Socialize

Follow my blog with Bloglovin

Rabu, 18 Januari 2017

Siapa dia Ibnu Batutah ?

assalamualaikum semua,

ni cerita petang semalam masa nak jemput abg ngah balik sekolah.. masa dalam perjalanan tu selepas ambik abg long, abg long ada cakap pasal dia tak tau lagi yang mana satu kelas abg ngah.. kalau nak tau sekolah diorang ni guna nama-nama Tokoh Islam untuk kelas mereka.. ada Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, Ibnu Ruysd, Ibnu Abbas, Ibnu Hazim dan Ibnu Batutah..


101 Info Seronoknya Mengenal Tokoh Islam



kalau masa abg long dulu murid tak ramai sangat jadi cuma ada tak sampai 200 orang.. dan cikgu cuma buat kelas sehingga 4 kelas je sehingga nama Ibnu Abbas untuk darjah satu.. tapi semasa abg ngah daftar aritu murid dah semakin bertambah menjadi lebih daripada 200 orang.. terpaksalah cikgu pecahkan kepada 6 kelas seperti yang aku senaraikan kat atas tu..

dan pada hari pertama persekolahan aritu abg ngah dah ditempatkan di kelas Ibnu Khaldun, dan selepas 2 minggu sekolah abg ngah kata dia dah pindah kelas.. dari kelas atas turun ke kelas belah bawah.. tapi dia tak tau nama.. kata dia bukan pakai kad nama kuning lagi tapi yang kelas pakai kad nama purple.. tapi aku memang tak dapat nak agak kelas mana satu.. 

sebab tu aku mintak abg long masuk dan tengok abg ngah duduk kelas mana.. kalau aku yang masuk nanti jadi lebih nyata sebab ibubapa kan kononnya.. kalau abg long tentu tak perasan sangat.. padahal dua-dua masuk pada waktu sekolah pun memang dah salah.. hahaha

dan aku dah sms cikgu kelas abg ngah kemudiannya.. dan tanya abg ngah duduk kelas mana.. elok je cikgu jawab abg ngah dah pindah kelas Ibnu Hazim.. lega dengar dan dah tau.. tak tau la ini kelas yang kekal ataupun tidak.. 

dan tetiba aku tercakap dalam kereta semalam.. 

aku : "kelas abg ngah ni kelas terakhir la eh abg long?"
abg long : "eh tak la ummi, ada lagi satu kelas lain.. hmmm kelas apa ye.. "
aku : "Ibnu Abbas, betul?"
abg long : "eh tak... ta... taa... kelas Tabuta la ummi"
aku : " haaa... tak buta?"
abg long : "bukanlah.. ta... ta.. apa ek.. Ibnu tabuta"
aku : sambil tahan gelak "Ibnu Batutah ke?" dan akhirnya pecah jugak gelak bila abg long sebut..
abg long :"aah!"

jauhnya la anak bunyi Ibnu Batutah dengan tabuta tu... aduhai.. padahal ada je aku dah belikan buku macam kat atas tu 101 Info Seronoknya Mengenal Tokoh Islam dari Bookcafe.. dan baru je selak masa sibuk cari-cari kamus minggu lepas.. 

Kalau nak tau siapa Ibnu Batutah ni.. beliau merupakan seorang pengembara Islam yang terkenal.. Beliau telah memulakan perjalanan pada umur sekitar 20 tahun dan kemudiannya mengembara selama 30 tahun dan mempunyai jarak perjalanan 3 kali lebih jauh dari pengembaraan ahli pengembara terkenal Marco Polo..

rasanya lepas ni kena beli buku tambahan 40 Tokoh Islam macam kat bawah ni pulak kot baru boleh kenal betul-betul Tokoh Islam yang ada..


40 Tokoh Islam
ada sahabat bertanya.. kenapa selalu kami akan jemput anak- anak sama-sama balik dari sekolah dan rumah pengasuh.. boleh je setiap kali jemput anak shah buat sorang-sorang.. tapi tiap kali tu aku rasakan yang itulah masa kami bersama-sama sebagai sebuah keluarga.. anak-anak dan suami berebut-rebut nak bercerita sepanjang perjalanan ke rumah.. ya..memang hura-hara.. tapi itulah yang membuatku bahagia dan akan jadi kenangan satu masa nanti.. insyaAllah..





Cerita menarik lain

0 Luahan Ikhlas: