Logo KBBA

Selasa, 7 Mac 2017

Bila anak demam..

assalamualaikum semua, 

hari ni aku tak kerja, sejak semalam dari rumah mak abg ngah dah mula demam.. sebenarnya dari dua tiga hari lepas dia dah mula tak bape sihat, selsema dan batuk je..

gambar abg ngah jumaat lepas.. lepas mandi pakai baju dan tidur semula..


tapi nampaknya semalam jadi kemuncak bila pagi tu dia bangun agak lambat dan kata kepala dia sakit bila lepas mandi.. aku risau jugak dan rasa-rasa je kepala dia tetiba je panas sangat.. aku kalau anak demam panas memang agak panik walaupun ada yang kata kalau ada selsema batuk tak perlu risau sangat.. tapi aku memang akan risau la.. tak perlu nak tunggu sampai 3 hari la biasanya..

mintak shah hantar ke klinik, sebab kat johor klinik kerajaan bukak kalau hari ahad kan? tapi boleh pulak shah gi hantar ke klinik swasta.. tapi alhamdulillah nampak ok sikit bila dah bagi makan ubat semalam tapi pagi tadi panas semula badannya..

maka disebabkan aku tak mau apa-apa jadi kat sekolah yang pastinya akan susahkan cikgu nanti jadi aku cuti la jaga je dia kat rumah tadi.. mujur jugak aku yang jaga sebab tadi pun dia tidur je sampai dekat tghari baru bangun.. itu pun gaduh jugak asyik sejuk je.. nak selimut je kata dia..

aku layankan je apa-apa permintaan orang tak sihat ni tapi tengok-tengok petang tadi dah elok je main kejar-kejar dengan kucing dengan adik hadi dia tadi.. siap main basikal lagi pulak.. bertabahlah..

Cerita menarik lain

3 Luahan Ikhlas:

Kak Sue berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Anak Kak Sue pun demam nie Ita..

Masmira Masri berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

rsnya mmg musim anak2 sy pun baru kebah jer demam selsema n batuk..
semoga anak2 kita diberikan kesihatan yg baik yer.hendaknya

http://myaleo.blogspot.my/2017/03/kakak-baby.html

adianiez AIDA berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

bila anak demam, kita pon rasa nak demam skali.
tido mlm pun tak lena, kan?
aduhai anak...