Logo KBBA

Rabu, 1 Februari 2017

Tips memasak mee goreng dan mihun goreng

assalamualaikum semua,

bila dah petang ni rasa lapar la pulak perut.. tadi nak cari nasi macam malas.. jadinya sekarang tengah alas perut dengan Nutrimax dan biskut korek-korek kat bilik ni yang mana ada.. kena anggap kenyang jugak la walau tak bape nak kenyang sebenarnya.. hahaha.. padahal pagi tadi dah makan bekal tu tau..

kali ni cuma mee goreng ekonomi je.. banyak sayur-sayur..


hari ni aku bawak bekal mee goreng dengan pisang 2 bijik.. tapi entah kenapa perut yang dah agak membesar sekarang ni kata apa yang aku bawak ni tak berapa cukup la pulak.. hihihi.. asalnya nak buat sarapan benda lain pagi tadi.. tapi disebabkan malam semalam aku dah goreng kue tiaw dan ada pulak muka yang tak puashati nak jugak aku masak mee goreng makanya ummi gigihkan jugak la menggoreng mee pagi tadi.. aku ikut resepi mee goreng kat SINI je..

kalau kue tiew kat rumah ni memang jadi kegemaran kami anak-beranak kecuali kakak husna, dia macam tak berapa gemar sangat.. selalunya aku akan letak banyak tomato untuk umpan dia makan.. sebab dia sangat suka tomato.. bagus nak makan tomato banyak, nanti kulit pun jadi cantik.. eh itu fakta ke propa ye?

biasanya kalau beli kue tiaw kat pasar malam tu mesti beli lebih sebungkus.. lepas tu mesti mintak tambah lada jeruk tu banyak-banyak.. peh sedapnya cerita pasal makan bila lapar.. dan sekarang ni rasanya kalau rumah kami dah tak cukup sebungkus kue tiaw yang 400 gram tu kalau sekali goreng.. semalam pun cukup-cukup je.. itu pun aku rasa shah makan tak cukup kot.. tapi mengalah untuk anak.. terima kasih la abang.. sentiasa  jadi ayah yang baik untuk anak-anak..

aku kalau goreng mee mesti akan letak tauhu banyak-banyak.. aku mesti hancurkan tauhu tu dengan ramas-ramas je dengan tangan.. kata makdengan abah, kalau buat mee goreng guna mee kuning.. elok tauhunya dihancurkan macam tu.. tapi kalau goreng mihun aku akan hiris nipis-nipis dan gorengkan dulu sikit.. ini yang mak dengan abah aku ajar la.. terpulang pada masing-masing nak buat cara macamana.. 

kalau meenya pulak.. aku buat macam ni.. mee kuning tu biasanya aku akan basuh dan rendam sekejap dengan air panas bagi hilang rasa kapur pada mee tu.. lepas tu toskan dan terus goreng.. dan tips dia taknak bagi mee tu lembik kena basuh dan rendam air panas betul-betul sebelum korang campak dalam tempah yang dah tumis.. kalau tak dia akan terlalu lembik atau kembang..

kalau bihun pulak, aku memang biasa akan rendam dulu dalam air.. air sejuk je, tak perlu air panas.. sebab nanti lepas korang tumis kena letak sikit air dalam tumisan tu dan masukkan bihun.. kiranya kaedahnya macam mencelur dalam kuali la tu.. korang faham tak apa yang aku tulis ni?  tak faham pun harap korang fahamkan la ye.. tak pun tanya je kat bawah.. nanti aku jawab.. sekian petua dari dapur cikta.. haha..
Cerita menarik lain

3 Luahan Ikhlas:

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

telan2 ailio.. sume tu febret!

Aziela berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Itaaaa.....miss you...huhuhu. Akk ni tenggelam timbul kan...hahaha.
Baca entry awak ni, bersemangat akk nak masak bawa bekal gi opis.

Aziela berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Itaaaa.....miss you...huhuhu. Akk ni tenggelam timbul kan...hahaha.
Baca entry awak ni, bersemangat akk nak masak bawa bekal gi opis.