Socialize

Follow my blog with Bloglovin

Rabu, 8 Mac 2017

Anak, Rotan dan Hanger

assalamualaikum semua,

semalam masa dalam kereta sempat la berpeluang dengar slot Bayan Linnas di radio IKIM FM waktu petang sementara dalam perjalanan pulang dari kerja.. pengisian semalam adalah mengenai Islam dan kanak-kanak.. macam tu la lebih kurang.. banyak yang dikupas di dalam slot ini..

islam
perlukah anak dipukul?


antaranya bercerita pasal cara mendidik anak-anak dan jugak isu penderaan seksual terhadap kanak-kanak.. tapi satu yang mencuri pendengaran aku semalam adalah tentang cara mendidik anak yang disampaikan oleh Sohibus Samahah Datuk Dr.Zulkifli Mohamad Al-Bakri Mufti Wilayah Persekutuan  yang mana aku pernah dengar sebelum ni dalam ceramah LINUS masa di sekolah anak-anak dulu.. 

ada pemanggil yang bertanyakan mengenai perbuatan memukul anak untuk mendidik anak tersebut, apakah ianya dibolehkan di dalam Islam?

aku terlepas pulak penerangan masa bab ni.. sesiapa kawan-kawan yang tau atau ada dengar boleh komen kat bawah ye.. aku cuma perasan masa diterangkan pasal cara mendidik anak tu.. 

Cara Mendidik Anak

Didiklah anak kamu dengan cara yang berbeza setiap 7 tahun.
7 tahun pertama, beri dan ajarkan mereka tentang kasih sayang. Manjakan mereka dengan kelembutan dan rasa cinta.
7 tahun kedua, berlaku tegas dengan mereka, didik mereka dan perbetulkan kesalahan yang mereka lakukan.
7 tahun ketiga dan seterusnya, berkawanlah dengan mereka, di saat ini mereka memerlukan teman untuk berbicara dan mengemukakan pendapat. Mereka sudah boleh berfikir, bersahabatlah dengan mereka sebelum mereka mempunyai sahabat lain yang boleh jadi merosakkan akhlaknya.


terus aku teringat beberapa hari lepas ada kakak husna cakap dengan aku yang dia nak bawak rotan ke rumah ibu.. ibu tu pengasuh husna dan hadi.. mulanya aku terkejut.. lepas tu bila dia tunjuk pada aku rotan yang dimaksudkan baru la aku faham maksudnya.. rupanya dia maksudkan hanger.. sebab aku dengan shah selalu tunjuk hanger tu dan sebut..


 "nak kena rotan tak?"

walaupun selalunya hanger tu cuma mencecah lantai dan bukannya badan anak.. Allah.. terasa bersalahnya hati masa tu.. kesian anak.. macamana nak perbetulkan sesuatu perkara yang kami buat ni yang mana kami dah tau apa silapnya ye? ada sesiapa yang boleh tolong kami tak ye? 



Cerita menarik lain

8 Luahan Ikhlas:

Nurzakiah Hanum berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

great entry utk ibu bapa

Julia Johari berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Akak ita, jom kita mendekati anak2...saya x ada rotan di rumah...malah hanger pun saya x pernah tunjuk...saya nak jadikan anak saya yg baru 5 tahun itu sebagai sahabat...kalau dia selalu merajuk...kitalah jadi pemujuk seolah2 rakan karibnya...mmg marah itu sayang...cuma sisipkan kelembutan dalam ketegasan...sbb kita pernah jaid kecil dlu kan...kita takut mak ayah garang kan...tp kita mudah suka pada orang yang suka jadi pendengar setia...

cubalah sis...

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Julia Johari dulu masa anak baru satu kami macam tu jugak juju.. entah nape bila dah ada ramai makin pemarah jadinya..stress barangkali..

Lisa Nurulain berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Hahahahaha lisa biasa pegang rotan baru paham kalau tk mmg tk dengar ckp

Uyul Rosli berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Hai kak ita. Uyul dah follow blog Kak Ita.

JOM KE BLOG UYUL >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

hainom OKje berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Yelah kan, kekadang kalau dah marah tu, perkataan yg keluar tu pun dah lain.

Budak budak mmg straight to the point. Kita ckp rotan, dia ingat hanger yg kita angkat tu rotan hihi.... beli rotanlah Ta lepas tu explain kat dia. Budak budak cepat jer ingat tu

yattie nopiah berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Assalamualaikum,
Sy juga tertanya2 juga cara untuk didik anak bawah 7 tahun.
Terima kasih berkongsi idea. Moga beri panduan pada saya tentang cara mendekati anak.

Follow juga cerita saya di https://hayatinopiah.blogspot.com

adianiez AIDA berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

pendekatan aida, terus-terang memang tunjuk rotan.
tak pernah merotan dgn serius.
just konon2 rotan la.
more tu cubit cubit aje, ita.
especially ijat. kalau tunjuk hanger, sure dia behave pastu.