Follow my blog with Bloglovin

Isnin, 13 Mac 2017

8 Tips pemilihan kasut yang sesuai untuk pesakit Kencing Manis

assalamualaikum semua,

baru tadi ni terbaca pasal tips pemilihan kasut yang sesuai untuk pesakit kencing manis.. ok.. aku mengaku la selama ni aku tak tau pun ada kasut yang sesuai dan kasut yang tak sesuai untuk pesakit kencing manis ni rupanya.. antara sebab-sebabnya ialah disebabkan komplikasi oleh kasut kepada kaki pesakit kencing manis ni.. 

kasut sesuai untuk pesakit kencing manis ~ sumber Myhealth


kajian dah menunjukkan 15% pesakit kencing manis dianggarkan mendapat ulser atau luka sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup, yang boleh berakhir dengan pemotongan anggota badan atau amputasi.. hebat kan kesannya? sebab selama ni aku pun fikir.. ala kasut je pun.. asal boleh alas kaki pun dah cukup.. rupanya kesannya lain kalau untuk orang yang dah sedia ada penyakit ni.. dan kalau boleh kita elak.. cuba la elak dari kasut yang dipakai tu makin mencederakan tuannya.. jadi sesiapa yang sedang menghidap kencing manis atau ada di kalangan ahli keluarga yang menghidap penyakit ni elok la ambik tau..


8 Tips pemilihan kasut yang sesuai untuk pesakit Kencing Manis


1. Bertutup - elakkan memakai terompah, selipar jepun atau sandal bertali.

2. Pilih kasut yang diperbuat daripada getah yang boleh meregang supaya kasut lebih selesa dipakai walaupun kaki bengkak atau terdapat pembalut luka. Lebih elok jika gunakan kasut bertali atau yang ada 'zap on' dibahagian atas yang boleh diselaraskan untuk diubah mengikut keselesaan.

3. Pilih tapak kasut yang mempunyai sedikit tumit (kurang 2 cm atau lebih elok jika memakai tapak jenis 'rocker bottom'.

4. Pastikan tiada jahitan atau lipatan tajam atau tidak rata di mana-mana bahagian kasut.

5. 'Insole' atau bahagian dalam tapak kasut yang lembut ditambah sebagai penyerap tekanan ketika berjalan dan sebagai pelapik kawasan yang berisiko untuk dapat luka tekanan.

6. Kasut berbentuk B, iaitu hujung kasut yang lebar. Pastikan juga jarak antara jari terpanjang dalam ruang hadapan kasut ialah sekurang-kurangnya 1 cm (ketika berdiiri) untuk memastikan jari kaki bebas bergerak.

7. Sentiasa memakai kasut dengan stokin yang diperbuat dari kapas yang menyerap peluh.

8. Sentiasa memeriksa bahagian dalam kasut untuk memastikan tiada benda-benda tajam atau bendasing sebelum memakainya.



Semua tips kat atas tu penting sebab pesakit kencing manis ni pada bila-bila masa je pun boleh kena komplikasi.. antara komplikasi yang boleh berlaku macam kat bawah ni..

antara komplikasi memakai kasut tidak sesuai ~ Sumber myhealth.



dan kalau ada antara korang yang mempunyai waris atau ahli keluar terdekat yang sedang menghidap kencing manis ni atau sesiapa la yang dah ada sejarah kencing manis dalam keluarga dia yang perlukan pencegahan sebelum dijangkit penyakit yang berbahaya ni, serta sedang mencari alternatif boleh la mencuba produk Gctea..


Apa je yang ada dalam GCTea ni? 


GC Tea dan kandungannya


Apa kelebihan GCTea pulak?

kelebihan GCTea

2 gambar kat bawah atas ni dah cukup rasanya nak menerangkan.. dan kalau nakkan maklumat lanjut korang boleh pergi ke :

Facebook GCTea Kuantan 
Instagram : GCTea Kuantan
Hotline : 0137428301


sumber * laman web Myhealth









Cerita menarik lain

1 Luahan Ikhlas:

adianiez AIDA berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

aduhai...
teringat abah aida.
pantang la kalu terpijak apa2.
abah aida kencing manis.