Socialize

Follow my blog with Bloglovin

Khamis, 19 Januari 2017

Anak dibuli di sekolah

assalamualaikum semua,

hari ni aku nak cerita pasal cara nak atasi anak kena buli di sekolah.. bukan la aku nak kata ni cara penyelesaian terbaik tapi cuma nak berkongsi pengalaman anak yang dibuli di sekolah je.. kalau nak tau abg ngah kena peras ugut di sekolah baru ni.. nampaknya kes buli dan peras ugut ni memang berlaku tak kira usia agaknya..


peras ugut
semuanya kerana wang



kan aku pernah cerita yang aku kami bagi duit je kat abg ngah hari-hari untuk belanja.. jadinya biasa kami akan bagi RM2 untuk belanja di sekolah rendah sesi petang.. yang selalu kami buat adalah tanya je apa yang dia beli hari tu untuk pantau apa je yang dibeli hari tu..

dan biasanya memang dia akan cakap je dengan jujur dia beli apa.. pernah dulu dia ngaku beli gula-gula.. itu pun lepas aku tengok dia makan macam lapar benar waktu makan malam kat rumah.. siap habiskan nasi abg long yang mana memang dia tak pernah la buat..

lepas tu aku pun tanya.. risik-risik dia apa yang dia beli waktu di sekolah? terus tak sengaja dia jawab.. beli gula-gula..aku tanya balik berapa harga gula-gula tu.. dia jawab seringgit je.. kan kami bagi dia RM2 kan? pelik la aku mana pergi lagi seringgit.. aku memang selalu pesan beli makanan je.. kalau air jangan beli, aku risau dia akan batuk kalau minum air bukan-bukan.. dan memang setakat ni dia ikut la cakap kami..

bila tanya mana duit lagi RM1 dia sengih je.. aku pelik.. terus dia jawab.. kawan ambik.. dia sebut la nama kawan dia tu.. dan aku memang sedia maklum pasal budak ni.. sebab abg ngah memang sekolah tadika yang sama dengan budak ni dari dulu dan memang kaki buli budak-budak yang lebih kecik dari dia..

aku tanya dia macamana dia ambik? abg ngah cakap dia rampas waktu saya keluarkan dari kocek sambil cakap.. "bagi saya duit ni!".. panas pulak hati aku dengar masa ni.. terus aku fikir apa nak buat.. aku tanya balik kalau abg ngah tak bg apa dia buat? abg ngah jawab dia nak tumbuk saya.. ohoii.. lagi la panas.. sesuka hati kau je nak debik anak orang ye..

lepas tu aku ajar abg ngah, nak keluarkan duit tengok dulu dia ada tak kat keliling.. atau kalau dia mintak abg ngah cakao je ummi saya tak bagi.. sehari dua hari elok je la.. itu pun lepas abg ngah cakap kat dia macam aku ajar.. "ummi saya tak bagi!".. masa tu dia tanya jugak abg ngah.. "awak cakap dgn mak awak ke?".. abg ngah jawab ya.. mungkin dia takut agaknya..

tapi lepas tu selang beberapa hari jadi balik.. dia mintak duit lagi.. budak ni aku rasa memang jenis tak makan saman agaknya.. aku kenal mak bapak dia.. memang duduk satu taman pun tapi sebab kenal la aku rasa bukan jalan terbaik untuk bagitau pasal perangai anak dia ni dengan orang tuanya..

aku teringat cikgu kelas dia ada mesej aku aritu.. jadi aku buat keputusan nak bagitau cikgu kelas dia je.. esoknya aku mesej ke cikgu.. dan dah 2 hari lepas aku bagitau.. setakat ni aku ada tanya abg ngah ada tak budak tu kacau dia lagi.. abg ngah jawab takde dan nampaknya cara ni lebih berkesan lagi.. buat masa ni la.. kita pantau dan bagi masa lagi seminggu dua ni..

jadi kalau korang ada masalah anak di sekolah elok la rujuk dengan sekolah dulu sebelum ambik apa-apa tindakan sendiri.. lelagi la kalau melibatkan anak-anak kecil macam ni.. dan di dalam kawasan sekolah.. bukan apa kadang-kadang aku tak nafikan, tindakan melulu mak bapak yang kadang-kala menyerang budak, menyerang sekolah atau mak bapak budak tu menjadikan masalah tu jadi lagi kronik.. 

ada kawan aku pesan, kalau ada masalah pasal anak di sekolah dan kalau korang rasa takut menganggu cikgu atau sesiapa di sekolah.. elok la mintak untuk berjumpa dengan kaunselor sekolah.. mana tau boleh selesai dengan cara lebih baik kan..


Cerita menarik lain

4 Luahan Ikhlas:

Normi Nieza berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kecik2 dah jd samseng budak zaman sekarang ni..huhu

saniah ibrahim berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Bukan budak lelaki je yg kaki buli ni ita....pengalaman anak ppuan akak masa awal sekolah dulu siap dia ambil dari dalam saku baju sekolah.lagi.

Jun Zie berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

haa baik mcm tu dlu, report kat cikgu dlu. Cikgu akan pantau tu lepas trima aduan mcm tu, then kalo buat lg, mmg cikgu akan direct kpd ibu bapa atau kaunseling skolah. Anak2 mmg perlu di ajar cara2 mlindungi diri mcm ni spya dorg brni untuk mklumkn jg kpd guru atau ibu bapa

Kak Sue berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Anak dara Kak Sue pun pernah kena buli masa sekolah rendah,Kak Sue call ustaz aja bagi tau masalahnya..tak lama tu terus settle..