Follow my blog with Bloglovin

Isnin, 6 Februari 2017

Selamat Hari Kanser Sedunia dan makna setiap warna reben

assalamualaikum semua,

entri ni patut aku tulis pada pada hari Sabtu lepas, 4 Februari 2017 tapi disebabkan kesibukan yang melanda aku tak dapat nak tulis lengkap hanya terbengkalai dalam draf je la.. tapi aku buat keputusan nak jugak publishkan entri ni walau dah terlambat..


selamat hari kanser sedunia 2017



kalau korang nak tau aku tersangat terkesan dengan perkataan Kanser sejak pertengahan tahun lepas.. itu pun selepas ahli keluarga terapat kami dikesan menghidap penyakit ini.. part tu aku belum bersedia nak cerita.. cukup la kalau korang tau ada antara ahli keluarga aku yang menghidapnya sebelum ni.. 

dan aku nak kongsikan apa yang sebenarnya perlu sebagai ahli keluarga orang yang dikesan menghidap kanser.. memang tak dinafikan la masa awal tau memang kita rasa sangat sedih.. soalan macam.. kenapa kanser? kenapa bukan penyakit lain bermain je di fikiran.. lepas tu rasa memang nak nangis je la.. rasa macam tertekan sangat-sangat...

itu perasaan kita yang cuma ahli keluarga.. cuba bayangkan perasaan pesakit tu sendiri macamana ? fuh.. memang tak terluah kot.. nak nangis pun rasa tak terkeluar dah airmata.. selama ni tak pernah ada sakit yang serius tetiba kena KANSER ? macam terpukul tau..

Tapi apa yang patut kita buat sebagai waris terdekat pesakit kanser macam ni ?


1. pertamanya jangan la panik  melampau.. aku sedar aku jenis orang gini.. tau je paerkara tu aku nangis macam orang tu dah tinggalkan aku dan takde harapan dah.. sepatutnya kita kena tenang dan tenang je dulu.. fikirkan apa yang patut dibuat..

2. Jangan la humbankan segala ubat atau penawar yang 'orang kata' boleh sembuhkan kanser ni.. kesian tau, dah la tetiba tau ada kanser pastu nak humban pulak segala macam air, pil untuk dia telan.. padahal orang tu nak terima sakit dia tak pun belum tau lagi.. aku sedar aku pun buat silap dalam hal ni sebab nak sangat dia sembuh cepat tapi aku bagitau supaya korang janganlah ulang kesilapan yang sama ok..

3. bila dah ada diagnosis dan pilihan rawatan yang ada, sila la buat rujukan di mana-mana pun.. dan tanya la sebanyak mana pun doktor yang boleh untuk pendapat yang mungkin berbeza.. senaraikan pro dan contra setiap satu-satu pilihan tu jugak.. serta risikonya tau..

4. jangan terlalu mendesak pesakit.. yang ni selalu sangat waris buat tanpa sedar tau.. kita paksa buat rawatan.. kita paksa kemoterapi.. kita paksa jumpa doktor.. kita paksa macam-macam la.. sedangkan kita tak tau pesakit ni tengah mengalami kecelaruan emosi dan sangat perlukan sokongan kita ahli keluarga terdekat..

5. bagi la pesakit bertenang dan terima keadaan dia dulu sebelum buat apa-apa keputusan.. doakan jugak pada masa yang sama.. 

6. yang ini sebenarnya paling penting.. kena SENTIASA ADA untuk pesakit.. yang ni memang aku mengaku sangat tak mampu.. aku berterima kasih sangat dengan ahli keluarga yang lain yang sentiasa ada dan buat dia ceria..

antara perkara yang 'orang kata' tentang kanser yang kita perlu ubah !


dan sempena Hari Kanser Sedunia 2017 ni aku nak tunjuk dengan korang yang ada pelbagai warna riben yang melambangkan pelbagai kanser di  dunia ni.. serius aku pun baru je tau ni.. meh kita tengok gambar kat bawah ni..

makna setiap warna reben (awareness ribbon) ~sumber google

yang ni warna reben untuk kanser (cancer ribbon) ~ sumber google


semoga korang dapat la ilmu serba sikit ye.. bantu la pesakit Kanser dalam apa bentuk bantuan yang korang ada pun.. walau cuma bekalkan semangat untuk hidup seperti biasa dan jalani rawatan..
Cerita menarik lain

2 Luahan Ikhlas:

I N A A I N A A berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Bari tahu setiap warna ribbon tu ada makna lain2.. thanks kak bagi info dan ilmu ni..

saniah ibrahim berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Akak juga bekas pesakit kanser walaupun baru tahap 1 tetap pengalaman yg menakutkan.