Disember 2016 - Cerita Ita                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2016

Kadar tol LPT 2 yang mahal sebab kenderaan kurang?

assalamualaikum semua, siapa yang biasa lalu di Lebuhraya Pantai Timur (LPT)? sila angkat keyboard... dan yang biasa lalu di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) pulak? mesti ramai kan dah tau yang LPT 2 dah kenakan bayaran tol berkuatkuasa 15 Julai 2016 aritu.. sehari sebelum kami bertolak ke Kelantan untuk ambik barang-barang projek Miss Purple kami.. kadar tol Lebuhraya Pantai Timur 2 kami dah beberapa kali jugak ulang alik dari Kuantan ke Kelantan dan Kuala Terengganu sebelum ni.. terutama pada hujung tahun lepas dan jugak pertengahan tahun ni.. ada atas urusan kerja dan jugak urusan keluarga.. jadinya kami memang sangat-sangat terasa bila tol mula dikenakan bayaran.. antara yang ketara ialah kenderaan yang menggunakan LPT2 semakin berkurang.. ye la mungkin sebelum-sebelum ni orang yang gunakan lebuhraya ni pun cuma penduduk tempatan yang akan ke daerah-daerah berdekatan je.. dah ada kemudahan kan.. lepas tu percuma pulak.. lebih la menariknya.. dan selepas di

Mana nak beli baju sekolah murah ?

assalamualaikum semua, sebenarnya ni cerita pembelian baju sekolah yang aku dapat kumpul dari keluarga dan kawan-kawan yang sudi berkongsi tempat yang menjual baju sekolah dengan harga yang murah dan sangat berbaloi.. wajah anak-anak yang ceria nak bersekolah kalau aku sendiri sebenarnya simpan je duit untuk beli di kampung kami di Kluang sebab tahun lepas kami berpeluang beli baju sekolah berkualiti jenama Eureka dengan harga yang murah di sebuah kilang di Jalan Yap Tau Sah Kluang.. baju cuma rm13-15 dan seluar cuma rm15 tapi sayangnya tahun ni kilang tu dah bukak jualan untuk orang luar lagi.. banyak kehilangan katanya.. jadinya menjajau la kami ni mencari dari kedai ke kedai untuk dapatkan baju sekolah untuk anak-anak.. maklum la tahun depan abg ngag dah naik Darjah 1, jadinya akan ada 2 orang anak yang perlu disediakan persiapan untuk persekolahan pada tahun depan.. jadinya kami ni gigihlah mencari kedai mana yang betul-betul memberi harga patut di dare

Promosi Diskaun 50% untuk Kupon Tempat Letak Kereta

assalamualaikum semua, semalam ada kawan tetiba tanya dalam group whatsapp pejabat, dia tanya siapa yang nak kongsi beli kupon tempat letak kereta untuk Majlis Perbandaran Kuantan.. katanya murah sebab ada diskaun 50%.. Promosi kupon tempat letak Kereta MPK wah.. aku yang dengar apa lagi laju je komen nak join beli.. katanya kena cukupkan 10 buku kupon tu baru boleh dapatkan harga diskaun 50% tu.. tu yang dia ajak kongsi ramai-ramai untuk cukupkan 10 buku tu.. dan alhamdulillah menjelang petang semalam dah selamat kupon parking tu sampai ke tangan aku.. dah yang paling best aku tengok kupon tu boleh digunakan sehingga tahun 2018 tau.. jadinya kalau korang yang berhajat nak borong banyak pun boleh.. Kupon parking MPK caranya boleh dapatkan di Pejabat Unit Letak Kereta, Blok C, Kuantan Centre Point.. untuk 10 buku tu cuma RM33 je harganya.. jadinya satu buku tu cuma berharga RM3.30 je.. berbaloi kan ?  jadi cepatlah ajak sedara mara, kawan-kawan pejab

