Logo KBBA

Rabu, 8 Februari 2017

Berus, beg atau kasut dari babi atau khinzir ?

assalamualaikum semua,

pagi ni semasa dalam perjalanan ke tempat kerja kami sempat la dengar berita semasa macam biasa kat Sinar FM.. sambil-sambil dengar Sepahtu Sinar pepagi tu.. dan tetiba ada terdengar pulak pasal berita KPDNKK rampas lebih 2000 berus kecantikan yang diperbuat dari bulu babi atau bulu khinzir.. wah boleh tahan jugak banyak tu.. yang ni rampasan yang dibuat dari 157 premis seluruh negara.. boleh tahan.. 

cara mengenali kulit dan bulu babi


tapi yang jadi musykil pada kita pengguna ni mesti macamana nak kenal yang mana satu berus yang diperbuat dari bulu babi ni sebenarnya kan? haa.. aku pun sama je macam korang.. walau jarang pun mencuba menepek sebarang make up ke muka ni sangat tak nak jugak la ambik tau.. 

dan alhamdulillah.. aku terperasan pulak ada satu risalah yang ditampalkan di tempat kerja aku ni sebenarnya.. risalah yang kami dapat dari Jabatan Agama Islam Pahang atau JAIP.. bagus sangat pada aku untuk dikongsikan kepada semua kawan-kawan.. terutama cara nak kenal berus dari bulu babi dan barangan kulit dari kulit babi.. haa.. yang ni pun selalu berlaku jugak ni.. beli beg tangan atau kasut kulit tapi tak tau kulit apa yang digunakan pun..

meh kita tengok apa je yang kita boleh belajar..  bawah ni cara nak kenal berus yang diperbuat dari bulu babi.. maaf la ada sikit terkoyak kat gambar tu.. ini je risalah yang ada..

ciri-ciri bulu babi 


dan ini pulak cara nak kenal kulit barangan kulit yang kita beli samada menggunakan kulit babi atau tidak..




Mempunyai 3 titik atau lubang tu memang ciri utama


aku bagi sekali la gambar penuh apa yang biasa digunakan dari babi ni untuk pengetahuan kita semua...


semua benda yang menggunakan babi


dan untuk pengetahuan kita semua.. adanya pemeriksaan lanjut yang akan dijalankan untuk mengesahkan yang kulit atau bulu tu memang berasal dari babi.. ada beberapa cara la.. dengan ujian secara mata kasar serta ujian makmal..




contoh gambar risalah penuh dari JAIP

korang baca dan fahamkan ok.. mudah-mudahkan beri sedikit ilmu pada yang memerlukan..
Cerita menarik lain

1 Luahan Ikhlas:

Seorang Syed berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Satu perkongsian yang bagus ni kak. Thanks kerana berkongsi dengan kami semua. Takut juga kalau terbeli barang yang dibuat dari kulit babi ni. btw, saya singgah dan follow blog akak ya. jemputlah melawat blog saya :)