Follow my blog with Bloglovin

Jumaat, 3 Mac 2017

Cerita motivasi mengenai Umar bin Abdul Aziz menginsafkan.

assalamualaikum semua,


semoga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah s.w.t. Sejak dari hari isnin aritu aku mula memandu sendiri ke tempat kerja.. dah agak lama tak memandu.. rasa agak kekok mulanya.. gear pun aku tengok beberapa kali untuk pastikan memang dah masuk gear yang betul.. hehehe.. terasa agak lawak jugak mula-mula tu.. maklumlah lesen dah berusia hampir 14 tahun dan dah pernah ulang alik dari Kuantan ke Kota Tinggi dan sebaliknya dulu.


kata ganti nama yang sesuai
kata ganti nama yang sesuai



tapi disebabkan dah lama jadi mem besar yang hanya jadi copilot di sebelah pemandu je.. jadi skill bawak kereta dah agak pudar dah pun.. nak kena asah balik perlahan-lahan.. alhamdulillah setakat hari ni, aku berjaya membawa kereta dengan lancar tanpa berlaku apa-apa yang tidak diingini.. semoga selamanya la macam tu.. amin..



tapi bukan kisah memandu kereta yang aku nak ceritakan pun hari ni.. nak ceritakan pasal gelaran dan nama yang selalu kita nak orang gelarkan pada diri kita.. ianya berpunca dari siri motivasi pagi di radio IKIM FM pagi tadi.. itu topiknya.. kalau korang apa nama yang korang rasa sesuai sangat orang akan panggil korang ? ada orang bila ditanya soalan macam ni dah terfikir dah apa nak jawab.. tapi bagi aku...... hmmm...



ada kawan pernah bertanya pada aku satu masa dulu, waktu mula-mula aku nak kenalkan diri sebagai peniaga online yang menjual produk GCTea pada orang ramai.


"Apa nama gelaran yang kita nak orang panggil kita ?"


aku terdiam.. tak tau nak apa nak jawab.



sebab selama ni pun aku tak penah nak gunakan bahasa diri selain "Saya" atau "aku" untuk berinteraksi dengan sesiapa saja. termasuk kata ganti nama ketika menulis blog sedikit berbeza kalau dengan kenalan atau saudara terdekat dan jugak shah.



dan ada pulak soalan susulan,


"Kenapa tak gunakan nama Dr. Ita ?"


sekali lagi aku terdiam.. sekali lagi aku tak tau nak jawab apa.



sebabnya jauh di lubuk hati aku ni sebenarnya merasakan yang aku tak berapa gemar kalau digelar begitu. aku lebih selesa dipanggil akak walaupun dengan orang yang lebih tua dari aku.. aku jugak lebih selesa dipanggil akak walaupun bukan orang yang sedarah dan sedaging denganku.



dan aku jugak merasakan gelaran itu sangat tak sesuai dengan aku.. sebabnya bukan itu jiwaku yang sebenar.. cukuplah hanya di tempat kerja dengan rakan-rakan sekerja.. tapi bukan dengan orang luar yang tak kenal "nature" sebenar pekerjaan aku ni.



jugak aku kongsikan motivasi pagi tadi di IKIM FM cukup menginsafkan, cerita tentang salah seorang pemimpin Islam yang cukup tawadduk orangnya.. dan disuratkan beliau la selayaknya digelar sebagai Khalifah yang kelima atau Khulafaur Al Rasyidin yang ke 5. diceritakan bagaimana Umar bin Abdul Aziz dengan penuh rendah diri melakukan semua kerja yang dirasakan mampu dilakukannya sendiri.



katanya, " sebelum membuat kerja ini aku tetap Umar, ketika membuat kerja ini aku masih lagi Umar.. dan setelah melakukan kerja ini aku masih juga tetap Umar, ianya tidak merubah siapa aku yang sebenar."



Allah.. rasa sentap bila dengan ayat ini. terasa malu pada diri sendiri. hanya dengan gelaran kadang kala kita mula lupa diri dan siapa kita yang sebenar. ingatan ini sebenarnya lebih kepada mengingatkan diri sendiri yang selalu leka.. kena kumpul kekuatan untuk cari amalan untuk dibawa ke SANA. mari kita berlari ke syurga Allah yang abadi.



kisah selanjutnya mengenai Umar bin Abdul Aziz..


Hari kedua dilantik menjadi khalifah, ia menyampaikan khutbah umum. Diujung khutbahnya, ia berkata “Wahai manusia, tiada nabi selepas Muhammad saw dan tiada kitab selepas al-Quran, aku bukan penentu hukum malah aku pelaksana hukum Allah, aku bukan ahli bid’ah malah aku seorang yang mengikut sunnah, aku bukan orang yang paling baik dikalangan kamu sedangkan aku cuma orang yang paling berat tanggungannya dikalangan kamu, aku mengucapkan ucapan ini sedangkan aku tahu aku adalah orang yang paling banyak dosa di sisi Allah” Ia kemudian duduk dan menangis "Alangkah besarnya ujian Allah kepadaku" sambung Umar Ibn Abdul Aziz.


Ia pulang ke rumah dan menangis sehingga ditegur isteri “Apa yang Amirul Mukminin tangiskan?” Ia mejawab “Wahai isteriku, aku telah diuji oleh Allah dengan jawatan ini dan aku sedang teringat kepada orang-orang yang miskin, ibu-ibu yang janda, anaknya ramai, rezekinya sedikit, aku teringat orang-orang dalam tawanan, para fuqara’ kaum muslimin. Aku tahu mereka semua ini akan mendakwaku di akhirat kelak dan aku bimbang aku tidak dapat jawab hujjah-hujjah mereka sebagai khalifah kerana aku tahu, yang menjadi pembela di pihak mereka adalah Rasulullah saw’’ Isterinya juga turut mengalir air mata.


Umar Ibn Abdul Aziz mula memeritah pada usia 36 tahun sepanjang tempoh 2 tahun 5 bulan 5 hari. Pemerintahannya sangat menakjubkan. Pada waktu inilah dikatakan tiada siapa pun umat Islam yang layak menerima zakat sehingga harta zakat yang menggunung itu terpaksa diiklankan kepada sesiapa yang tiada pembiayaan untuk bernikah dan juga hal-hal lain. - Sumber WIKIPEDIA

Cerita menarik lain

1 Luahan Ikhlas:

Hanafi Abdullah berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Cerita yang menginsafkan kepada kita yang menjadi ketua