Daftar sudah Tabika Perpaduan dan Kafa

assalamualaikum semua, semalam dah selamat kami daftarkan kakak husna ke Tabika Perpaduan.. alhamdulillah kakak pun nampak bersemangat sangat nak sekolah kat sekolah baru.. aku cuma harapkan yang terbaik je untuk anak-anak.. semoga kakak dapat belajar sesuatu di sekolah baru.. kakak husna mencuba seragam baru.. cantik ! untuk sekolah baru ni, yurannya agak rendah berbanding dengan yuran kemasukkan ke Tadika PASTI sebelum ni.. kena faham jugak kenapa yang sana lebih mahal dan yang di sini lebih murah.. kalau ikutkan pemahaman aku ada jugak tadika PASTI yang bayarannya lebih murah.. dan ianya mengikut kadar setempat termasuklah bayaran sewa bangunan dan sebagainya.. dan untuk kakak semalam kesemua bayaran termasuk yuran, buku dan jugak sepasang baju seragam dan sepasang pakaian sukan adalah RM145.60.. tak termasuk bayaran tudung jika ibubapa nak beli.. tudung kena tambah lagi RM10.. dan seragam lain setiap pasang adalah RM25.. berbaloi kan ? anak-anak yang lai

10 barang yang mesti beli di EZBUY !

assalamualaikum semua, korang minat membeli-belah secara online ? kalau minat memang korang kena baca entri ni sampai habis.. korang pun rasa teruja nak beli macam aku jugak nanti tau.. salah satu sebabnya ialah banyak barang murah-murah tau.. bawah RM19.90 pun ada.. banyak.. everything under RM19.90 dan sekarang ni aku nak kongsikan barangan apa yang aku patut sangat beli.. meh korang tengok apa je barang yang aku senaraikan ni.. mana la tau kot-kot korang berkenan ke nanti-nanti kan ?  10 barangan mesti beli di EZBUY 1. Kalau orang perempuan mesti sinonim dengan nak cantik je kan ? lebih lagi nak cantik dengan harga yang tak berapa mahal.. haa.. yang ni memang aku la orangnya.. dan sesuai sangat la sebab dari Ezbuy ni aku dapat tengok baju yang cantik dengan harga yang cukup lawa dan murah tau..  meh la korang tengok.. baju kat bawah ni berharga tak lebih RM15 tau.. menarik kan ? cantik kan ? rambang mata wei nampak baju cantik tapi murah-mu

Apa yang menarik di Menara Kuala Lumpur ?

assalamualaikum semua, aritu aku ada cerita pasal l awatan singkat kami ke Menara Kuala Lumpur kan? ok kali ni nak sambung sikit apa je yang ada kat atas Menara Kuala Lumpur tu untuk pengunjung.. bukan saja tengok menara je tau.. macam-macam aktiviti boleh buat.. Menara Kuala Lumpur Menara Kuala Lumpur sinonimnya ramai yang tau menara ni adalah menara tertinggi di negara kita satu masa dulu.. memang jadi kebanggaan la kalau dapat berkunjung ke tempat ni.. pertama kali aku datang pada tahun 1997 rasanya bersama kawan-kawan matrik.. rindu momen tu.. dan sekarang dah banyak tarikan yang ada kat sini pun selain menara ni sendiri.. antaranya menara tinjau pun dah ada berbagai jenis.. ada sky deck, sky box dan menara tinjau yang biasa.. hebat! pelawat cuma perlu buat pilihan je nak yang mana satu atau pergi kesemuanya.. ada harga istimewa untuk pakej macam aku cerita dalam entri sebelum ni.. Durian Kafe pun ada sini tau dan kalau rasa nak makan sambil melih

Tak jadik keluar la pulak

assalamualaikum semua, hari semalam dapat perkhabaran tak best pulak.. abah tak boleh keluar wad lagi.. aku dengan shah dah bersemangat kemas baju dan kalau abah dapat keluar kami nak terus hantar abah mak balik johor.. tapi apa nak buat kan.. manusia hanya mampu merancang tapi Allah jua yang menentukan.. gambar abah tak boleh keluar lagi.. gambar kami berdua pun jadi la.. haha tapi aku bersyukur jugak pada masa tu.. sebabnya pada aku biarlah abah sihat dengan sempurna dulu baru balik ke rumah.. supaya takkan ada komplikasi atau kesulitan apa-apa bila abah duduk di rumah nanti.. untuk perkembangan lain nampaknya abah dah boleh bangun dan berjalan perlahan-lahan ke bilik air pagi tadi.. dan abah kata badan pun tak sakit dan sengal-sengal macam sebelum ni.. semoga abah terus sihat dan terima kasih yang mendoakan..

