Logo KBBA

Sabtu, 14 Januari 2017

Hari pertama persekolahan dan hadiah hari lahir Part 3

assalamualaikum semua,

hari ni kita kasi abis la cerita ni kan.. malas dah sambung-sambung.. korang dah baca belum part 1 dan part 2 ? gi baca dulu ye.. kang tak faham pulak.. aritu aku nak cerita pasal tragedi yang berlaku pada hari pertama persekolahan kan ? ok malam ni aku sambung kasi habis cerita.. kisahnya berlaku di waktu rehat..

mengintai dari luar pagar sekolah..


masa aku balik dari Mydin tu kami singgah nak jenguk abg ngah masa rehat dia.. tapi aku tak cakap pun dengan dia yang aku nak datang.. aku intai dari luar pagar je kau.. tepi tong sampah pulak tu.. harap esok dah besar jadi anak berguna dan ingat pengorbanan ummi ni ye nak.. 

aku nampak la ibu bapa yang mana dah booking sesiap meja kat kantin dah macam keluarga dia yang punya.. sambil terlambai anak memasing.. aku ? masih rilek lagi menunggu di luar pagar sambil terintai-intai.. lepas tu aku nampak bebudak tahun satu mula keluar berbaris diiringi cikgu kelas memasing.. cikgu sibuk (berlaga dengan mak bapak yang sama sibuk) nak bagi arahan pada anak murid macamana nak beratur beli makanan.. kat mana nak beli makanan dan minuman..

aku perhati je.. sangat mencabar betul kerjaya cikgu ni.. terjerit-jerit di tengah keriuhan.. gigih tau.. sebab apa aku kata gigih sebab bila aku tanya abg ngah awak makan tadi basuh tangan tak ? dia jawab tak sebab tak tau mana nak basuh tangan.. padahal cikgu tu punya beria bagi arahan kat mana sinki untuk basuh tangan.. haha.. harap cikgu-cikgu ni diberi ketabahan macam tu sampai bila-bila la hendakNya..

aku masuk jugak pagar sekolah tu akhirnya tapi bila ku tengok abg ngah dah siap makan.. niat hati konon nak ambik gambar curi-curi.. tetiba aku terdengar jeritan je.. memecah kebisingan yang memang dah bising.. "UMMI !!!" aku toleh belakang.. haha...aku dah terkantoi... abg ngah sengeh sambil pegang pinggan kat tangan lagi sebelah.. masa ni la aku tanya dia soalan pasal basuh tangan tu..

lepas dari tu aku cakap kat dia.. "abg ngah dah pandai kan rehat sendiri jadi ummi boleh pergi dah ye.." dia jawab " ok".. cergas je bunyinya... dan aku pura-pura keluar.. padahal aku masuk balik tau.. tengok gelagat dia nak ke mana pulak lepas tu.. aku sempat la ambik gambar kat bawah ni sebelum kejadian... kejadian abg ngah jatuh ketika berlari..

nampak abg ngah kat tengah-tengah tu


dan ni selepas kejadian.. abg ngah tak nampak dah sebab dah kena kerumum dengan orang ramai.. dan selepas tu aku tinggalkan dia.. jangan pulak ada yang kata aku serahkan tanggungjawab aku pada cikgu ye.. maaf.. aku cuma nak ajar anak aku berdikari.. aku kenal abg ngah.. dan aku tau kalau aku datang ke situ tentu dia nangis bersungguh-sungguh dan nak mintak balik punya nanti.. jadi langkah selamat aku serah ke cikgu dulu buat masa tu..

baik kawan dia ni bawakkan botol air dia..

orang dah mula kerumun dia dan iring dia ke bilik guru..


balik tu kami berebut nak ambik dia.. tapi shah kata sebab dia dapat parking jauh jadi biar dia sorang je pegi.. dan seperti yang dijangkakan.. shah pegang je tangan dia dah bercucuran dah airmata keluar kata shah.. dalam kereta lagi la muka syahdu gila.. tapi sebenarnya memang luka tu agak panjang.. dalam satu setengah inci panjangnya.. cuma tak dalam.. jadi kami tak risau sangat.. balik tu cuma letak minyak gamat je la..

ni la muka budak sedih jatuh di hari pertama sekolah.. mujur la ada biskut gery


dan kalau nak tau 3 Januari adalah hari kelahiran aku setiap tahun dan nampaknya inilah hadiah bermakna yang aku dapat dalam hidup ni.. senyuman anak-anak yang membahagiakan.. alhamdulillah...

baru satu hari sekolah ye tak ? hihi.. abg ngah .. abg ngah...
Cerita menarik lain

0 Luahan Ikhlas: