Follow my blog with Bloglovin

Selasa, 13 Disember 2016

Telinga bernanah lagi..

assalamualaikum semua,

pagi tadi kami habiskan masa sepagi di Hospital HTAA sekali lagi.. akhir kami pergi aritu pada bulan lepas... masa tu adik kena jalani pemeriksaan macam biasa dan telinga adik kena sedut jugak.. 



adik hadi dengan Panda dari FOODPANDA dari Lazada



dah tak ingat dah berapa kali ntah adik kena jalani proses sedut nanah dalam telinga atau dipanggil suction ni.. selalunya aku jarang nak pegang.. shah je yang pegang sepanjang prosedur sebabnya aku ni jiwa lemah sikit kalau anak-anak menangis merayu-rayu mintak lepas sebab sakit.. luluh hati ibu ni tau.. kalau shah memang keras hati sikit.. jadinya memang aku lepas ke dia je la untuk handle.. kalau nak cucuk vaksin pun sama.. haha.. memang seorang mak yang lemah kan..?

dan pagi tadi disebabkan shah ada kerja kena uruskan aku kena la handle adik hadi sorang-sorang.. bahagian lain aku ok je.. tapi bila sampai kena suction tu memang lemah la.. adik hadi pasrah je bila orang bedung dia untuk prosedur tu tapi mula menangis meraung bila disedut telinganya.. Allah.. ummi memang tak kuat la nak... sebab ummi tau memang sakit prosedur ni sebab ummi pun pernah kena dulu...

ada pulak abg long, abg ngah dengan kakak husna yang ikut sama tadi sebab cuti sekolah.. jadinya memasing muka macam apa je bila dengar adik menangis meraung sekuat-kuatnya tu.. memasing pun buat muka pelik bila tengok ada nanah likat dalam telinga adik dan nampak gegendang telinga adik yang berlubang... aku pernah cerita pasal sakit telinga adik sebelum ni dulu dalam Sakit telinga.. banyak entri pasal ni sebenarnya.. kalau korang nak baca pengalaman dan kisahnya boleh taip kat kotak search kat belah tepi atas kalau dari laptop dan kat belah bawah skrin kalau korang guna hp..

dan kali ni doktor bekalkan ubat tambahan untuk adik.. adik kena habiskan antibiotik untuk seminggu.. ubat selsema untuk 2 minggu.. ubat spray hidung untuk terus pakai sampai selsema adik ok.. dan ada jugak ubat kena titis dalam telinga adik.. harapnya adik hadi bagi kerjasama baik untuk proses bagi ubat nanti.. sebabnya sekarang ni dia dah ada kemahiran ketap gigi dia lama-lama untuk elak kami sumbat syringe ke dalam mulut dia.. bijak... bijak.. dan berdasarkan kajian kemahiran ini didapati dari sebab terlampau lama terdedah dengan makan ubat hari-hari.. kesiannya adik hadi.. 

semoga Allah beri harapan untuk adik hadi sembuh ye nak...
Cerita menarik lain

3 Luahan Ikhlas:

Nurzakiah Hanum berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

semoga cepat sembuh

Unni Anje berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

take care.. moga cepat smbuh

sohoque berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

moga adik hadi dikurniakan kesihatan yang segera