Follow my blog with Bloglovin

Jumaat, 3 Mac 2017

Kenapa aku pilih Tyzara

Assalamualaikum semua,

Kenapa aku pilih Tyzara?


aku rasa kalau sebut je pasal rambut bukan kata perempuan.. tapi orang lelaki tak kira usia baik yang muda mahupun yang dah berusia mesti akan kata mereka nak rambut yang sihat dan tak bermasalah.. aku tak nafikan la aku pun orang yang macam tu jugak.. dan hari ni aku nak kongsikan kenapa aku memilih Tyzara shampoo sebagai penyelesaian masalah rambut yang aku ada.

tyzara serum
TYZARA shampoo dan Tyzara serum


antara sebabnya Shampoo Soya Tyzara ni memikat hati adalah kerana ianya memang terbukti cara moden untuk rawat masalah rambut gugur.. korang dah tak payah nak sibuk-sibuk guna petua yang melecehkan bagai tu.. ini berdasarkan pengalaman aku sendiri yang ada masalah rambut gugur selepas bersalin adik hadi hari tu.. aku perasan sebab adik hadi memang menyusu sampai umur dia 2 tahun lebih.. dan waktu tu la aku perati je memang banyak sangat la rambut gugur serata lantai rumah aku.. tapi lepas aku gunakan Tyzara aritu nampak jelas masalah rambut gugur tu dah berkurangan.. 

senang je aku nak tengok kurang ke tak.. biasa bila lepas aku syampu rambut mesti aku akan lorot sikit rambut dengan jari-jari aku.. dan biasanya kalau ada rambut gugur memang akan melekat la kat jari.. yang ni memang ketara sangat walau rambut aku jenis rambut yang lebat dan berminyak.. lepas tu yang paling best untuk orang yang bertudung macam aku dan mengalami masalah gatal kulit kepala dan kelemumur memang sesuai sangat la.. sebab clear je kepala tu walau pakai tudung wei.. memang best je dan rasa ringan kepala.. 

lagi satu masalah orang bertudung ni mesti rasa tak best bila nak basuh rambut pagi-pagi terutama kalau hari bekerja tu kan? pada aku lepas aku guna Tyzara rambut jadi lebih senang diurus dan dikeringkan selepas mandi. ditambah pulak dengan baunya yang wangi dan segar takde la bau pengap kat dalam tudung kepala. ini yang best. tak segan kalau nak keluar rumah dan berjumpa dengan orang ramai. dan bukan aku sorang je yang guna tau.. shah jugak guna untuk masalah rambut dia yang semakin berkurangan tu.. jadinya memang sesuai untuk semua jantina jugak ni.

Apa itu Tyzara ?


Tyzara adalah jenama bagi Shampoo Rawat Rambut yang lebih dikenali sebagai shampoo soya yang diformulasikan khas untuk orang yang mengalami masalah rambut gugur lepas bersalin, kegatalan kulit kepala dan kelemumur yang agak teruk. Kandungan bahan yang terpilih di dalam syampu soya inilah yang membantu semua masalah rambut. Antara bahan terpilih yang ada dalam syampu Tyzara ni ialah semua bahan yang berkualiti tinggi seperti yang dalam gambar kat bawah ni.




Bahan terpilih dalam Tyzara Shampoo


PROTEIN SOYA yang dihasilkan daripada kacang non-GMO (yakni, kacang yang tidak diubahsuai secara genetik), diperbuat dari soya asli dan seterusnya memberi tenaga kepada rambut. Bukan itu saja, ada kajian saintifik yang membuktikan protein ini boleh mengoptimumkan pertumbuhan rambut dan menghalang keguguran rambut.



soy dan susu soya ~ sumber - google
PANAX GINSENG ROOT EXTRACT yang juga dibuktikan melalui kajian saintifik, berfungsi menguatkan akar dan memberikan kesuburan kulit kepala untuk memberi ruang anak rambut baru untuk tumbuh.

MAJUS ROOT EXTRACT yang memberikan vitamin pada akar rambut dan menyahkan kotoran pada kulit kepala. Bahan ini juga digunakan secara rawatan tradisional sebagai perawat rambut yang mana ianya memulihkan peredaran darah, merawat serta memperkuat akar rambut dan seterusnya menjadikan rambut tumbuh dengan lebih sihat.





sekarang dah tau kebaikan Tyzara kan ? nampak tak korang tak perlu bersusah payah nak gabungkan semua kebaikan dalam satu sebab dah adanya Tyzara Shampoo ni.. cuma dapatkan dari agen yang sah dan guna.. opss.. lupa pulak nak bagitau.. kalau gunakan sekali dengan hair serum tu akan lagi cepat merangsang pertumbuhan rambut yang lebih sihat tau...jadi kalau nak cuba syampu terbaik ni atau tak puas hati jugak dengan apa yang aku dah tulis dan nak maklumat lebih lanjut boleh ke :


dengarnya ada promosi  menarik untuk pakej Tyzara syampu dan serum sekarang ni tau dan untuk blogger yang nak join contest untuk blogger sila type "Tyzara Contest" dan hantar whatsapp ke 019-2944799 hadiah Iphone 7 menanti! 

Tyzara Contest

bagi yang tak nak masuk atau bukan blogger tapi nak tolong aku untuk menang korang boleh jugak support dengan share post aku ni di facebook.. nak tau caranya ?


senang je.. korang klik link AKU NAK MENANG TYZARA CONTEST ni dan tekan je share.. terima kasih banyak-banyak sudi sokong aku ok.. sayang korang!

Cerita menarik lain

2 Luahan Ikhlas:

iffah hussin berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Bonde bercadang nak try shampoo dgn serum nye sekali tak sanggup nak sikap rambut hampir botak dah!

emalin mohd berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Memang ramai alami masalah rambut gugur selepas bersalin. Serum rambut memang kena pakai untuk kuatkan akar rambut selain supplements untuk kuatkan dalaman.