Follow my blog with Bloglovin

Jumaat, 10 Februari 2017

Makan di restoran sedap di Kuantan : Leesya Corner

assalamualaikum semua,

ni antara entri yang terperap dalam draf.. dah lama nak tulis.. sejak kami jumpa restoran sedap ni dulu lagi.. terus terasa nak menulis rekod dalam blog ni pasal kedai makan sedap kat Kuantan ni.. sebab apa tau ? sebab agak susah nak cari restoran sedap di Kuantan ni dengan harga yang berpatutan.. dah ada pun yang komplen katanya Kuantan Bandar Makanan Mahal.. huhuhu.. aku tak nafikan tu..

tempat makan best kuantan
Leesya Corner


tapi aku tak salahkan perniaga jugak, sebabnya macamana nak kekal harga yang berpatutan kalau semua bahan mentah didapati dengan harga yang agak mahal jugak.. memang sangat terasa la.. macam minggu ni.. harga ikan selar kuning mencecah RM15/kg, ikan kembung pulak cicah RM20/kg dan ayam pulak cicah RM8.19/kg... jadi korang rasa kalau jadi peniaga apa la agaknya pilihan yang ada kan.. tu belum lagi cerita harga sayur yang jugak boleh terkejut-kejut melihat harganya..

eh meh balik semula ke cerita kedai makan sedap ni.. nama Restoran ni ialah Leesya Corner.. kedudukan dia betul-betul kat corner atau kedai yang paling tepi.. kedai ni berada sederet dengan bangunan Pasaraya Cowboy (baru) di Kuantan.. kalau orang kuantan ni sebut Cowboy baru tentu diorang tau.. tapi kalau orang luar tentu agak susah nak cari sebab ada banyak Cowboy di Kuantan ni.. kalau nak tau lebih senang lagi korang cari Jalan Wong Ah Jang.. jumpa bangunan yang ada signboard Cowboy yang pertama tu la cowboy yang baru.. yang selepas dari Cowboy baru ni adalah Cowboy lama..

nak ke restoran ni senang je sebab ada tempat letak kereta yang agak luas di sepanjang kedai yang ada di bangunan sebelah.. kami selalu pergi ke sini selepas hantar anak-anak gunting rambut di kedai gunting rambut yang berdepan dengan restoran ni.. kali pertama tau kedai ni pun sejarahnya selepas gunting rambut la tu..

apa yang ada kat kedai makan ni ? meh kita tengok menu..ada bermacam makanan panas yang ada kat sini tau.. 




tapi biasanya kami akan order makanan yang sama je setiap kali datang sebab dah terpikat dengan rasa yang tu je.. selalunya aku suka makan mee sup atau bihun tomyam.. rasa tomyam dia memang sedap sangat.. rasa pedas dan masam yang memang kena sangat dengan tekak.. kadang-kadang kami cuma ambik set nasi putih kosong, tomyam campur dan telur dadar je.. anak-anak memang menu wajib diorang nasi goreng cina bahagi 4.. jangan tanya kenapa bahagi 4.. sebabnya anak-anak kami tak kuat makan.. bahagi 4 dengan extra 3 pinggan kosong.. bebudak ni kalau bawak makan buffet rugi je.. sebab makan sikit.. meh aku tunjuk gambar menu yang aku jamin boleh buat korang terliur la.. haha...


bihun tomyam yang selalu aku makan

ni mee sup dia, pun sedap jugak


yang paling best biasanya kalau kami makan kat kedai ni memang tak lebih dari bayaran RM40 untuk satu keluarga.. ye la.. kan kami banyak berkongsi..dah jimat banyak kat situ kecuali air memang selalu nak sorang satu.. biasanya akan order 3 menu je untuk makan di samping tambahan telur dadar, sayur atau sup.. 



suasana dalam kedai, tingkat tu tempat dia hulur makanan dari dapur

ada screen besar dekat luar kedai ~ nampak tulisan Cowboy sekerat tu?



pinggan je lebih


dan paling penting yang aku suka dan jadi ciri tempat makan yang kami patut pilih ialah sebab servis dia sangat cepat.. tak sampai setengah jam biasanya korang dah  boleh dapat air dan makanan..  yang ni memang kami yang ada anak-anak kecik ni memang suka la.. orang yang ada anak yang tak boleh handle.. dan dah mula main segala sudu garfu atas meja sementara nak tunggu makanan sampai tentu faham apa aku maksudkan..

kedai ni bukak jugak waktu siang tapi kami memang tak pernah pergi sebab selalu cuma ada masa untuk keluar makan pada waktu malam dan makanan panas hanya dihidangkan pada waktu malam.. lepas makan kenyang-kenyang boleh pergi beli barang di Pasaraya Cowboy yang terletak bersebelahan je dengan kedai makan ni.. kalau nak berbelanja dulu sebelum makan pun boleh.. selamat mencuba!
Cerita menarik lain

1 Luahan Ikhlas:

Lea Azleeya berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

e ehh kenapa tataw kedai ni wujud.. nanti nak p cuba kueh teow tomyam la... feberet tu.. hehehe