Logo KBBA

Isnin, 9 Januari 2017

Muka keluar dalam surat khabar Sinar Harian

assalamualaikum semua,

semalam aku janji nak buat entri khas pasal ni kan ? hehe.. jangan la marah.. bukan selalu pun nak dapat peluang muka keluar dalam surat khabar.. ini kan pulak Sinar Harian (walaupun kemudiannya orang cuma akan guna untuk alas nasi lemak je pun  #eh).. bagi la aku can sikit.. can tu sebutannya 'chan' ok.. bukan 'kan'.. abg ngah selalu guna perkataan ni kalau nak menang pertarungan apa-apa dengan abg long.. "ala.. bagi la saya can sikit.. sekali je lagi..". padahal dah berkali-kali pun gitu jugak..

muka keluar dalam surat khabar - kredit gambar whatsapp dari BLOGGER ADDA


eh kita sambung kisah muka keluar dalam surat khabar ni.. sebenarnya aku bukan la popular pun.. jauh sangat kalau nak banding dengan artis.. meh aku cerita macamana kisahnya aku boleh terpilih masuk dalam surat khabar Sinar Harian ni.. sebenarnya ni gara-gara tangan gatal aku yang suka sangat komen kat status orang.. tak kira siapa la.. kalau agak apa yang korang tulis tu mencuit hati aku nak komen, mesti laju je aku komen.. dan kali ni aku terkomen la pulak status seorang rakan facebook..

dan akhirnya dia pm aku untuk tanya lebih detail dan tanya semua maklumat lanjut aku.. dan akhirnya dia kata akan keluarkan dalam surat khabar Sinar Harian, Ahad 8/1/2017 iaitu semalam.. aku agak terkejut dan teruja jugak.. siap bagitau shah suruh belikan surat khabar hari ahad.. sekali bila sampai je hari ahad aku boleh lupa pulak nak beli tau.. dah la hp aku buat hal.. boleh lupa pulak tu.. memang takde rezeki la nak baca sendiri.. 

dah malam tu dalam pukul 10 lebih gitu la ada kawan hantar gambar kat group whatsapp yang aku baru je bukak.. ramai pulak tu ucap tahniah.. takde la ramai.. ada la tapinya.. hahaha.. pandai noo reka cerita.. bukan artis kot nak reramai ucap tahniah.. pastu aku pun baru download gambar tu apa ntah kandungan masih tak tau.. tau-tau je keluar gambar yang aku hantar ke wartawan tu.. alamak.. terus keluar ayat.. "abg! kita lupa beli Sinar Harian la.. ala sayangnya.. "

ni atrikel penuh dia.. jemput baca.. 


kebetulan pulak masa tu shah tengah memandu hala ke rumah laju je dia pusing hala ke kedai runcit yang ada kat taman kami tu.. bila nampak rak surat khabar dari jauh aku dah senang hati dah.. "ada lagi agaknya ek bang".. kata aku kat shah.. shah jawab, "aah, macam ada tu.. kejap eh abg tanya.."

lepas tu shah keluar kedai dah bagi khabar tak berapa gembira.. "dah abis la sayang.. takde rezeki la.. kedai kat bandar pun tentu dah tutup ni.." hmm.. takpe la bang.. mujur jugak ada kawan-kawan yang rajin membaca dan hantar kan.. terima kasih la korang.. kalau nak tau ni kali kedua dah muncul tau.. dulu ada jugak sekali keluar dalam majalah Pa & Ma.. semua sebab rezeki anak-anak jugak ni.. mak kira menumpang je la.. semuanya pasal pengalaman membesarkan anak-anak..

ni artikel lama dalam Pa & Ma


ni yang buat lagi bersemangat nak menulis dan kongsikan apa yang ditulis pada semua orang ni.. doakan aku terus sihat dan akan terus tulis yang baik-baik ok...
Cerita menarik lain

7 Luahan Ikhlas:

Belogs JM berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

HEBAT AKAK

Sis Lin berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Assalam...
Waaa tahniah! Hebat..hrtu dh nampak kat FB tp tak sempat nak komen dn ucap tahniah..
Selamat maju jaya buat Ita..

Mas Zull berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

assalamualaikum rozi...mmg terbaik la...tahniah2 yer...:)

Emarieys berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Alhamdulillah.. Tahniah sis.

Linda berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Hebatnyaa sis....tahniah!

Hani Fadhlina Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Hehehe... Masa sebak sebak suratkhabar sinar harian hari tu kan... Eh... Eh... Cam kenal jer...

Shahida Dzulkafli berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Tahniah kak..
Pengalaman yang ohsem..