Logo KBBA

Rabu, 8 Mac 2017

Datangmu tak berjemput, pergimu tanpa pesan

assalamualaikum semua,

baru je dia datang bertandang ke rumah kami hari jumaat lepas.. waktu tu kami tengah sibuk-sibuk berkemas nak balik kampung.. tiba-tiba ada bunyi ngiauan anak kucing ntah datang dari mana.. sibuk kacau shah yang tengah basuh sekolah anak dan anak-anak yang bermain di luar rumah..

kini cuma tinggal dia seekor


anak-anak semuanya sibuk suruh aku tengok di luar.. mereka cakap ada anak kucing comel adik beradik.. warna kuning oren dan ekor panjang.. kecik lagi katanya.. aku pun sibuk jengah jugak..tapi masa tu rupanya sangat sedih, tak terurus.. hitam kaki dan kukunya.. bulu kusut dan bertompok-tompok nampak kotor.. kesian pulak melihatnya.. 

anak-anak semua sibuk nak beli.. terutama abg long.. sibuk dia cakap..

"kita bela ye ummi". lembut dia memujuk.

macam tak sampai hati pulak mendengarnya.. aku cuma mampu senyum dan pandang shah.. shah pun senyum je.. 


"biarlah dia tumpang makan", kata shah..
"abg dah letakkan dekat makanan tadi, berebut-rebut dia makan..kesian.. lapar agaknya" , sambung shah lagi.

senang hati aku duduk dalam keluarga yang penyayang ni.. semuanya penyayang dengan haiwan.. tak perlu nak didik pun dah macam sebati dengan jiwa masing-masing agaknya..

jadi hari Isnin masa aku cuti untuk jaga abg ngah yang tak sihat baru ni aku ambik masa mandikan 2 ekor si comel oren yang baru menumpang teduh di rumah kami ni.. aku sabunkan dia dan baru la nampak ada kutu di celahan bulu badan si comel ni.. kami yang ada kat rumah masa tu, aku, adik hadi dan abg ngah sama-sama mencari dan buang kutunya satu-satu.. gigih anak beranak ni.. hihihi.. lepas tu aku bagi dia ubat cacing yang memang ada je stok kat rumah ni..

bila dah bersih baru la sedap nak peluk dan bagi adik hadi gendong sana-sini.. adik hadi ni pulak memang jenis tak boleh tengok kucing.. mesti nak ditangkap dan digendongnya.. kucing kat rumah ni pun dah jenis pasrah je dah.. kalau nampak anak-anak je automatik diorang akan baring tunggu diangkat ke sana sini.. hehehe.. comel!

abg long dengan wani

adik hadi dan kakak dengan wani

abg ngah dengan wani


tapi semalam petang.. bila kami sampai rumah cuma nampak seekor je kucing oren comel ni melompat sana sini.. tak nampak pulak kelibat si kecik oren yang satu lagi.. rupanya ada kat celahan pagar rumah jiran.. dan... dah tak bergerak lagi.. huwaaa... 

dia dah pergi


anak-anak cuit dia.. keras! dah takde respon.. aku tengok perutnya dah kembung.. bermakna dia dah lama keras di situ.. ada darah keluar dari hidung dan dah beku dah pun darahnya.. tengok bahagian lain takde pun nampak luka.. aku suruh anak-anak angkat bawak balik ke rumah.. tapi tengok muka abg long dan abg ngah dah tak sampai hati nak pegang..

jadi aku yang angkat dia.. setengah jalan adik hadi pulak nak pegang.. aku bagi dia bawak pulak.. macam biasa dia gendong kucing tu.. tapi dah keras.. hmm.. sedih kami masa ni.. aku cepat-cepat ambik dari tangan adik sebab dah nampak air busuk menitik dari dubur kucing tu.. sampai kat rumah kami letak di tepi pokok mangga.. tunggu shah balik untuk tanam dia..

dia dah tak bagi respon dah.. 


masa shah balik dia cepat-cepat tanamkan.. aku? dah tak tengok sebab tak sampai hati.. anak-anak je yang sibuk tengok.. dan pagi ni tinggal seekor oren yang sibuk mengiau mintak kami bukak pintu pagi-pagi.. sibuk jugak main dengan kasut dan selipar kami kat depan pintu rumah.. kesian awak.. duduklah sini berapa lama awak nak ye sayang.. kawan la dengan wani dan remy yang ada kat rumah ni.. makan je la mana makanan dan minuman yang ada untuk awak.. semoga awak serasi dengan kami..

update : aku agak kematian dia berpunca sebab kena langgar

Cerita menarik lain

5 Luahan Ikhlas:

Normi Nieza berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

mati kena apa kak?

Shahida Dzulkafli berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Walaupun sekejap namun sentiasa dalam kenangan..

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Normi Nieza kena langgar rasanya

Nurzakiah Hanum berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kenangan kan walaupun x lama

hainom OKje berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Tu yg tak suka bela kucing tu, bila dah sayang, mati kita pulak yg sedih huhu....
Rajin pulak awak mandikan ye Ta....tak menggigit ke Ta.