Julai 2016 - Cerita Ita                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2016

Menu mudah untuk Potluck berserta resepi

assalamualaikum semua, tetiba hari ni asyik dengar perkataan 'potluck' je... ntah kenapa.... dalam group whatsApp orang cerita Potluck.... dalam facebook pun sama... minggu depan pun kalau tak ada aral akan ada majlis berkonsep potluck di tempat kerja aku ni haa... dan tetiba la jadi idea nak buat entri... haha....  MAKSUD POTLOCK sebenarnya potluck ni apa maksudnya? kalau ikutkan perkataan potluck ni berasal dari perkataan bahasa inggeris yang bermaksud satu perjumpaan di mana setiap seorang tetamu dalam perjumpaan ni menyumbang sejenis makanan setiap seorang... perkataan ni mula popular pada abad ke 16 lagi tau... menarik ek? tapi asalnya perkataan tu dimaksudkan untuk makanan yang disediakan untuk  tetamu yang pada asalnya tidak diundang atau tidak dijemput... kiranya rezeki untuk tetamu yang datang secara tiba-tiba la.... dalam inggerisnya "the luck of the pot"... tapi menjelang abad ke 19 menjadi popular pulak bagi tetamu membawa makanan sendiri dan akhirnya

Resipi Simple Tuna Baguette

assalamualaikum semua, hari ni makan sedap tengahari sebab tak puasa... huhu... kononnya aku ni nak berazam la puasa 6 Syawal penuh tahun ni... selalu asyik ada aje halangan... makanya aku dah cuba dari hari Selasa baru ni... sampai semalam dapat la 3 hari... tapi hari ni aku terpaksa la langgar azam aku ni sebab batuk aku dah semakin teruk... tadi masa nak bincang tajuk mini projek dengan pelajar praktikal pun aku rasa macam nak letak tepi kejap je batuk ni... payah woo... nak bercakap banyak tapi terberhenti-henti... tapi dah namanya manusia ek... kalau sakit pun bukan dapat sekat mulut dari nak makan... makanya tengahari ni kita makan bekal sedap ko... ke barat sekejap kita hari ni... makanan western lagi tu... mujur mata tak jadi biru ke coklat ke kan... hahaha.... jadinya disebabkan aku dah rasa sedap resipi mudah ni apa kata aku kongsikan dengan korang.... meh terus baca meh... eh lupa ... sebelum tu... meh tengok gambar dulu bagi korang terliur....  chili tuna ba

Penentuan Arah Kiblat terakhir bagi tahun 2016

assalamualaikum semua, salam jumaat buat semua.... sekejap je dah abis seminggu kan? dah jumpa Jumaat semula dah... rasanya baru je sibuk-sibuk nak beraya aritu... lepas tu baru je sambut raya ke 3, jumaat lepas.... tetiba dah jumaat balik... cepat betul masa berlalu... dan hari ni merupakan salah satu Jumaat istimewa juga kiranya... nak tau sebab apa? meh baca lagi.... semalam bila tinjau facebook ternampak Falak Online update gambar dekat facebook dia... terus lelaju klik dan simpan... pasal penentuan arah kiblat terakhir untuk tahun 2016 ni... yang pertama adalah pada bulan Mei tahun ni jugak.... sebenarnya katanya memang dah ditetapkan pada 28 Mei dan 16 Julai setiap tahun tapi disebabkan tahun ni tahun lompat maka ianya dicepatkan sehari dari biasa... dan penentuan untuk tahun ni adalah pada 15 Julai 2016 iaitu hari ini... dan masanya adalah pada pukul 5.28 petang... ihsan dari Facebook Falak online ada cara tertentu digunakan untuk menentukan arah kiblat ni

rezeki di petang hari

assalamualaikum semua, dah lebih pukul 5 tapi aku belum balik lagi ni... tunggu shah sampai.. hari ni shah jemput anak-anak dulu... lepas tu baru ambik aku sebab kami nak balik rumah mak shah kejap... dah jadi rutin je balik hari ke rumah mak shah ni sebenarnya... malam nanti kang berkejaran pulak balik semula ke rumah kami... hari ni konon berangan nak cari kuih raya... jadi aku pun whatsapp la shah ajak gi Giant kejap waktu rehat tadi... hajat asal nak cari kuih raya la kot-kot ada baki lagi ke sebekas dua kan... nak buat ada-ada je kuih kat rumah untuk orang datang... (padahal tak tau ada yang nak datang tak ntah...haha...) sekali aku pegi... memang takde satu kelibat bekas kuih raya pun... kecewa betul... macam terpaksa la pulak kena buat satu dua jenis gini gayanya ni... anak-anak pun dah sibuk tanya... kenapa rumah kita takde kuih raya banyak macam rumah atuk? alahai anak.... maaf la... bulan puasa tahun ni hujung minggu kita langsung tak lekat di rumah... macamana la nak a

Kualiti Drypers makin teruk? Pelanggan menggamuk di Facebook!

assalamualaikum semua, dari kelmarin ada kawan dah sebut isu Drypers viral di facebook katanya... aku agak slow 2-3 minggu ni dengan facebook... jadi memang terlepas pandang... tapi bila fikirkan isu kualiti ni... aku rasa dah ramai yang mula merungut tentang kualiti Drypers sejak adanya Drypers banyak versi... boleh baca komen-komen orang yang marah di facebook Drypers ada keluarkan 3 jenis lampin pakai buang yang setakat ni ada di pasaran...  1. Drypers Classic 2. Drypers Wee Wee Dry 3. Drypers Touch kalau ikutkan sebagai pengguna tegar Drypers ni memang aku perasan jugak memang ada perbezaan ketara dari produk ni masa memula jenama ni diperkenalkan dulu... aku guna Drypers sejak abg ngah lahir tahun 2010 selepas abg ngah alah bila guna satu jenama lampin pakai buang yang lain... lepas tu aku terus setia dengan Drypers yang aku rasa cukup bagus untuk anak-anak dan berbaloi dengan harganya...  tapi sejak dua menjak ni.... kami mula rasa macam ada yang ta

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Blog Cerita Ita...

assalamualaikum semua, dah masuk 8 Syawal dah hari ni... baru ada mood sikit nak update blog... itu pun masih ada sisa mood memblog semakin menjauh... semuanya kerana keadaan kesihatan abah yang amat memerlukan perhatian dari keluarga terutama anak-anak abah... aku belum bersedia berkongsi tentang masalah abah kerana belum dapat persetujuan dari tuan punya badan sendiri untuk berkongsi.... apapun aku cuma berharap korang terus doakan supaya abah terus kuat untuk terus melawan penyakit dan cepat sembuh dari penyakitnya... terima kasih yang tidak terhingga dari kami sekeluarga atas doa dari semua keluarga, sahabat dan pembaca blog Cerita Ita... gambar ni separuh ready yang ni 2 orang  je ready... korang perasan tak abg long senyum macam aku kan? berbalik pada mood raya pada tahun ni... seperti tahun-tahun sebelumnya kami telah menentukan akan ada jadual untuk giliran pulang beraya setiap tahun dan tahun ni tiba giliran untuk berhari raya di johor... tapi apakan daya