Follow my blog with Bloglovin

Isnin, 6 Mac 2017

Anak-anak dan kerja sekolah

Assalamualaikum semua,

hari ni aku cuba nak post entri blog menggunakan aplikasi baru di hp ni. dengan harapan aplikasi ni memudahkan aku untuk update blog sekerap mungkin dan berfungsi seperti yang diharapkan la..tapi dah banyak kali aku cuba asyik la fail..

giliran abg ngah


aku nak ceritakan pasal kerja rumah anak-anak kali ni.. sejak awal tahun ni ada 3 orang anak kami yang bersekolah secara formalnya.. sebenarnya sebelum ni pun sama je cuma tak la seformal sekarang ni..

dan sejak abg long naik darjah 4 dan abg ngah dah masuk sekolah rendah ni terasa jugak banyak jadual kena susun semula. jadual mengaji anak-anak.. jadual makan malam.. jadual buat kerja sekolah jugak..

giliran kakak husna


disebabkan ini jadual untuk diri sendiri pun dah agak ke laut jugak.. aku dah bape kali skip kelas mengaji demi anak-anak.. anak-anak pun sama ada masa dah tak larat nak digerakkan untuk mengaji di surau..

jadinya aku kena ubahsuai semuanya semula.. kena ajar pulak anak-anak mengaji sendiri dalam pada diri sendiri pun banyak lagi kena belajar.. terpaksalah buat masa ni.. nampaknya ada sesuatu kena korbankan untuk kebaikan satu keluarga kemudian nanti insyaAllah.. doakan kami ye.. 

tengoklah gambar tu.. aku kena ajar anak-anak kat dapur sambil sediakan bahan untuk masak makan malam tau.. semoga Allah kuatkan lagi hati dan tubuh kami.. amin..

Cerita menarik lain

2 Luahan Ikhlas:

Umminani berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Kak, bagi depa rehat dulu. Lepas mkn malam, lepas isyak buat kerjabaru energy tu ada..

Nur Alja berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Alja belum kahwin, tp selalu tgk kakak uruskan anak-2 dia. Apapun, semoga ALLAH permudahkan segala urusan akak! Aamiin :)