November 2016 - Cerita Ita                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2016

Keychain Lori MILO percuma ! Mana nak dapat ?

assalamualaikum semua, teruja aku nak kongsikan dengan korang ni tau.. pasal nak dapatkan keychain lori MILO yang percuma ni tau.. memana yang dah tengok instagram aku mesti perasan yang aku ada upload gambar pasal keychain ni siang tadi kan ? ok memana yang tak perasan boleh je klik SINI untuk follow instagram aku dan tengok gambar tu... ok kalau korang tak ada instagram pun takpe.. meh aku tepek gambar keychain lori MILO yang mengujakan tu.. comel jugak tau..  Keychain Lori MILO percuma haa.. dah tengok gambar mesti nak tau berapa besar benda alah comel ni kan ? meh aku tunjuk.. ada jugak aku ambik gambar kat tangan.. dalam plastik lagi kau.. huhu.. dan aku nak kongsikan pulak macamana boleh dapat lori comel ni ok.. memula aku ternampak banner macam kat bawah ni masa aku pegi teman shah ke hospital aritu.. untuk rutin biasa dia la ..dan kali ni dia kena buat ultrasound..  beli 2 cawan free 1 Keychain masa nak pegi tu dah ternampak banner

Papan Seterika Ajaib DIY

a ssalamualaikum semua, hari ni nak kongsikan pasal pembuatan papan seterika ajaib yang akan dapat memendekkan masa untuk korang menggosok..  aku dapat idea ni dari gambar-gambar yang viral di facebook la.. macam best je bila tengok hasilnya.. jadi aku dengan gigihnya meniru gambar yang diviralkan untuk membuat papan seterika ajaib DIY... papan seterika ajaib DIY mesti ada yang berminat nak tau macamana aku buat jadi macam kat atas tu kan ? harap maaf sebab gambar langkah demi langkah tak dapat disediakan dengan baik disebabkan banyak sangat tangan-tangan ajaib yang turut sama membantu di sepanjang proses pembuatan.. tengok aje la gambar papan seterika ajaib nan satu di atas tu pun sedang cuba dicemari oleh tangan ajaib bersaiz paling kecik dalam rumah kami.. ok tapi aku boleh terangkan macamana dapat hasil seperti dalam gambar kat atas tu.. caranya korang sediakan papan seterika biasa.. macam kami ni papan seterika kami yang biasa je pun yang kami memang gunakan har

Hari Konvokesyen PASTI ILMI 2016

assalamualaikum semua,  hari ahad lepas kami semua luangkan masa kat Inderasempurna Resort di Inderasempurna Kuantan untuk hari konvokesyen PASTI ILMI tahun 2016.. dan tahun ni merupakan tahun terakhir anak-anak berada di PASTI ILMI ni.. sebab tahun depan kakak Husna akan ke Tabika Perpaduan dan abg ngah akan naik darjah satu insyaAllah di SK Kempadang... konvokesyen PASTI ILMI tapi walaupun dah tak menyambung pelajaran di PASTI ILMI lagi, anak-anak akan tetap transit di PASTI sebelum ke sekolah KAFA AL-FAWWAZ pada sebelah pagi dan petang.. ini untuk abg ngah.. dia akan ke KAFA dulu pada sebelah pagi kerana bersekolah kebangsaan sesi petang.. dan abg long masih meneruskan persekolahan macam tahun ni dalam darjah 4 pulak nanti.. untuk kakak husna.. kami masih merancang rancangan lain untuknya.. nanti la aku ceritakan pulak.. sebenarnya anak-anak memang dah tak sabar nak sampai ke hari penyampaian sijil dan konvokesyen ni.. hari- hari menyebut.. asyik la bertanya

