Follow my blog with Bloglovin

Rabu, 1 Februari 2017

Filem pendek lucu dari TNB tapi penuh mesej tersirat

Assalamualaikum semua,

Korang dah tengok tak filem pendek dari TNB sempena perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ni.. kalau korang kata belum, korang masih boleh tengok di wall fb yang aku share atau kalau nak lagi senang tengok je video yang aku letak kat bawah ni.. rugi tak tengok filem pendek lucu atau kelakar macam ni tapi bawak mesej positif yang tersirat..




walaupun filem pendek kat atas tu agak kelakar tapi yang paling penting pada aku ialah mesej yang tersirat yang nak disampaikan dari video ni macam Tahun Baru Cina adalah masa untuk keluarga mengenepikan segala perbezaan dan merapatkan semula ikatan.. sebenarnya semua perayaan pun inilah yang kita perlu utamakan..

serta walaupun makan besar merupakan budaya yang terkenal jika dikaitak dengan Tahun Baru Cina tapi mungkin ramai yang terlupa iaitu ahli keluarga yang hadir untuk makan besar adalah jauh lebih penting daripada apa yang terhidang di meja.. yang ni aku rasa betul sebab aku tengok untuk sambutan Tahun Baru Cina yang baru je lepas ni, ada kawan yang hidangkan steamboat saja untuk keluarga besar dia..

dalam mana-mana perayaan pun biasa berlaku pertelagahan atau perselisihan faham, sikap masing­-masing mungkin menjadi punca pertelagahan di musim perayaan, apatah lagi dalam keluarga yang ramai.. dan sepatutnya perbezaan diraikan, bukan diketepikan..

kadang kala mungkin kita terlupa, seperti hidangan Tahun Baru yang beraneka jenis saiz, rasa dan rupa, begitulah juga ahli keluarga kita.. dan di akhir filem yang walaupun ringkas telah membuktikan apabila kita bersatu kita teguh, bercerai kita roboh..

tidak harus dilupakan jugak yang kebahagiaan tercipta apabila kita semua bersatu hati dan mesra antara satu sama lain dan kemanisan tu digambarkan dengan terciptanya hidangan hebat apabila hidangan mereka disatukan di akhir cerita..

keseronokan menonton filem pendek yang membawa mesej yang sangat positif ni tak terhenti setakat tu saja tau.. korang boleh masuk jugak ke laman web yang membolehkan korang melihat hidangan misteri apa yang sesuai dengan korang tau.. nak tau caranya tak ? meh aku senaraikan cara yang mudah untuk "Unveil Mystery Dishes".. cewaah..


Unviel Mystery Dishes (Table of Harmony)



Step 1 → Log on to https://betterbrighter.my/tableofharmony 

Langkah 1   → Masuk ke laman web https://betterbrighter.my/tableofharmony


Table of Harmony


Step 2 → Click on “Unveil Mystery Dishes” then, “Discover What Mystery Dish You Are & Join The Table” 

Langkah 2  → Klik pada "Unveil Mystery Dishes" kemudian, "Discover What Mystery Dish You Are & Join The Table"


Discover what dish you are



Step 3 → Choose answer 

Langkah 3 → Pilih jawapan



Pilih jawapan



Step 4 → Click on “Unveil Your Dish” 

Langkah 4 → Klik pada "Unveil Your Dish"



unveil your dish


dan aku dapat ni.. Dumplings Trapped in Little Cage.. hahaha..


keputusan
hehe.. tak sangka pulak aku tau.. sebab ni ayat dia..


Although you're quite the introvert, your kind nature helps maintain strong, lasting relationships.. 


dan terjemahannya tu ialah..


Walaupun anda seorang yang pendiam, tetapi sifat semulajadi anda membantu mengekalkan hubungan yang berkekalan..

pehhh.. hahaha.. korang cuba la.. tapi eh.. aku ni pendiam ke ? dan kalau korang nak tau lanjut pasal Table of Harmony ni korang boleh pergi ke :


Facebook : TNB Careline

Instagram : Tenaga_Nasional









Cerita menarik lain

11 Luahan Ikhlas:

anazarin dotcom berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Memang layan habislah iklan nie..hehehe

Radhia Razali berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Terbaik.. Good job TNB

athirah hassin berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

comelnya mystery dish tu

Eraz Fadli berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

TNB, Good Job!

hainom OKje berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Hihi..... yg rentung tu akhirnya delivery aje senang ye Ta, cepat dan mudah!
Tulah....kadang tu kita aje cakap hidangan tak penting, yg penting dapat gader gader. Tapi realitinya kalau dah org datang rumah takkan nak hidangkan cucuq aje kot haha...... Nak tak nak kenalah jugak masak weyh Ta

fizafantagirO berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Dah tengokk. Menarik, mula mula gelak, lepas tu.. Ooo, ni mesej dia =)

Cikk Mimin berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Mula2 tgok video tuu pelik bila tgok sampai habis. baru fhm msg dia. terbaiklah TNB

Emarieys berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Tak suka mak mertua diaorang..garang sangat...ekh.

mOoN IzzaN berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Kat ending baru faham yg tersirat... hehe

Nadia Johari berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

mak mertua garang..pak mertua bijak..

Izzati Suhaide berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Seram tengok mak mentua dia.. Garanggg.