Follow my blog with Bloglovin

Isnin, 16 Januari 2017

Cara Beli tiket bas online dari Kuantan ke Kuala Lumpur

assalamualaikum semua,

aku nak kongsikan dengan korang macamana aku beli tiket bas online dari Kuantan ke Kuala Lumpur masa pergi ke KL baru ni.. senang je tau.. dan kalau beli melalui online ni korang boleh jimat banyak jugak tau..

jual tiket bas online
Redbus perkhidmatan tiket bas online


aku kan sepenuh masa biasanya ada di pejabat.. pergi kerja dan balik kerja pun berhantar dan berjemput sebab aku tak bawak kereta sendiri.. alhamdulillah masih ada orang tersayang yang sudi dan masih mampu hantar dan jemput aku pergi dan balik kerja lagi.. syukur..

tapi bila dan berhantar dan berjemput ni satu je la masalah.. nak ke sana sini pun kena la tunggu shah.. jadinya pergerakan aku agak terbatas.. oohh.. mungkinkah ini sebab shah tak bagi aku bawak kereta sendiri agaknya.. takut aku panjang langkahnya.. hahaha.. maaf ye bang.. terfikir negatif pulak..

ok kita sambung kisah bas.. disebabkan aku kena pergi ke majlis semalam di KL tu aku pun mula terfikir kenapa tak aku pergi sorang je naik bas berbanding aku pergi sekeluarga naik kereta dengan alasan nak hantar aku je sorang dan akhirnya memakan belanja yang banyak kan ? disebabkan tu maka aku terfikir nak kira-kira kos perjalanan aku ke KL naik bas seorang diri dibandingkan dengan menaiki kereta bersama keluarga..

aku pun terajin la google syarikat bas yang buat perkhidmatan bas dari Kuantan ke Kuala Lumpur .. dan disebabkan aku nak balik jugak hari yang sama maka aku cari jugak perkhidmatan bas dari Kuala Lumpur ke Kuantan hari yang sama.. 

dan alhamdulillah.. rezeki aku dipermudahkan.. klik-klik je dah jumpa laman web ni.. Redbus.. senang sangat nak guna dan boleh bank in macam biasa je guna online banking..

korang boleh pilih destinasi dengan masukkan ikut destinasi korang nak.. lepas tu masukkan tarikh.. dan kalau nak pilih tiket pergi balik boleh je masukkan dua-dua tarikh yang ada..

masuk destinasi pilihan


lepas tu dia terus keluar senarai bas yang bergerak pada hari tu tau.. senang sangat.. bukan setakat senarai bas je yang dia tunjuk.. 

senarai bas dari kuantan


korang jugak boleh pilih nak duduk kerusi mana mengikut kesukaan korang tau.. boleh pilih dan book siap-siap.. dah macam naik kapal terbang kan? kalau naik kapal terbang pun kena bayar bayaran tambahan kalau nak book tempat duduk kan ? jadinya yang ni lebih la bebaloi..

korang klik kotak merah kat gambar sebelum ni untuk lihat tempat duduk.. dia keluar macam ni


lepas je korang dah pilih bas mana korang nak dan pilih tempat duduk korang boleh la terus buat bayaran.. macam aku memang pilih online banking la yang senang.. laju je dan pasti terjamin..

boleh terus buat bayaran dengan tekan teruskan


dan kalau nak tau sekarang ni ada promosi sempena Tahun Baru Cina tau.. memang rezeki betul la .. kalau ikutkan aritu aku kena bayar dalam RM48. 40 untuk perjalanan dua hala dari Kuantan ke KL dan KL ke Kuantan.. tapi disebabkan ada promosi ni aku cuma bayar tak sampai RM40 je tau.. sebab dah ada potongan 20% tau.. haa.. kan dah kata tadi jimat banyak tu.. kalau korang nak cuba jugak boleh la jengah ke laman web dia kat REDBUS.my 

diskaun sehingga 20% tu


ingat Klik REDBUS tau... jangan kata aku tak payung.. hehe




Cerita menarik lain

5 Luahan Ikhlas:

hainom OKje berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Hihi...pilihan yg tepat sangat tu. Takkanlah satu family nak hantar hang ye Ta. Lainlah kalau cuti sekolah, hujung minggu ke....

Lama dah meninggalkan zaman bas. Yelah....zaman serba canggih sekarang ni Ta. Haruslah bas pun ada tiket online jugak

Fzl berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Kalau dah dapat tiket yg dikirim ke email kan, adakah perlu untuk dapatkan tiket print di kaunter tiket bas tu kat terminal sentral?

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Fzl ya masih perlu dapatkan tiket sebenar di kaunter tijet di terminal untuk naik bas.. boleh dapatkan sebelum naik bas jugak.

Fzl berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Rozita Abdul Rahmanooo. Contoh kalau tiket saya pukul 1 pagi ni jadi saya hanya perlu tunjuk tiket elektronik ini sahaja?

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Fzltiket yang elektronik print dr komputer ke? kalau tiket tu tak dikira laku lagi, FZL masih perlu tunjuk di kaunter dan mereka aka printkan tiket bas sebenar utk perjalanan.. tak kisah waktu bila tiba di terminal sbb setau saya selagi ada waaktu tiket dicetak selagi tu kaunter menjual tiket masih dibuka..rujuk pada kaunter pengusaha bas seperti nama yang tertera pada tiket yang anda beli.. harap dapat membantu..