Logo KBBA

Selasa, 28 Februari 2017

Bila suami tak dapat bersama..

assalamualaikum semua,

baca tajuk macam pelik je kan? bila sebut je tak dapat bersama tentu korang ingat cerita kategori 18SX je kan? suami tak dapat bersama tu tentulah sesiapa pun pelik. sebab suami atau isteri tu la yang paling rapat selain ahli keluarga sendiri.

gambar ala-ala sweet kami 2 tahun lepas


bukan apa pun sebenarnya.. hari ni hari pertama aku cuba bawak kereta sendiri ke tempat kerja. sebelum ni bukan tak pernah langsung tapi memang kebanyakan masa memang aku jadi mem besar je la kat sebelah.

walau untuk jarak perjalanan jauh atau dekat memang gitu je la pesennya pun. jarang-jarang sangat la aku nak bawak sampaikan aku punya 'confident level' tu macam dah kurang sangat-sangat la.

dah lupa dah skill berulang alik dari Kuantan ke Kota Tinggi, Kota Tinggi ke Kuantan setiap 2 minggu satu masa dulu. dah lupa jugak skill menggelak tiang pagar besi kat lorong sempit masa nak hantar dan ambik abg long dari rumah pengasuh waktu di Kota Bharu dulu. sekarang ni suruh parking tegak tu pun dah gigil dan seram sejuk.. hahaha kesian ek?

dah hari ni mencabar jugak sebab ada copilot yang sibuk temuramah macam-macam kat pemandu amatur ni.. aduhai.. menduga betul bila dia siap perhati kita bawak macam pegawai JPJ nak cari salah kita masa ujian memandu. siapa lagi kalau bukan abg ngah tu.

dari pejabat tadi kami gerak pukul 5.12 minit lebih kurang, pastu sangkut dalam kesesakkan sampai lepas jambatan Tanjung Lumpur. elok je jam 6 petang sampai di rumah pengasuh adik hadi dan kakak husna. 

lepas tu kami singgah beli burger tepi jalan masuk taman sebab gas kat rumah dah abis sampai la abg ngah tetiba kata nak kencing. Berkejar pulak balik ke rumah. siap semua gi semula gerai burger untuk ambik order tadi. elok je kami sampai rumah 10 minit sebelum jam 7 malam tadi..fuh..

esok lagi mencabar rasanya sebab abg long dan abg ngah dah sekolah. hari ni cuti peristiwa sempena hari sukan sekolah semalam. bertabah la ita.. baru sehari suami takde dah kelam kabut. baru tau betapa pentingnya pasangan.. huhuhu..

Cerita menarik lain

4 Luahan Ikhlas:

Nurzakiah Hanum berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

singgah pagi

Nafira usof berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Bila lama x drive sendiri memang kekok rasanye kan~ Zura sendiri pon dh lama x memandu. pergi kerja pon naik KTM & LRT. malas nak jem.

hainom OKje berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Sama le kita Ta....pergi mari mana mana kalau laki ada mmg dia ajelah drive. Tak hingin mak nak drive kalau dia ada sebelah. Banyak kang komplennya.

Time time penat gini barulah betapa pentingnya laki disisi ye Ta.
Laki hang pi mana Ta?

Nor Azimah berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Oh mytoklaki, kaulah penyelamatku dalam membawa kete, den lesen manjang tenew, bawaknya idok juga.
Ensomi outstesen yek?