Follow my blog with Bloglovin

Selasa, 27 Disember 2016

Tak jadik keluar la pulak

assalamualaikum semua,

hari semalam dapat perkhabaran tak best pulak.. abah tak boleh keluar wad lagi.. aku dengan shah dah bersemangat kemas baju dan kalau abah dapat keluar kami nak terus hantar abah mak balik johor.. tapi apa nak buat kan.. manusia hanya mampu merancang tapi Allah jua yang menentukan..

gambar abah tak boleh keluar lagi.. gambar kami berdua pun jadi la.. haha


tapi aku bersyukur jugak pada masa tu.. sebabnya pada aku biarlah abah sihat dengan sempurna dulu baru balik ke rumah.. supaya takkan ada komplikasi atau kesulitan apa-apa bila abah duduk di rumah nanti..

untuk perkembangan lain nampaknya abah dah boleh bangun dan berjalan perlahan-lahan ke bilik air pagi tadi.. dan abah kata badan pun tak sakit dan sengal-sengal macam sebelum ni.. semoga abah terus sihat dan terima kasih yang mendoakan..
Cerita menarik lain

1 Luahan Ikhlas:

hainom OKje berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Abah sakit ye Ta.... Moga cepat sembuhlah. Kalau ikutkan hati, kalau boleh mmg nak cepat keluar dari hospital, tapi biarlah betul betul elok baru discharge kang jadi apa apa kat rumah, tak de orang susah jugak