Logo KBBA

Jumaat, 10 Februari 2017

Kami beriadah di Laman Teruntum

assalamualaikum semua, 

aku nak kongsikan satu tempat tarikan terbaru kat Kuantan ni.. bukan la baru sangat pun.. tapi masih dikira baru la oleh penduduk Kuantan.. ianya tak lain tak bukan Laman Teruntum.. mula dibina masa sibuk-sibuk nak adanya lawatan dari Majlis sebuah daerah di Negara China ke Kuantan pada tahun 2015 kalau aku tak silap.. 

comel tak model Laman Teruntum ?


dan kami baru je dapat berkunjung ke sini pada awal tahun ni.. dah agak terlambat dari tarikh perasmian dia sebenarnya.. hehe.. dan dah ada sebahagian kemudahan yang dah mula rosak dah pun.. bukan sebab rosak dimakan hari tapi rosak oleh sebab sikap pengunjung ke Laman Teruntum ni sendiri.. 

kedudukannya sebenarnya ialah di tapak lama stesen bas Bandar Kuantan sebelum bertukar ke Terminal Sementara berdekatan Pasar Besar Kuantan.. dekat sangat dengan kek yang menjual kek keju mangga popular Kula Cakes... biasanya orang akan parking kereta di bahagian dalam sebelum Laman Teruntum ni.. macam kami ni tujuan asalnya ialah nak pergi kedai gambar yang sederet dengan Laman Teruntum untuk ambik gambar pasport.. dan alang-alang dah dapat parking yang dekat dan anak-anak sibuk mengajak nak tengok taman.. (sebenarnya dah setahun anak-anak ajak..haha) jadi kami pun luangkan la sikit masa untuk berjalan sebelum maghrib tiba..

ada bermacam kemudahan yang disediakan.. yang paling menarik ialah kemudahan untuk bersenam kat sebelah tepi sekali.. dekat sangat dengan asrama pelajar.. asrama pelajar lelaki Cosmopoint rasanya.. maaf kalau silap ye.. mari kita layan gambar..


masa ni dah senja dah pun


anak-anak paling suka mencuba peralatan senaman yang disediakan di sini.. setakat ni masih berfungsi dengan baik.. dan mereka suka jugak mencuba permainan yang disediakan untuk kanak-kanak.. cuma masalahnya bila dah terlalu ramai dan ada yang pentingkan diri macam bermain sampai ke sudah tak hiraukan orang lain yang menunggu tu yang leceh.. kesian pulak anak-anak bila kecewa tak dapat giliran nak bermain..

semua berebut nak naik.. hehe..

ayah yang lebih.. haha yang hijau belakang tu la asrama




abg long dah jauh seberang ke sana titi batu bersegi tu..

abg long ni semua benda nak dicuba tau.. sangat berani

budak kecik yang sorang ni pun sama berani tau


antara permainan yang ada disediakan


ada jugak disediakan perkhidmatan kereta kawalan yang disewakan pada pengunjung.. yang ni aku tak bagi anak-anak cuba.. boleh tahan jugak la harganya tu.. cuba la bayang kalau 4 orang yang naik.. huhuhu.. jadi terima kasih sajalah.. 


kereta control jugak ada 


kami jugak bersiar-siar di sepanjang lorong pejalan kaki yang disediakan bersambung terus dengan laluan ke Benteng Esplanade Kuantan.. sambil tengok signboard Kuantan dan sambil tengok ikan dalam air sungai.. ada jugak orang yang datang nak memancing kat sini.. masa kami pergi tu cuaca tengah sejuk sebab angin bertiup agak kuat jugak.. jadi sambil berjalan sambil perhatikan anak-anak juga supaya tak berlaku kejadian tak diingini.. terutama adik hadi si kecik tu.. suka sangat berlari kalau jumpa kawasan luas macam ni..







tetiba ada muka orang berdua ni..


abg ngah sentiasa jadi model ummi.. 
aksi anak-anak

lagi aksi anak-anak


suka pandang sana sini dan bot yang lalu lalang di sungai..


ada jugak orang yang berjualan di sepanjang taman.. ada macam-macam la.. kami tak beli pun.. betul-betul sekadar beriadah dan bersiar-siar je ni... nampak tak di sebelah kaki kakak husna tanda tayar tu ? motor masuk ke laluan pejalan kaki dan merosakkan laluan ni sepanjang jalan.. susah nak tegur orang yang takde sivik macam ni.. dah ada pagar pun dilanggarnya bagi roboh..

tengok aje la kesannya.. sedih..


ada satu tarikan lagi berbentuk dome.. yang ni aku suka.. kalau kita masuk dalam dia tu dan bercakap akan ada bunyi bergema macam dalam gua.. kalau masa perasmian dan lawatan wakil Negara China aritu tak silap aku ada pameran gambar-gambar tempat di Kuantan satu masa dulu.. mungkin gambar yang sama yang dibawa dari bangunan UTC Kuantan khas untuk pameran tu saja.. yang ni aku tak pasti.. tapi aku pernah la tengok gambar kenangan sekitar Kuantan di dinding bangunan UTC..


air pancut berwarna

dan yang menarik sekali ialah air pancut berwarna-warni yang ada kat sini.. cantik sangat walau ianya sangat simple dan dah ada yang dah rosak pun.. sebab tersumbat agaknya.. kami sempat la duduk kat sini sampai dah maghrib baru balik.. jadi nampak la jugak sekejap cahaya dia tu macamana.. ingatkan nak solat kat situ tapi nampaknya tak disediakan bangunan untuk bersolat.. hanya tandas saja disediakan.. kalau nak bersolat, tempat yang paling dekat ialah di Masjid Negeri yang tak jauh dari situ dan jugak stesyen minyak yang cuma dalam beberapa ratus meter je dari Laman Teruntum ni..
Cerita menarik lain

2 Luahan Ikhlas:

tiga lalat berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tengok gmbr sign kuantan pon chantek., hehe2

Kesuma Angsana berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Salam Jumaat, menyinggah bila ada sedikit kelapangan. Lama tak menerjah. X sempat nak kejar N3 tp ingatan tetap ada ! Masa berkualiti bersama anak2 kan !