Logo KBBA

Isnin, 2 Januari 2017

Polis cari remaja panjat Signboard IPOH

assalamualaikum semua, 

dari semalam orang sibuk kongsi gambar dan video sekumpulan remaja panjat signboard IPOH.. aku mulanya macam tak nak ambik port sebab aku kan jenis gayat.. tertengok satu gambar diorang yang bergambar bertiga tu pun dah cukup buat aku kecut perut.. tapi bila berita ni keluar ..

Polis cari individu panjat 'IPOH'


lagi tambah kecut perut aku memikir tau.. budak-budak ni muda lagi tu.. masih jauh perjalanan hidup.. tetiba pulak kena buru polis macam ko pergi buat jenayah besar tu.. seram wei bila bayangkan.. aduhai adik-adik sayang.. apa la yang korang fikir masa buat kerja tu..

memang la korang dah siap letak hashtag #projekgilababi kat gambar dan video tu tapi aku rasa orang gila pun belum tentu la buat apa yang korang buat tu..

agaknya tak fikir kesan sebelum bertindak agaknya eh? ke banyak sangat hormon adrenaline yang melimpah ruah dalam badan korang tu.. aku kan bila tengok video terus rasa macam keras kaku aku wei.. tinggi tu.. takde peralatan keselamatan pulak tu.. aduhai.. 

aku dah la gayat tempat tinggi.. duduk rumah flat 4 tingkat dulu pun aku tak jenguk bawah tau.. sebab aku ada sikit acrophobia.. acrophobia tu ialah ketakutan bila berada kat tempat tinggi.. dulu-dulu pernah naik ruangan pemandangan (observation deck) menara kl pun aku rasa nak ketuk cermin dan terjun ke bawah tau.. punya la takut.. terus aku rapatkan badan aku kat dinding tak mau tengok bawah..

dan kali ni bila aku dengar remaja ni dicari untuk didakwa sebab memanjat tanpa kebenaran terus rasa lagi ketar.. polis cari tu.. dengar siren polis pun kita rasa tak tentu arah.. sama gak kalau ada roadblock.. pucat lesi muka walau tak buat salah.. sehabis baik senyum sambil beri salam kat abam polis tu.. lagikan pulak bila polis cari macam ni.. ketar lutut la.. 

tambah pulak bila dengar hukuman yang boleh dikenakan tu 3 bulan penjara dan denda RM500.. yang ni aku tak pasti.. baca-baca je apa yang orang tulis.. tapi kalau betul habis la masa depan.. kena penjara tu.. aduh kesiannya.. 

buat adik-adik remaja yang buat masa sekarang ni tengah acah-acah nak buat plan yang ala-ala panjat memanjat atau projek extreme atau projek gila babi macam ni.. silalah kenangkan orang tersayang terutama mak bapak korang dulu ye dik.. kesian mak bapak.. kalau korang jatuh dan jadi kemalangan yang tak diingini lagi la kesian..

buat sekumpulan remaja yang telah pun selamat panjat signboard IPOH tu aku harap korang dah sedar dengan apa yang korang dah buat tu.. walaupun korang ada pengalaman panjat-panjat bukit bukan semestinya korang boleh buat sesuka hati.. bukan kita je duduk dalam dunia ni.. kita kongsi dengan orang lain jugak.. tak salah mungkinnya kalau ada kebenaran pihak berwajib.. tapi bila tindakan menguasai fikiran inilah jadinya.. akan banyak salah dari yang betul..

terbaca pulak komen sorang tadi.. marah sangat dia.. katanya orang yang buat signboard IPOH  tu pun tak seglamer orang yang panjat.. padahal kerja orang tu lebih susah lagi.. haha..memang win komen tu.. aku rasa Majalah 3 dah ada tajuk dah untuk episod akan datang tu.. Kerjaya Pemasang Signboard di tempat merbahaya atau Kerjaya Pemanjat Bukit.. 

Cerita menarik lain

2 Luahan Ikhlas:

saniah ibrahim berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Betullah Ita ,akak masa tngk video tu dah rasa gayat sangat.Budak2 tu tak nampak pun rasa takut nya...selamba je dia orang berselfie.kan...

idzwa kamaruddin berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

budak-budak skrg tak fikir baik buruk..so terima lah padah