Follow my blog with Bloglovin

Isnin, 12 Disember 2016

VR Box dari Lazada ? Apa tu?

assalamualaikum semua,

hari ni hari terakhir untuk jualan promosi di Lazada tau.. 12.12.2016 ! jadinya meh la kita cerita pasal satu lagi barang menarik yang ada dalam Box of Joy Lazada aritu.. korang pernah tengok ntah tak benda alah VR Box ni ? ke korang jenis jakun jugak macam aku ? haha...

aku akui ok aku memang dari dulu rabun IT.. bukan la buta kan.. rabun je.. kalau buta langsung takde pun blog Cerita Ita ni haa agaknya.. dan kalau nak tau sebenarnya aku langsung tak tau apa fungsi VR Box ni tau.. tercengang-cengang bila benda ni dikeluarkan sama dengan barang-barang lain dari Lazada aritu...

VR Box ni nama sebenar dia ialah Virtual Reality Box ... dan korang nak tau sapa yang terkejut dan sangat teruja bila nampak VR Box ni ? tentunya bukan aku dan anak-anak pasal kami dah tercengang dah.. apa benda alah ntah ni.. hahaha.. 

orang yang sangat teruja tak lain tak bukan dari suamiku yang tersayang tu la.. Shah ok.. dia siap cakap wah.. ummi dapat benda ni... meh ayah cuba.. eh..eh siap tau pulak tu nak bukak yang mana dan terus pasangkan hp dia kat dalam VR Box ni.. boleh pulak dia anak- beranak mencuba.. cuma macam kelam kabut masa tu jadi aku tak sempat nak ambik gamabr diorang cuba.. hehe.. pepaham la keadaan drama masa tu.. dengan ada yang tergolek nangis.. dengan ada yang masam muka.. sambil cakap ala.. asyik dia je cuba.. hahaha.. jadi aku tak sempat ambik gambar..

kegunaan VR Box ni untuk korang yang suka tengok video dari hp terutamanya cerita-cerita 3D tau.. memang nampak real dalam tu.. dia tak sakitkan mata pun sebab dia punya pandangan dalam tu macam kita tengok wayang dalam panggung.. best kan ?


nampak kanta dalam tu ?


jadi kalau korang berminat nak beli yang sama macam aku dapat ni korang boleh je klik memana nama VR Box yang aku dah linkkan ke barang sebenar kat dalam website Lazada... atau kalau rasa susah korang klik je banner kat bawah ni dah cari VR Box kat kotak search.. senang kan ? cepat tau.. promosi berakhir sampai tengah malam ni je tau.. cepat bertindak !



Cerita menarik lain

4 Luahan Ikhlas:

Tanpa Nama berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Bestlah ye...

Jun Zie berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Woww?? Mcm2 ada kat lazada. ju xperna bli kat sna lg

kakIza berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ooooo itu gunanya ye, akak memang pelanggan setia lazada, hampir setiap bulan 2-3 kali 'melabur' kat lazada, tapi semenjak kenal dengan GAP pG, akak dah berubah arah.. biar lambat asal jangan x mula,.. orang lain dah lama dapat mengubah nasib keluarga, akak pulak mengubah nasib lazada je...

lyana ishak berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hehehehe akhirnya terjawab jugak persoalan , tertanya2 gak VR Box nie benda apa .. jakun gak kat sini pon hehehe