Socialize

Follow my blog with Bloglovin

Selasa, 31 Januari 2017

Bercuti ke Swiss-Court Holiday Apartment, Damai Laut

assalamualaikum semua,

sebenarnya ini kisah percutian kami pada tahun lepas.. disebabkan hari ni dah hari terakhir pada bulan Januari 2017 jadi aku buat keputusan nak tulis entri kami bercuti ke Swiss-Court Holiday Apartment, Damai Laut pada bulan Januari 2016.. kira dah setahun berlalu la kan.. dan kiranya ni entri sempena ulangtahun percutian kami ke sana.. percutian pun ada anniversary tau.. kau ada ? (sila baca sambil kenyit mata.. hehehe)

pantai di Swiss Garden Resort and Hotel


kami ke sini sebab dapat voucher penginapan 3 hari 2 malam yang disediakan oleh pihak Swiss Garden Resort.. kami dapat masa undangan ke Swiss Garden Resort di Kuantan pada bulan Disember 2015 rasanya.. lepas tu kami dah booking untuk pergi pada bulan Januari 2016.. benda ni sebenarnya dikirakan percutian yang tak berapa dirancang oleh kami.. atau lebih tepat separuh terancang..

sebabnya kami tak tau pun apa nak cari kat area Damai Laut tu pun.. masa sebelum pergi tu aku ada la cari jugak info sikit-sikit pasal Swiss-Court Holiday Apartment, Damai Laut dan apa yang best ada di sekitar dia tu.. tapi tak la semua benda.. terlintas pulak masa pencarian tu nama Pulau Pangkor dan apa yang menarik boleh buat kat situ.. jadi aku masukkan je dalam list.. bila dah berkeluarga dan ada anak-anak kecik ni memang walau kau kata taknak bersedia sangat pun kena tetap bersedia.. terutamanya kena tau tempat makan yang boleh pergi dan mampu pergi.. dan paling penting bajet untuk perbelanjaan kat sana nanti.. 

Antara tips yang selalu aku amalkan bila nak bercuti dengan anak-anak:


1. Pastikan kita tau tempat yang akan kita menginap tu macamana, yang paling penting selamat atau tidak untuk anak-anak.. kalau tak selamat pun pastikan kita bawak sesuatu untuk memastikan keselamatan anak-anak terpelihara..antaranya boleh bawa child harness dan jugak safety life vest.

2. Pastikan keperluan penting anak-anak tersedia.. macam susu, lampin pakai buang dan pakaian yang perlu.

3. Pastikan ada makanan untuk bekalan, terutama bagi perjalanan jauh macam ni. aku akan pastikan memasak bekalan yang mudah serta mudah dibawa.. boleh tengok idea kat sini kalau nak cuba..

4. Pastikan semua dokumen penting anak-anak dibawa bersama, termasuk myKid, surat beranak..dan kalau ada dokumen kesihatan penting macam kad alahan ubat pun perlu bawak sama ketika bercuti.. kami amalkan isi semua dokumen dalam satu beg fail untuk senang bawak ke mana-mana..

5. Pastikan kenderaan dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan.. yang ni sangat penting tau.. maklum la kalau bawak budak-budak ni buatnya berlaku kemalangan macam tayar pancit ke agak susah kalau ada anak-anak kecil dan mereka mula meragam, jadi seelok-eloknya bersedia dari awal untuk sebarang kemungkinan selagi boleh..

masa pencarian dan baca review dari blogger lain pasal apartment ni aku dapat tau yang kawasan dia ni agak terpencil dan jauh ke dalam.. jadinya kalau rasa-rasanya sampai pada waktu dah agak lewat silalah beli makanan siap-siap dari luar.. dan info ni pada aku memang sangat membantu tau.. 


muka adik hadi ketika memulakan perjalanan

aksi kakak husna di awal pagi


sebabnya kami memang bertolak awal pagi dari rumah masa kami gerak tu, dalam pukul 7 lebih kot tapi disebabkan bawak anak-anak dan ikut jalan yang agak best untuk berhenti banyak kali makanya kami tiba di Swiss-Court Holiday Apartment hanya selepas 12 jam kemudian.. hahaha.. sila gelak.. jauh benar damai laut ni dari Kuantan rupanya.. 


tapi sebenarnya perjalanan kami ada sikit dugaan.. ada kejadian angin kuat sangat masa kami lalu jalan Batang Kali bila turun dari Genting.. dan perjalanan kami dihalang oleh pokok tumbang.. mujurlah takde kehilangan nyawa masa tu.. cuma ada sebuah kereta yang remuk dan seorang penunggang motorsikal yang cedera.. dan lebih kurang 1 jam macam tu perjalanan dimulakan kembali selepas ada hamba Allah yang tolong memotong pokok tumbang dan mengalihkannya dari jalaranraya.. alhamdulillah..

kesesakan panjang di Batang Kali


tengok akar pokok yang terkeluar dari tanah tu..



sebahagian dari pokok yang dialihkan


sebelum sampai tu kami lalu bandar Manjung, dan dah tengok adanya pasar malam masa tu.. tapi kami tak la beli apa-apa sebab anak-anak pun dah letih dan rasa macam nak berehat.. tapi lepas tu bila dah check in je bilik rasa sangat menyesal ok.. sebabnya perut jadi lapar pulak lepas mandi.. jadi kami ambik keputusan cari makan dekat kawasan berdekatan dengan hotel je sebab pekan Manjung tu jauh sangat kalau dari hotel ni rupanya.. pasal hotel dan cerita kami seterusnya nanti aku sambung ye.. 




Cerita menarik lain

4 Luahan Ikhlas:

Normi Nieza berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

jauh nya g bercuti..:)

hainom OKje berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Haha..... tak pe Ta, sekarang ni apa pun kita anniversarykan ajelah haha... janji kita happy.
Hari tu masa pusing Lumut jenuhlah jugak mencari hotel Swiss Garden ni, tapi sebab masa tu cuma nak tengok tempat aje bukan nak tidurkan jadinya tak delah beriya mencari

adianiez AIDA berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Damai laut ni d antara tempat yg aida nak g sgt.
lom ada kesempatan.

nurhana abdullah berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

menarik tapi jln kesana cuti2 slalu jem..huhu