Nuffnang : masih ada yang sudi

assalamualaikum semua, kami tengah tersangkut kat tepi jalan ni.. tayar bocor pulak.. buah hati aku tengah sibuk cabut dan ganti tayar tu haa.. aku pulak ambik kesempatan update blog pasal Nuffnang.. Iklan Nuffnang bukan aku taknak teman tapi korang tau je la.. dah anak berderet ni.. terutamanya bila ada anak kecik kalau aku turun tu kang maunya semua sama sibuk ngalahkan wartawan majalah.. sibuk benar bertanya itu ini dengan ayah dia yang sibuk buat keja.. mau hilang sabo tu kang.. jadinya elok la aku nunggu je dalam kereta sambil update blog.. #eh.. aku sebenarnya nak cerita pasal Nuffnang ni dah agak lama dah.. walaupun nampaknya pendapatan Nuffnang tahun ni agak menyedihkan tapi alhamdulillah masih ada lagi iklan yang sudi bertandang.. terima kasih la Nuffnang..  walau tak banyak tapi aku harap la jugak tahun depan dapat la cash out kan tahun depan sekali dua ke kan ? tahun ni cuma dapat sekali je awal tahun hari tu.. apa pun jadi la dari takde.. rezeki ber

Menara Kuala Lumpur : Tempat menarik di Kuala Lumpur

assalamualaikum semua, kami masih di Kuala Lumpur dan berulang alik ke HUKM hari ni.. alhamdulillah walau banyak dugaan, tapi banyak jugak urusan yang dipermudahkan.. dan hari ni aku nak kongsikan pengalaman kami mengunjungi Menara Kuala Lumpur yang merupakan antara tempat menarik di Kuala Lumpur.. Menara Kuala Lumpur sebenarnya perjalanan kami lebih pada perjalanan yang tak dirancang.. kami keluar dari hospital dah agak lewat dalam jam 9 malam macam tu.. biasalah berat hati nak tinggalkan mak dengan abah sendiri tiap hari.. 2 bangunan menarik di Kuala Lumpur, Kl Tower dan KLCC dan bila sampai di Jalan Kuching, permandangan seperti atas ni sangat menggamit hati kami untuk mengunjungi tempat menarik ni.. tambahan pula sinaran lampu Menara Kuala Lumpur ni menggelip-gelip dari jauh berubah menjadi berbagai warna.. sudah cukup untuk buat mulut anak-anak menyebut.. "bestnya kalau dapat pergi situ kan.." dan akhirnya kami di sini lemah pula

Resipi Lempeng Kelapa

assalamualaikum semua, sunyi dan lengang sangat Kuala Lumpur hari ni.. mungkin sebab cuti panjang hingga ke hari isnin di kebanyakan tempat sempena perayaan Krismas agaknya kan.. dan kebetulan kami pun masih bercuti di Kuala Lumpur buat masa ni.. Lempeng Kelapa dengan Kari Daging bukan bercuti untuk suka-suka pun tapi ada urusan keluarga yang lebih penting.. ada aku ceritakan dalam entri sebelum ni.. pasal pembedahan abah. . tapi ada la jugak bawak anak-anak singgah jalan-jalan.. nanti aku ceritakan ok.. dan kali ni aku nak kongsikan resipi lempeng kelapa yang aku pernah tunjuk gambarnya di instagram Cerita Ita sebelum ni..  Resipi Lempeng Kelapa Cerita Ita Bahan-bahan Tepung gandum Kelapa parut garam secukup rasa minyak masak  air secukupnya *kalau nak tau bahan-bahan ni aku agak-agak je penggunaan dia.. Cara-cara 1. Campurkan air ke dalam tepung sedikit demi sedikit sampai dapat adunan yang cair sikit macam korang nak buat lempeng biasa

