Oktober 2016 - Cerita Ita                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2016

Tunai Nazar kerana bola

assalamualaikum semua, pagi ni aku tertarik dengan topik yang dibincangkan oleh Radio Sinar FM.. pasal kemenangan sempena perlawanan akhir Piala Malaysia 2016 malam tadi.. aku tak tengok pun sebab bukan peminat sukan sangat tapi aku berminat jugak nak tau siapa yang menang biasanya.. dan malam tadi gelaran juara Piala Malaysia 2016 disandang oleh pasukan dari Kedah.. tahniah Kedah! suka warna jersi Kedah..  warga emas dari kedah tapi yang menarik hati aku bukan la berita kemenangan tu sendiri tapi berita yang lebih mengejutkan iaitu seorang warga emas berusia 61 tahun pada tahun ni, Nasir Abas bernazar akan berlari dari Stadium Shah Alam hingga ke Stadium Alor Setar.. kalau tak salah aku jaraknya antara kedua stadium ni ialah 500km.. ok saya sangat kagum dengan pakcik tau.. saya nak lari 500 meter pun fikir banyak kali.. haha.. inikan pulak 500km.. dan pakcik ni dah mula berlari dari Stadium Shah Alam bermula jam 8 pagi tadi.. semoga Allah kuatkan fizikal dan mental pa

Tabika Perpaduan akhirnya...

assalamualaikum semua, dan banyak kali rasanya dibincangkan kisah sekolah dalam blog ni.. antaranya yang aku selalu cerita adalah pemilihan sekolah tadika untuk anak-anak.. apa yang aku kongsikan adalah pengalaman kami sendiri dalam membesarkan anak-anak kami yang empat orang ini.. walaupun dah masuk anak ketiga yang akan naik sekolah tadika pada tahun depan ni.. tapi aku memang akui.. saat memilih sekoalah yang dapat memberikan pendidikan yang baik untuk anak-anak ini memang sangat sukar.. terutama bila berkait dengan kemampuan kami dalam membayar yuran bulanan.. akhirnya ini mungkin destinasi kakak husna dan masalah kali ni muncul kembali bila kami menguruskan sekolah tadika buat kakak husna.. ada aku terangkan kat entri sebelum ni kenapa aku nak tukarkan sekolah kakak husna dari yang lama.. dan kali ni selepas permohonan kakak ke Pra Sekolah tak berjaya jadi kami buat keputusan nak cuba memohon ke Tabika Perpaduan.. aku tak pasti namanya tabika atau tadika.. ka

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

assalamualaikum semua, sebenarnya banyak sangat cerita yang dah tertangguh nak tulis.. tapi mari kita ceritakan cerita yang baru je berlaku dalam masa terdekat ni ye.. baru-baru ni aku ada hadiri kongres di sebuah resort yang cantik di tepi pantai.. nama resort tu ialah Tok Aman Bali Beach Resort.. cantik betul hotelnya.. pasal kongres tu nanti aku cerita ye.. banyak info menarik jugak mengenai vet.. masa awal-awal tau dpat peluang hadiri kongres ni aku dah mula nak survey tempat nak tinggal bermalam.. biasanya kalau penjawat awam mesti nak cari yang sesuai dengan kelayakan yang dia dapat kan? makanya aku pun survey dulu hotel kat mana kongres tu diadakan.. bila tengok google map... alamak.. macam jauh je dengan hotel lain.. jadinya aku terus buat keputusan call je la Tok Aman Bali Beach Resort tu sendiri untuk tanya harga bagi semalam di situ.. memula aku tengok dulu website diorang dan aku tengok ada tulis kat situ harga satu malam RM298 untuk bilik Deluxe... dan

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum

Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin

assalamualaikum semua, hari ni hari join giveaway agaknya... hahaha...mana tau ada rezeki kan? Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin . Lama rasanya mummy tak buat giveaway kan. Sempena ulang tahun Play-Doh yang ke 60 tahun. Mummy nak buat satu  Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin . Ha...suka tak? Seronok main Play-Doh, sebab teksturnya tak melekit dan  juga bagus untuk sistem motor dan sensorik anak. Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin Syarat Mudah Join Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin 1. Buat satu entri blog bertajuk  Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin . 2. Berikan sebab kenapa anda patut menang dalam  Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin - Saya perlu menang dalam Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin kerana ingin anak saya merasai pengalaman bermain dengan Play-Doh yang sangat bagus untuk sistem motor dan sensorik kanak-kanak. 3. Follow facebook Hasbro dan blog i

GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI

assalamualaikum semua, GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS - Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera (dah jawab ke belum tu???), hari ini mummy nak melancarkan satu Giveaway. Dah lama tak buat giveaway,kan. Sampai, ada yang bertanyakan pada mummy. Bila nak buat giveaway lagi?? Haaaa...ni mummy dah buat GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS . Jangan tak join, tau ! GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS Tadaaaa.. Ni jam untuk GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS . Koleksi jam ini di ilhamkan dari Lisa Surihani. Yang di beri jenama Lisa's Fghends. Boleh refer Facebook Lisa's Fghends SYARAT MUDAH GIVEAWAY AZLINDA ALIN JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS 3 pemenang di cari !! Cepattt sertai Giveaway ini. Nak tahu syaratnya?? Mudah saja. Syaratnya seperti berikut :-

Anak-anak PASTI melawat Abang Bomba!

assalamualaikum semua, ni sebenarnya cerita awal bulan ni.. tapi disebabkan kesibukan kerja ummi dia makanya cerita begini asyik la tertangguh.. tapi aku tetap jugak nak update cerita anak-anak dalam blog ni.. moga jadi kenangan baik untuk mereka satu masa nanti.. dan kali ni nak bercerita kisah anak-anak berjumpa abang Bomba pulak..  ini gambar rombongan kakak   Lawatan ke Jabatan Bomba dan Penyelamat tapi ni bukan kisah Abang Bomba I Love You macam drama kat tv tu... ni kisah lawatan ke anak-anak aku yang jugak anak-anak PASTI ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Kuantan.. abg ngah dengan kakak husna kan penghuni setia PASTI dah dekat 2 tahun.. alhamdulillah banyak kemajuan yang mereka berdua dapat dari PASTI.. hanya Allah yang dapat membalas jasa baik guru-guru serta pengasas di PASTI.. dan setiap tahun pasti ada je lawatan yang memberi pelajaran yang baik buat anak-anak.. macam tahun lepas mereka buat lawatan ke Zoo Kemaman.. itulah kali pertama aku

Rutin ini sentiasa ada

assalamualaikum semua, ni rutin biasa aku setiap hari.. sikat kepala kakak.. dan akan diikuti sikat kepala semua orang lain.. letih rutin macam ni hari-hari.. bila dah hari-hari buat memang letih gila.. kadang-kadang aku dah rupa orang obses dengan kutu pulak dah.. bukan obses sebab suka tapi obses nak jadi pembunuh je.. letih woo.. jangan tanya aku pasal ubat kutu aku dah guna ke tak ye.. sebab benda ni dah berlarutan dekat 2 tahun dah..dah aku rasa agak cukup bosan dah dengan rutin ni..  aku dah cuma bermacam ubat kutu dah sudahnya rambut kakak husna yang jadi mangsa.. makin kering dan kusam sebab selalu sangat guna ubat kutu.. dan aku pun dah kerat rambut kakak husna supaya senang nak uruskan tapi masih sama.. kesian kakak.. kadang-kadang bila kami lupa nak sikat hari tu dan perasan bila kakak husna dah menggaru keesokkan harinya mesti akan dapat kutu serta telur kutu yang banyak menghiasi kepala kakak husna.. kesian dia.. sebab ni jugak kami buat keputusan n

Setahun berlalu.. tenanglah di sana wahai sahabat..

assalamualaikum semua, pagi ni bila aku bukak ke notification di facebook melalui telefon masa kat rumah mak ni terpandang satu kenangan yang dikongsikan terjadi setahun yang lepas.. kehilangan salah seorang sahabat kami.. arwah Suhaidah Mansor.. satu nama yang masih meniti bibir kami setiap masa rasanya.. aku mengenali sahabat ini sejak dari kami sama-sama bersekolah dulu.. di sebuah sekolah yang kami sayang di Muar, Johor.. persahabatan itu akhirnya dibawa sehingga bila-bila rasanya.. banyak sangat kenangan manis bersama arwah.. dan pada hari ni pada tahun lepas kami kehilangan  seorang sahabat yang sangat baik.. dan selalu berfikiran positif serta sama mengajak kami berfikir positif tentang semua perkara.. arwah pergi setelah beberapa bulan berlawan dengan penyakit kansernya.. aku pun tak sempat berjumpa dengan arwah sebelum pemergiannya.. juga tak dapat hadirkan diri pada hari pemergiannya..  doa dariku untukmu wahai sahabat.. semoga kau tenang di sana..

Kakak Husna tak berjaya!

assalamualaikum semua, berita ni aku dapat minggu lepas sebenarnya... tapi nak kongsi dengan korang asyik la tak sempat.. banyak betul perkara kena buat dari minggu lepas lagi... jadi serabut pulak rasanya hidup aku tetiba... haha.. macam la banyak sangat kan? ok aku nak cerita pasal kisah kakak husna tak berjaya tu sebenarnya... suka gambar ni.. dua-dua kesayangan hamba! macam ni ceritanya... tahun depan kan kakak husna dah masuk 6 tahun kan.. walaupun umur dia cuma akan genap enam tahun bila sampai pertengahan bulan 12 tapi dia tetap dikira masuk 6 tahun jugaklah kan.. dan maknanya kakak husna dan 2 tahun berada kat PASTI yang sama.. mungkin pada setengah orang ok je kot... silibus PASTI kan ok..  ye aku tak nafikan ok.. silibus PASTI sangat ok dan cikgu-cikgunya pun sangat bagus... banyak surah dah kakak husna hafal pun setakat ni.. dan aku sangat berpuashati dengan layanan cikgu-cikgu terhadap anak-anak.. takde satu pun yang tak ok tentang tu...  tapi cuma

Cara memasang Alat Penjimat Gas DIY

assalamualaikum semua, maaf la tertangguh je nak kongsikan macamana caranya alat penjimat gas yang murah dipasang.. kalau nak tau alat apa yang aku ceritakan ni meh baca entry ni ALAT PENJIMAT GAS yang ada aku ceritakan sebelum ni.. alat penjimat gas dan kali ni aku nak kongsikan macamana alat ni nak dipasang.. aku demo guna dapur memasak rumah aku je la ye korang... kalau ada gambaran yang tak sedap di mata korang untuk tengok tu korang abaikan je la ye... Cara memasang alat jimat gas  Langkah pertama :  memula korang kena tengok macamana gambaran dapur aku dan jugak tungku yang ada kat dapur aku ni.. aku dah try kat rumah mak aku yang dapur jenis lain dari yang kaca macam kami guna ni.. tak boleh nak masuk tau alat jimat gas ni..  dapur kat rumah mak aku yang jenis macam kat bawah ni...  sumber dari google Langkah kedua :  Korang kena cabut tungku yang ada kat atas tempat membakar atau tempat api keluar tu.. tungku kat bah