Follow my blog with Bloglovin

Khamis, 26 Januari 2017

Info banjir dan jalan ditutup akibat banjir di seluruh Malaysia

assalamualaikum semua,

cuti persekolahan bersempena Cuti Tahun Baru Cina sudah pun bermula hari ni di seluruh negara.. dan aku rasa ramai yang ambik cuti jugak bersempena anak-anak cuti sekolah ni kan ? jadinya telah bermula kesesakkan di sana-sini terutama jalan-jalan yang menuju kampung halaman.. dan bagi mereka yang nak balik kampung ni aku rasa patut tau info terkini mengenai info banjir serta info jalan yang boleh dilalui untuk mereka kembali ke kampung halaman masing-masing..

info jkr terkini
info terkini bencana 

kenapa aku rasakan maklumat macam ni penting sangat ? sebabnya aku pun sama tengah merancang perjalanan untuk balik kampung jugak pada hujung minggu ni.. kami di Pahang ni sedang dihujani berita banjir di sana sini.. dan hati kami sama jadi gundah gulana seperti hati semua mangsa musibah banjir ini jugak.. aku dah pun mengharungi banjir masa dalam perjalanan balik dari Putrajaya aritu.. dan harapannya supaya kami tak akan melaluinya lagi semasa perjalanan pulang ke Johor nanti..

info banjir terkini
info banjir di Pahang

Info banjir dan info jalan ditutup akibat banjir


buat masa ni aku terlalu berharap untuk dapatkan info terkini mengenai keadaan banjir dan info jalan yang ditutup akibat banjir di seluruh negara sekarang ni.. dan kalau boleh nak yang ada update setiap jam atau 2 jam sekali untuk kami rancang perjalanan yang baik.. 

dan alhamdulillah selepas aku mencari info tadi aku jumpa website yang menyampaikan info terkini mengenai banjir dan info jalan yang ditutup disebabkan banjir ni.. macam gambar yang aku tunjuk kat atas tu, mengikut info yang diberikan setakat jam 11.49 pagi tadi.. terdapat 44 jalan persekutuan dan jalan negeri yang terlibat dalam bencana di dalam Pahang.. bencana yang disenaraikan termasuklah kejadian banjir serta tanah runtuh..


jalan terlibat yang ditutup akibat bencana

info bencana dan jalan ditutup


dan kalau korang nak tau lebih lanjut korang boleh zoom ke peta yang diberikan untuk info.. dan boleh klik untuk maklumat lanjut.. korang jugak boleh terus scroll ke bawah lagi untuk info maklumat mengenai bencana yang berlaku kat kawasan tu.. macam contoh kat bawah ni.. info banjir terkini di Kuala Lipis, penting untuk mereka yang mengambil jalan ni untuk ke Kelantan.. dan jugak runtuhan jalan di Jerantut..

Info banjir Kuala Lipis

runtuhan jalan di Jerantut


dan kalau nak maklumat lagi lanjut pasal lokasi kejadian korang jugak boleh klik ke cursor peta lokasi.. dia akan keluar maklumat macam kat gambar yang bawah ni.. maklumat lanjut serta detail lokasi kejadian dan pembaikan serta jalan alternatif yang ada.. macam contoh runtuhan tanah di Cameron Highland macam di bawah ni..

info runtuhan jalan di Cameron Highland


buat setakat ni dari pelaporan ni nampak macam negeri Pahang yang makin teruk.. walaupun di Kuantan ni hujan lebat sekejap-sekejap berlaku dan keadaan agak cerah waktu ni tapi masih kena berjaga-jaga dengan air sungai yang turun disebabkan hujan di sebelah hulu iaitu Jerantut dan Kuala Lipis.. 

buat masa ni kami bergantung dengan laporan terkini yang disumbangkan oleh portal bencana dari Pihak JKR bagi info jalan yang ditutup disebabkan bencana.. serta ramalan kajicuaca yang diberikan oleh Jabatan Metreologi Malaysia serta Info banjir dan kenaikan paras air sungai dari Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia..


info jalan ditutup dan tanah runtuh - JKR 



info hujan - MET Malaysia



info hujan dan banjir serta kenaikan paras air sungai - JPS



Cerita menarik lain

9 Luahan Ikhlas:

anazarin dotcom berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Hope semua dipermudahkan buat family kak rozita di pahang...

Normi Nieza berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

good sharing k.ita

Kakzakie Purvit berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Memang bimbang hal banjir ni Ita
Anak kakak paling takut tak dapt balik CNY ini sebab banjir takut terputus hubungan. Nasib baik ok dah dlm perjalanan balik JB dah pun sekarang ni:)

Iqbal Hafiz berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

nice info sis.. kena lebih hati2 la lepas ni lau nk lalu jalan tu.. :D

p/s : hi... sy dh follow blog comel awk ni.. hope awk sudila juga follow blog baru sy ye.. :D ty..

Kenapa Allah Ciptakan Neraka?

Nazlee Ismail berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Baru plan nak ke Kelantan.. macam tak boleh jer kan. t.kasih info membantu.

hainom OKje berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

MMg nak balik kg pun hujung minggu ni. Tapi biasanya setakat balik Muo tu tak pernahlah lagi terkandas di tengah jalan

Emarieys berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

khabarnya belah Kuantan semakin buruk banjir nya..Semoga cepat-cepat air surut...

ANIM berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

salam ita..
selamat bertemu kembali..
harap2 kampung tak banjir ya..
alhamdulillah...setakat ni kampung akak masih bertahan

Nik Ainaa berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tak balik kg sbb risau plk klau balik nnti tersangkut banjir plk. btw jemput join giveaway ainaa :) http://nikainaa.blogspot.my/2017/01/giveaway-sephia-by-nik-ainaa_29.html