Logo KBBA

Jumaat, 17 Mac 2017

Apa itu Selsema Burung, HPAI dan Avian Influenza ?

assalamualaikum semua,

Selsema Burung dan HPAI

semalam tetiba ada sorang kawan dekat pejabat aku keja ni tanya aku.. dia ni jaga bahagian pentadbiran.. dan tak berapa faham la pasal teknikal veterinar ni.. jadinya dia pun bertanya untuk lebih faham dan maklum.. soalan dia apa tau ? Apa beza antara selsema burung. HPAI , Avian Influenza dan jugak LPAI?

hpai
keratan akhbar selsema burung ~ sumber utusan malaysia


haa simple je bunyi soalannya tu kan ? tapi nak huraikan untuk bagi orang kebanyakan atau orang awam faham tu yang agak susah tu.. takut-takut kita dah rasa kita sampaikan maklumat yang tepat tapi rupanya pemahaman yang diorang dapat berbeza pulak dari yang kita nak diorang faham.. lebih-lebih lagi dengan adanya wabak penyakit Selsema Burung yang dah pun diumumkan sebagai bencana negeri dan diletakkan di bawah Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sekarang ni..  

dalam apa bidang pun sebenarnya.. bukan setakat veterinar je.. contoh je la macam aku tadi ada tanya kat sorang seller ni apa beza antara purdah dan niqab ? aku bertanya sebab aku memang tak pernah tau beza pada keduanya ni.. pada aku dua-dua ni menutup muka.. dan bila diterangkan baru la aku tau yang niqab akan menutup keseluruhan muka kecuali di bahagian mata tapi purdah hanya menutup dari bawah mata dan ke bawah dan tak menutup dahi.. ooo.. ok barulah jelas dan faham..

nampak tak apa aku nak tunjuk ? ini membuktikan  yang semua orang memerlukan orang yang pakar dalam bidangnya untuk perjelaskan sesuatu perkara tu.. jadi kalau tak jelas eloklah bertanya pada yang lebih tau dan faham supaya lebih jelas.. macam tagline Tanyalah Ustaz tu.. biar tau jangan keliru.. hehe..

Apa itu Selsema Burung, HPAI, LPAI dan Avian Influenza ?


dan kali ni aku nak bincangkan apa yang dikatakan Selsema Burung, HPAI, Avian Influenza dan jugak LPAI. Avian Influenza (AI )atau lebih dikenali sebagai selsema burung di dalam Malaysia. Ianya disebabkan oleh Virus Influenza A yang menjangkiti ternakan unggas terutama ayam dan burung. Dan virus ini terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu Highly Pathogenic Avian Influenza atau lebih dikenali sebagai HPAI di Malaysia atau seluruh dunia, dan Low Pathogenic Avian Influenza (LPAI).

Virus ini dibezakan melalui protein yang terdapat pada permukaan virus ini iaitu hemagglutinin (HA) dan neruraminidase (NA). Ini la yang menamakan virus serta mengkelaskan virus ini mengikut kumpulan berbeza. Sebagai contoh H5N1 terhasil dari Virus Influenza yang mempunyai protein HA 5 dan NA 1.. maka terhasilah H5N1. Kebanyakan virus influenza yang ditemui boleh menyebabkan penyakit kepada unggas.

Bagi menentukan samada virus influenza ini berada dalam kumpulan HPAI atau LPAI ianya hanya boleh dilakukan dengan menentukan melalui ujian molekular terhadap virus tu sendiri dan ujian kebolehan virus itu menyebabkan penyakit dan kematian pada ternakan.

Dalam kebanyakan kes LPAI cuma akan menyebabkan tanda penyakit yang minima atau tiada langsung dan HPAI akan menyebabkan tanda penyakit yang lebih serius serta melibatkan kematian. Tanda-tanda penyakit juga tidak terhad, ada antaranya menunjukkan tanda penyakit melibatkan sistem pernafasan, sistem pencernaan dan jugak menunjukkan tanda lebam kebiruan pada bahagian balung dan bengkak kepala. 

Terdapat 3 Influenza A dikenalpasti yang boleh menjangkiti ternakan unggas/ayam dan juga manusia. Iaitu Influenza A H5, Influenza A H7 dan Influenza A H9.

aku harap dengan penjelasan panjang lebar ni ada la yang dapat korang manfaatkan.. aku cuma boleh terangkan pasal maklumat asa penyakit ni je.. kalau pasal wabak tu jangan tanya aku sebab aku bukanlah orang yang sepatutnya menjawab.. 








Cerita menarik lain

1 Luahan Ikhlas:

Uyul Rosli berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

jemput join GA Uyul

****************************************
Jemput join Uyul Rosli 1st Giveaway!! 100pcs Name Card untuk dimenangi. >>
Uyul Rosli 1st Giveaway | Blonolog Blogger Picisan
****************************************