Alhamdulillah pembedahan selesai

assalamualaikum semua, macam aku cerita dalam entri sebelum ni yang kami ada perjalanan ke HUKM kelmarin.. dan alhamdulillah urusan pembedahan abah yang dijadualkan semalam di HUKM berjalan dengan lancar dengan izinNya.. waktu melawat di HUKM dan kami sangat bersyukur semua urusan abah dipermudahkan  dari awal kes sehingga pembedahan selesai dan sekarang ni masih ditahan di wad.. walau apapun.. maaf aku masih tak sedia lagi nak berkongsi tentang apa yang dialami abah kerana tuan punya badan pun tak beri izin untuk kami terutamanya anak-anak untuk hebahkan apa yang berlaku pada abah selama ni.. termasuk berkongsi tentang apa yang berlaku dengan sedara mara terdekat.. maaf sebab abah maaf belum sedia.. kalau ikutkan aku sendiri..ingin sekali aku kongsikan kronologi kes abah dalam blogku nan satu ni.. terutamanya untuk coretkan sedikit kenangan buat kami melalui detik-detik sukar dari penyakit abah dikesan sehingga sekarang.. tapi apakan daya.. perasaan abah lebih

Cara nak dapatkan kek pisang sedap

assalamualaikum semua, pagi ni bersiaran dari rumah untuk ke HUKM.. doakan perjalanan kami selamat dan urusan kami sekeluarga dipermudahkan ye kawan-kawan.. sebelum nak bergerak aku nak tunaikan janji untuk berkongsi cara nak dapatkan kek pisang yang sedap.. kek pisang sedap baru ni aku ada kongsikan gambar kat instagram.. kalau belum follow boleh tengok sidebar tepi blog atau di bawah kalau menggunakan hp untuk follow IG Ceritaita ye.. gambar yang aku kongsikan tu sebijik macam gambar kat atas tu.. dan sekarang aku nak kongsikan caranya macamana nak dapatkan kek pisang yang cantik dan sedap macam dalam dalam gambar tu.. caranya senang je.. korang pergi ke pasaraya.. sediakan duit dalam RM8 dan beli je Kek Pisang jenama Samudra yang cuma berharga RM7.75 satu.. bawak balik, potong dan letakkan dalam piring cantik macam aku buat dan ambik gambar.. haha mudah kan? nak lagi mudah korang potong dan terus makan untuk rasa kesedapannya.. lembut dan cair je dala

Review Novel : Teori X

assalamualaikum semua, ada tak kalangan korang yang suka sangat bila jumpa buku ? kalau dapat jadi jenis macam aku simpan pun jadilah walau tak baca pun ? haha.. aku kategori tu tau.. tapi bila dapat peluang baca buku.. lebih "syurga dunia" lagi rasanya tau.. memang tak ingat dunia la kalau dapat buku best.. dan kali ni aku nak cerita pasal buku yang baru je aku abiskan baca.. Teori X ! Teori X Teori X : Novel wajib baca ! sebenarnya secara jujurnya aku memang tak pernah baca lagi karya penulis Sha Hanim Ramli ni.. dan masa awal-awal aku tengok muka depan novel ni aku rasa aku tak dapat lagi nak bayangkan apa isinya.. tapi bila aku dan baca bab pertama terus rasa macam taknak berenti baca tau.. best gila !  kalau korang jenis macam aku yang suka berangan ala-ala aku termasuk dalam novel yang aku baca memang patut baca buku ni.. cara penulisannya boleh membuat pembaca sama tertarik dan rasa berada dalam penulisan tu sendiri..  Teori X ni berkisar tentan