mara, kawan-kawan pejabat (macam kami buat) atau kawan-kawan setaman untuk berkongsi.. promosi tamat sehingga 31 Disember 2016 je tau.. jadi korang ada masa sehingga sabtu ni je..
Cerita menarik lain

2 Luahan Ikhlas:

Jun Zie berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wahh ! 3.30 mmg murah tu ! hope kat sni pun ada promo mcm ni huhuhuhu

Kakzakie Purvit berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Bijak! Kakak rasa kedai-kedai yg depan tempat parking mesti beli bertepek-tepek sebab biasa org yg terdesak akan beli dari mereka.