Follow my blog with Bloglovin

Selasa, 14 Mac 2017

Ikan Keli Masak Lemak Cekur Manis

assalamualaikum semua, 

hari ni nak cerita pasal lauk makan malam kami malam tadi.. lauk biasa-biasa je sebenarnya tapi cukup buat rasa nak tambah nasi dua tiga kali.. lauknya ialah Ikan Keli Masak Lemak Cekur..

Pecal lele
Ikan keli masak lemak cekur


ada jugak yang panggil lauk ni dengan nama Pecel Lele.. ada jugak yang panggil cekur tu dengan nama kencur, tapi aku tak tau la apa nama sebenar lauk ni sebenarnya..hahaha.. bahan untuk masak lauk ni senang sangat.. cuma remeh bahagian nak uruskan ikan keli tu je la.. tu sebab tak ramai orang nak buat agaknya.. 


bahan asas yang diperlukan


macam aku, ikan keli ni aku dah beli minggu lepas kat pasar besar Kuantan, mintak sesiap penjual tu siangkan jadinya aku tinggal basuh bersih-bersih je la.. 

Tips basuh ikan keli supaya tak hanyir

sebelum basuh biasanya aku akan hiris dulu bahagian telinga (aku cakap dengan anak).. dekat area duri kiri kanan kepala dia tu.. betul-betul bawah pada duri tu.. hiris sikit dan keluarkan ketulan darah kat bhagian dalamnya.. mak aku penah ajar dia kata benda ty (ketulan darah) tu yang buat ikan hanyir. 

biasanya aku akan basuh ikan yang berbau macam ni  terutama ikan sungai dengan asam jawa dengan garam sikit.. aku lumur dulu dengan asam jawa dan garam.. lepas tu aku biarkan kejap dalam 10 minit macam tu baru basuh bersih-bersih.. 

lepas tu baru letak garam, kunyit dan goreng.. ok jom kita sambung dengan resepi..

Resipi Ikan Keli Masak Lemak Cekur


Bahan-bahan

Ikan keli
Cekur manis (isi* dengan daun sekali)
Bawang besar*
Bawang putih*
Cili padi*
Kunyit hidup* (ikut suka nak letak boleh tak letak pun boleh
Santan
Minyak masak
Air asam jawa
Garam dan perasa secukup rasa

Cara-cara

1. Perisakan ikan keli dengan garam dan kunyit serbuk, kemudian goreng.

2. Kisar semua bahan bertanda *. kalau tumbuk dengan lesung batu pun lagi sedap.

3. Panaskan sedikit minyak masak dan tumiskan bahan yang dikisar sampai naik bau.

4. Masukkan santan dan biar dia mendidih sikit. kemudian masukkan garam dan sedikit bahan perasa. serta air asam jawa.

5. Masukkan daun cekur yang dah dihiris halus.

6. Akhir sekali masukkan ikan keli yang dah digoreng tadi. biar sekejap sambil balik-balikkan ikan keli tadi.

7. Bila kuah dah mendidih dan agak sebati tu dah boleh matikan api. Sedia untuk dihidangkan.


Ini baki yang kat dalam kuali.. terkuning pulak kena cahaya lampu..


korang abaikan rupa kuah yang dah tak bape nak ada tu ye.. sebabnya aku masak sambil ajar anak mengaji.. tu yang haru.. ikan sampai tergaring sangat.. kuah pulak sampai terkering.. bertabah la ita.. eh lagi satu aku tak bape gemar kuah putih tau.. sebab tu aku suka letak kunyit tu.. nak bagi kaler sikit kat masakan..

tapi yang penting ianya tak menjejaskan rasa cekurnya yang manis serta lemak berkrim kuahnya tu.. peh.. sedap beb ngulang2 dengan nasi panas.. kami makan lauk ini je semalam.. korang makan apa ?




Cerita menarik lain

7 Luahan Ikhlas:

adianiez AIDA berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sgt menarik resepi ni ita.
aida kalu ikan keli samada goreng gitu atau masak berlada.
yg ni mcm berkenan.
will try...
kuah nyer ala2 percik gitu nampak nyer :)

Mrs Fuzy sweetsourՆĕγʀǟ berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

nampak sedap walau sy tak berapa makan ikan keli tapi anak2 mmg suka sangat ikan keli terutama bila buat berlada..

Adam berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Selain dari ikan keli, ikan apa yg sesuai dimasak mcm tu? Kalau daging ok tak. Daun cekur saya banyak tanam. Dah jadi macam pagar pulak.

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@adianiez AIDA try la aida mesti teringat2 nanti

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Mrs Fuzy sweetsourՆĕγʀǟ

sedap.. buat la versi tak pedas sesuai untuk anak-anak..

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Adam

boleh je cuba guna ikan lain macam ikan baung atau tilapia ke.. lebih sedap kalau ikan sungai.. lebih manis masakkannya.. tapi kalau nak guna daging boleh jugak.. hiris nipis2 atau guna daging salai..mesti sedap.

Uyul Rosli berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

thanks share tips basuh ikan keli tu kak ita. wahh feberet uyul nih.

JOM KE BLOG UYUL >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan