Follow my blog with Bloglovin

Sabtu, 14 Januari 2017

Drama Lara Aishah Full dan kisah gambar

assalamualaikum semua, 

korang dah tido ke? aku belum lagi tengah menghayati episod terakhir iaitu episod ke 100 Lara Aishah di TV Prima 105.. tadi petang aku cuma dapat tengok sekerat je.. ada la tak sampai 5 minit gitu la.. tapi aku suka sangat sebab akhirnya pengakhirannya baik sangat.. 

antara adegan episod terakhir Lara Aishah


buat korang yang tak dapat tengok Lara Aishah episod 96 hingga 100 full boleh tengok ulangannya esok petang dari jam 1 petang sampai pukul 6 petang.. jangan kata aku tak payung.. hehe.. tapi aku sebenarnya bukan nak cerita pasal Lara Aishah sangat tapi aku nak cerita pasal gambar yang jadi tanda tanya orang kat facebook aku hari ni.. ada iaitu gambar bawah ni..

gigih makcik tudung pink tu macam bertanding kan?


ada yang siap tanya aku masuk peraduan sampul buku ke? haha.. kalau korang tengok gambar yang lain ni lagi kompom korang kata aku memang masuk pertandingan rasanya.. amacam..? ada gaya boleh menang tak? haha..

tabik dengan kumpulan ayah yang sanggup tolong..shah pun ada tau tapi berenti sumbang ambik gambar untuk isteri tersayang..hehe


angan-angan semata sebenarnya ok.. sebenarnya ianya antara program sekolah anak-anak bersama ibubapa je.. sebenarnya ni antara program bersama sekolah amanah yang diprogramkan untuk melibatkan ibubapa bersama dalam perkembangan anak-anak di sekolah.. dan programnya kali ni menyampul buku-buku perpustakaan..

contoh surat


pada aku aktiviti ni bagus untuk perkembangan anak-anak dan sedikit sebanyak dapat bantu sekolah apa yang patut.. walaupun sambutannya agak mengecewakan..

tengok je la kerusi yang banyak kosong ni


kalau hari selasa aritu yang libatkan ibubapa anak tahun 2 dan 3, dari lebih kurang 300 pelajar cuma 70 ibubapa yang mengambil bahagian.. dan hari khamis baru ni, untuk tahun 4 dan 5 pulak, aku rasa jumlahnya lebih sikit dari tu.. sedih pulak tengok.. 

tapi aku faham bukan semua ibubapa ada kelapangan untuk hadir.. ada yang teringin hadir tapi tetap tak dapat kerana bermacam kekangan.. tapi aku betul-betul puji semangat semua cikgu yang ada terutama guru besar sekolah ni.. semoga Allah kuatkan semangat cikgu ni semuanya.. amin..

Cerita menarik lain

2 Luahan Ikhlas:

Shahida Dzulkafli berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Baguslah program macam nie..
Boleh dicadangkan utk sekolah lain..
Sha memang keje kat library tapi bukan sekolah.. Buku di Library kalau dibalut akan lebih tahan lama dan terjaga.. good job parents and teacher..

Fieza Sani berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Nasib baik terbaca entry k.ita pasal lara aishah ni..boleh layan hat ulangan punya...mmg mengikuti drama ni tpi mggu ni x dpt layan sbb cuti2 malaysia..