Follow my blog with Bloglovin

Jumaat, 10 Februari 2017

3 perkara yang selalu syaitan bisikkan untuk kita sibuk.

assalamualaikum semua,

aku asyik la terlupa nak kongsikan ilmu yang aku dapat dari dengar Radio Nasional FM masa balik kampung baru ni.. masa tu aku sibuk nak siapkan pau untuk dijadikan makanan anak-anak serta adik-adik yang ada kat rumah mak.. 

Tazkirah jumaat


sambil buat pau sambil dengar slot ceramah seorang ustaz di radio.. maaf ustaz.. saya selalu lupa nama orang.. dan sekarang ni saya terlupa pulak nama ustaz yang sampaikan ilmu berguna macam ni.. tapi saya masih tak boleh lupakan suara ustaz yang tegas menyampaikan isi ceramah tu.. insyaAllah akan ingat jugak apa isinya tanpa menulis ketika itu..

ustaz mengingatkan tentang hasutan dan bisikan syaitan.. katanya syaitan tak pernah berhenti dari memperdaya manusia.. ada saja jalan yang dicarinya.. antara usaha syaitan ini yang nyatanya ialah dia nak kita lupa pada perintah Allah s.w.t  dengan melalaikan kita dengan bermacam godaan..

dan kata ustaz lagi ada 3 perkara yang selalu disibukkan kita dalam tugas kita seharian yang akhirnya menjadikannya kita lupa pada perintah dan larangan Allah s.w.t. 3 perkara itu ialah..


tipu daya syaitan


1. Apa yang kita nak makan - seharian kita asyik fikirkan apa kita nak makan.. dari pagi sampai kita tutup mata pun masih nak fikirkan apa kita nak makan esok hari.. sehinggakan kita jadi alpa dalam mengerjakan perintah Allah. s.w.t... terkedu aku dengar.. terus terfikir pada masa tu aku tengah sibuk jugak buat makanan kerana asyik memikir apa anak-anak nak makan.. Allah.. rasanya ada benarnya jugak ni ustaz.. 

2. Dimana kita nak tidur - yang ni pun kadang-kadang menjadi kerisauan pada sesetengah orang sampaikan orang jadi alpa pada perintah Allah..

3. Apa kita nak pakai - benda ni nampak mudah tapi ada bawak kesan pada sesetengah orang sampai kebanyakan masanya memikirkan apa yang hendak dipakai sahaja..

ketiga-tiga perkara ni nampak sangat mudah tapi dari cari mudah inilah syaitan memperdaya manusia sehinggakan ada yang melupakan perintah Allah serta menghabiskan sebahagian hidupnya dengan perkara yang sia-sia.. inilah yang dinamakan tipu daya syaitan.. yang mana sesuatu perkara tu nampak biasa je di mata kita tapi dari yang biasa itu la diselitkan dengan hasutan supaya kita melupakan perintah Allah.. Allahuakhbar.. insafnya dengar.. selalu lupa untuk berzikir ketika menyediakan makanan.. selalu lupa untuk mengingati Allah ketika menerima rezeki..
Cerita menarik lain

2 Luahan Ikhlas:

memmet lenggeng berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Setuju tu

Seorang Syed berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Part makanan dan nak pakai tu memang selalu terfikir. terutama kalau berjauhan dengan ibu bapa. Syaitan memang tak pernah berhenti menghasut kita. tengah sembahyang pun dia boleh kacau.