4 Koleksi Wangian Memikat Syahirah Vitalis Eau De Cologne

Assalamualaikum semua, tengahari ni aku nak kongsikan pasal wangian baru keluaran Syahirah yang aku dah cuba..  Syahirah telah melancarkan koleksi wangian terbarunya di Malaysia – Syahirah Vitalis Eau De Cologne. Haruman yang memiliki keunikan tersendiri ini pasti membuatkan orang di sekeliling menoleh kepada anda, terpana sekaligus mencipta memori manis mengenai anda. tak tipu sebab aku dah cuba..  Syahirah Vitalis Eau De Cologne Syahirah Vitalis Eau De Cologne merupakan haruman yang menjadikan anda wanita yang memiliki haruman tersendiri dan menyerlah berbanding wanita lain. Syahirah Vitalis Eau De Cologne disempurnakan dengan segala ciri-ciri hebat bagi memenuhi keperibadian wanita yang berkaliber, elegan dan glamor, menepati imejnya. Selepas diperkenalkan di Indonesia, ia telah berjaya menjadi haruman pilihan nombor satu yang mana kesemua haruman terpilih berdasarkan trend terkini daripada wangian berjenama antarabangsa. Sentuhan elegan dan glamornya juga bakal mendo

Hari Kanak-Kanak di Petrosains Kuantan

Assalamualaikum semua, pagi tadi kami ke pasar besar untuk beli barang basah untuk keperluan kami mungkin untuk sebulan biasanya.. dan mungkin la akan tambah sikit-sikit barang-barang yang lain yang tak ada dijual di pasar besar atau yang mana lebih murah kalau dibeli di tempat lain.. balik dari pasar tu kami singgah bawak anak-anak ke Hari Kanak-kanak di Petrosains Kuantan.. ada yang masih tak tau kat mana Petrosains Kuantan ke? Kalau nak tau Petrosains Kuantan berada kat dalam bangunan Yayasan Pahang sendiri.. dah lama dah pun berada di sini.. dari awal kami menetap di kawasan perkampungan Kempadang lagi sejak kecik abg long tahun 2008 macam tu.. bermula asalnya bangunan tu digunakan untuk pameran Dinosaur dari Petrosains dan ianya terus bertapak di situ menempatkan barang-barang ujikaji dan eksperimen sains yang sesuai untuk semua peringkat umur terutama kanak-kanak.. yang pastinya semuanya ditawarkan secara percuma kepada semua pelawat terutama penduduk di sekita

Segmen Jom Tambah Follower By Shuhaida Kabdy

assalamualaikum semua, meh join segmen senang dari kak sue ni.. jom korang ! klik banner untuk join !

Doktor tak bagi makan dah ..

assalamualaikum semua, kelmarin tetiba hati jadi sayu.. kisahnya sebab terbaca mesej dari whatsapp keluarga yang adik aku kirimkan.. pasal jiran sebelah rumah kami di kampung.. menurut adik , cik Wahab dah dimasukkan di hospital dan sekarang ni doktor dah puasakan dia.. Sumber ~google~ seorang demi seorang orang tua di kawasan tempat kami tinggal satu masa dulu dimasukkan ke hospital.. dan tak kurang jugak yang pergi meninggalkan kami dengan seribu satu kisah kenangan.. ada jugak yang pergi dengan kenangan yang sangat menyedihkan yang tentunya kami akan ingat sepanjang hayat kami.. dan kelmarin baru je adik aku bagitau pasal keadaan jiran kami ni.. katanya cik Wahab dah tak boleh makan.. doktor tak bagi makan dah.. Allah.. terasa berat dada bila dengar.. terus aku tanya lagi kenapa ? adik ipar aku bagitau maklumat dari isterinya yang cakap ususnya dah bocor dan dah tak boleh bagi makanan.. kalau makan jugak nanti makanan jadi asid dan lagi teruk ususnya..  ok oran

Di sebalik wajah sedih Kakak Husna

assalamualaikum semua, korang perasan tak entri aku tulis sebelum ni pasal kemalangan yang menimpa abg ngah tu ? perasan tak sesuatu bila tengok gambar abg ngah tu ? kalau tak perasan mohon pergi ke entri tu balik... muahaha... aku tau korang mesti cakap malas punya la.. untuk yang tak perasan dan tak tau apa aku cakap ni mohon rujuk semula entri tu ye... sedih betul kan menengoknya ? dan untuk yang dah tau dan perasan aku cerita pasal apa meh aku nak sambung cerita.. pasal gambar tu sebenarnya kakak kan tunjuk muka masam je kan.. macam muka tengah bersedih je kan ? mesti korang yang tengok tu cakap kakak husna tengah bersedih pasal apa yang terjadi pada abg ngah hari tu... betul tak ? ada tak yang fikir macam tu ? kalau ada korang salah ok.. kakak husna bukan sedih sebab tengok keadaan abg ngah dia yang tengah bersedih dan mengalami kecederaan tu pun.. sebenarnya dia sedih pasal aku cuma fokus ambik gambar abg ngah je tapi bukan dia.. hahaha... jadi korang t

Ular masuk pejabat !

