Follow my blog with Bloglovin

Khamis, 2 Februari 2017

Balik kampung sempena cuti CNY

Assalamualaikum semua, 

ni kisah kami balik kampung baru ni.. semua orang sibuk balik kampung bila cuti lama kan? tak kisah la siapa pun yang raya tapi biasanya agama lain pun ikut jugak "makan besar".. haha.. itulah uniknya Malaysia.. orang lain yang raya, orang lain yang sama sibuk penuhkan jalanraya dan pasaraya.. hihi..

lengang je bandar Kluang masa aku balik baru ni


dan kami pulak sibuk jugak ambik kesempatan cuti panjang Tahun Baru Cina untuk balik Johor jumpa mak dan abah.. anak-anak dah sibuk nak bermain dengan sepupu mereka yang ada di Johor.. tapi bila kami balik baru tau yang keluarga along aku bercuti ke Langkawi rupanya.. mereka balik hari Sabtu aritu tiba di Kluang.. seronok la pulak anak-anak dapat makan coklat Langkawi.. nak pergi sendiri entah bila agaknya..

apa je aktiviti diorang bila balik kampung ni? banyak la.. antaranya main badminton ramai-ramai.. belajar kopek kelapa (kata orang Johor).. orang negeri lain sebut kupas kelapa.. kalau sebut kopek jadi lain..hahaha.. ada lagi.. kami main kad Uno ramai-ramai.. dan yang paling penting ada je benda boleh main kalau duduk rumah atuk ni.. aktiviti tak terhad kat dalam rumah je macam kat rumah sendiri.. hidup dalam hutan batu.. 


tak dapat gambarkan kegembiraan anak-anak

semua sama sibuk.. hehe


kadang-kadang rasa simpati jugak dengan anak-anak zaman sekarang ni yang terpenjara dalam tembok batu.. dulu-dulu zaman aku kecik boleh main sana sini bila dah abis waktu sekolah.. rata la kampung tu kami berjalan.. mana je tak pegi.. paya.. belukar.. belakang rumah orang.. kolam.. panjat pokok la yang paling best gila.. 

tapi sekarang ni semuanya tak boleh.. bukak-bukak pintu nak keluar rumah je dah ada kereta laju lintas sana sini.. bahaya! nak berjalan ke taman bermain pun bahaya kalau takde pengawasan orang dewasa.. risau kena culik la.. macam-macam lagi la.. ramai sangat orang terdesak nak hidup di zaman ni..

jadinya ramai anak-anak dah ketagih dengan semua sumber gajet elektronik yang ada di zaman ni.. pendek kata agak pelik la kalau ada anak yang tak tau guna telefon bimbit di zaman sekarang ni.. budak kecik umur bawah setahun pun dah tau guna kadang-kadang.. walaupun sangat tak bagus untuk mata anak kecil.. bestnya kalau suasana boleh balik natural macam dulu kan?

sebab tu kalau balik kampung aku bagi je anak-anak jelajah semuanya yang diorang nak buat.. korang macam aku ke?

Cerita menarik lain

4 Luahan Ikhlas:

Nadia Nurul berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

zaman skrg budak2 lebih mengenal gajet drpd permainan tradisional

Raihanah Ahmad berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kami raya di kl je tahun ni.

Lisa Nurulain berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Eh.. kedai celcom lisa. hahaha

tiga lalat berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

thaipusam ni x balik kluang ke mkcik doc? hehe2