Ular masuk pejabat!  Assalamualaikum semua,  ni cerita pagi semalam.. ada ular masuk dalam kawasan bangunan pejabat tempat aku bekerja ni.. sangat menyeramkan ok! mujur la ada abang gagah perkasa yang dah sampai awal pagi di pejabat jadinya mereka-mereka inilah bersama pak guard yang mengawal keadaan..  lebih kurang ginilah rupa ular tu ~sumber wiki~ dan bila aku sampai pagi semalam aku pun tak tau lagi cerita pasal ular ni.. tapi dah petang sikit baru tau.. mujur la.. pasal aku pun bukan berani sangat pun.. haha.. walaupun aku ni doktor haiwan atau doktor veterinar tapi kalau part haiwan berbisa ni memang aku menyerah la.. tak tercapai akal kewarasan aku ni lagi.. sebabnya masa kami di universiti dulu pun bukannya ada sangat pendedahan pasal haiwal liar ni.. semuanya banyak tau dari pembacaan je la.. dan dari kawan-kawan yang sama terlibat dalam operasi memusnahkan dan memindahkan ular ni pagi semalam aku dapat tau rupa ular tu macamana.. mengikut gambaran saksi kejadian..

Blogger Dashboard berwajah baru!

assalamualaikum semua, terkejut bila tetiba je bukak blogger dashboard hari ni.. sebabnya dah bertukar la.. dah berwajah baru ! takde dah yang jenis berkotak-kotak macam dulu tu haa... menarik nampaknya.. lebih segar mata bila tengok blogger dashboard yang baru ni.. lebih semangat nak menulis gitu.. huhu... blogger dashboard berwajah baru korang tengok je la gambar yang aku tunjuk ni.. dulu-dulu kalau kita klik kat blogger tu dia keluar rupa lain sikit kan... dan perkataan dia pun lain sikit tak salah aku.. dan font dia guna pun macam lagi menarik.. nampak kemas je bila mata tengok.. isk.. macam jatuh cinta la gitu.. haha.. ini pendapat aku la ye.. orang lain aku tak pasti la pulak.. tapi apa yang aku suka tu memula je tau.. lepas tu jadi panik.. alamak.. mana list blog yang aku follow selama ni ? mana nak cari ni ? maunya tak panik kan ? bukan aku hafal pun link blog tu semua.. mana nak hafal sebab kebanyakannya nama blog yang panjangberjela.com jadinya aku letak

Dorothy Perkins Malaysia Di Zalora Malaysia!

assalamualaikum semua, hari nak kongsikan pasal fesyen... hahaha.. ada yang terkejut ke ? alahai.. jangan la buat terkejut gitu.. walaupun aku ni tak berfesyen sangat tapi ambik tau la jugak kalau setakat fesyen-fesyen terkini yang orang-orang dok sibuk sana sini.. cuma tak sanggup nak pakai je kadang-kadang tu.. huhuhu.. Dorothy Perkins Mencari jenama terbaik yang menawarkan seleksi produk paling menarik boleh menjadi satu proses yang cukup memenatkan. Malah bagi aku sendiri ianya memerlukan tenaga dan masa yang cukup banyak untuk dilakukan. Walaupun aku agak terkebelakang sikit dari fesyen tapi biasanya nak cari baju yang sesuai serta yang kena dengan jiwa pun mau makan berejam tau.. Namun pencarian jenama fesyen yang terbaik itu mungkin sudah boleh dihentikan kerana hari ini aku nak memperkenalkan kepada korang untuk jenama fesyen yang baru aku jumpai dan cukup minati iaitu Dorothy Perkins!  Jadi, mari aku kongsikan dengan korang sedikit sebanyak tentang Dorothy Perk