Follow my blog with Bloglovin

Jumaat, 24 Mac 2017

Lexis Hibiscus Port Dickson Resort Paling Awesome

assalamualaikum semua,
Lexis Hibiscus Port Dickson Resort Paling Awesome
Hai semua! Negeri Sembilan sememangnya kaya dengan warisan budaya Minangkabau dan ini boleh dilihat menerusi seni bina bangunan dan rumah di negeri itu yang melirik ke sebelah atas seperti tanduk kerbau. Terdapat banyak tarikan yang boleh anda kunjungi di negeri ini antaranya Muzium Negeri, Kompleks Kraftangan dan banyak lagi. 

selamat datang ke Negeri Sembilan ~ kredit gambar Portal Rasmi Negeri Sembilan

Bagi kaki shopping, jangan lupa berkunjung ke kompleks membeli-belah seperti Seremban Parade,   Palm Mall, Terminal 1 dan banyak lagi. Jika anda ke sini, tidak lengkap rasanya tidak berkunjung ke sebuah pusat peranginan terkenal yang terletak di pinggir pantai iaitu Bandar Port Dickson. 

Port Dickson ~ sumber Portal Rasmi Negeri Sembilan

Bandar ini pastinya tidak asing lagi kerana ianya amat popular bagi mereka yang ingin merasai pengalaman melakukan pelbagai aktiviti air. Bila anda ke tempat tumpuan pelancong seperti ini, isu penginapan pastinya menjadi kerisauan kerana dikhuatiri akan fully book. So, apa kata anda layari traveloka.com untuk mendapatkan info dan hotel-hotel yan g boleh anda pilih di sini!

Traveloka.com

Pada entry kali ini, aku ingin berkongsi tentang sebuah resort yang cukup terkenal di Port Dickson ini iaitu Lexis Hibiscus Port Dickson. Mesti ramai yang pernah dengar tentang keunikan resort ini bukan? Hotel ini menjadi pilihan yang tepat andainya anda mencari penginapan yang menenangkan dan suasana yang relaxing. Hotel ini menerapkan konsep seni bina tradisional bali dan diselitkan gaya moden yang menjadikan kunjungan kesini sebagai suatu kenangan yang tidak boleh dilupakan.
promosi
Lexis Hibiscus Port Dickson ~ sumber Lexishibiscuspd.com
lobi hotel ~ sumber Lexishibiscuspd.com

Resort ini mempunyai sebanyak 269 buah bilik dan mempunyai empat jenis pilihan bilik iaitu Premium Tower Seaview, Deluxe Water Chalet, Executive Water Chalet dan Premium Water Chalet. Jadi, pastikan bilik yang anda pilih itu sesuai dengan keperluan dan perbelanjaan anda. Anda pastinya tidak ingin membazir semasa percutian bukan, so, choose wisely. Bilik-bilik di resort ini dikatakan agak luas dan sesuai bagi mereka yang travel bersama keluarga.  
Premium Tower Seaview ~ sumber lexispd.com


Premium Tower Seaview ~ sumber lexispd.com

Bilik Panorama Pool Villa ~ sumber Lexishibiscuspd.com

Executive water chalet ~ sumber Lexishibiscuspd.com


Executive water chalet ~ sumber Lexishibiscuspd.com

Sekarang, jom aku sharekan apa yang best sangat tentang Lexis Hibiscus Port Dickson ni. First and foremost, of course lah free wifi. Kalau seorang blogger memang suka sangat ni. Hotel ini menyediakan free wifi connection kepada pelanggannya, jadi anda semua tidak perlu risau lagi. Internet yang disediakan juga mempunyai capaian yang pantas kerana setiap bilik mempunyai modem masing, masing, so, bagi yang travel dengan anak-anak tu, jangan risau, anda boleh bagi anak-anak anda menonton youtube tanpa buffering. 

Secondly, aktiviti yang boleh anda lakukan. Sebenarnya kat hotel ni, terdapat banyak sangat aktiviti yang disediakan kepada pelanggannya. Pendek kata, sehari pun tak habis nak buat semua aktiviti kat Lexis PD ni, so, make sure kalau anda datang sini, janganlah stay sehari je, nanti rugi. 
open sea fishing  ~ sumber Lexispd.com

Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah open sea fishing. Bagi yang first time melakukan aktiviti ini, jangan risau kerana Lexis menyediakan instructor berpengalaman yang boleh membantu anda. Nak yang lagi mencabar? Anda boleh cuba aktiviti scuba diving di kolam yang disediakan. Di hotel ini, anda tak payah terjun ke tengah laut untuk berscuba diving, tetapi ada disediakan sebuah kolam besar for those yang baru nak berjinak-jinak dengan aktiviti air ini. Aktiviti ini akan diselia oleh jurulatih yang mahir. So, no worries okay. 
nampak tak kolam besar kat belakang chef tu? ~ sumber Lexispd.com

Seterusnya, anda pasti perasan yang kawasan Lexis Hibiscus ni memang luas, jadi memang takkan habis pusing kalau anda berjalan kaki kan. So, apa kata anda cuba permainan Segway yang disediakan. Segway ni berfungsi seakan-akan skuter tetapi mempunyai enjin. Dengan permainan ini, anda berpeluang menjelajah di sekitar resort ini sambil mengambil gambar untuk kenang-kenangan. 

Segway, menarik kan?  ~ sumber Lexishibicuspd.com

Bagi mereka yang tidak gemar melakukan aktiviti luar pula, jangan risau kerana hotel ini turut dilengkapi karaoke room. Jadi, anda boleh menyanyi dan menghabiskan masa terluang bersama keluarga disana. 
bilik karaoke yang luas ~ sumber Lexishibicuspd.com

Thirdly, resort ni sangatlah kids-friendly. Ia menyediakan pool for kids yang agak luas berbanding hotel-hotel biasa dan rekaannya juga agak moden. Jika sudah bosan mandi manda, anda boleh membawa anak-anak bermain di taman permainan yang disediakan.
kolam yang luas ~ sumber Lexispd.com

taman permainan ~ sumber Lexispd.com

playroom ~ sumber Lexishibiscuspd.com

playroom ~ sumber Lexispd.com

Secara keseluruhannya, resort ini sememangnya lengkap dengan pelbagai kemudahan dan prasarana. Find more on Lexis Hibiscus in Port Dickson di laman web rasmi Traveloka hari ini juga!





Cerita menarik lain

14 Luahan Ikhlas:

Umminani berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Serius menarik
.ops harganya pun menarik nih

Que Achmad berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Mnarik

Julia Johari berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Lawanya lexis lama simpan impian nak ke sini...ok nak terjah traveloka skrg

Mama Kembar 3 berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Cantiknya! Teringin nak dok kat Lexis, mesti anak anak suka

hanizamohmad berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Menarik dan sangat menarik.. memang dh simpan lama nak ke lexis ni.

www.cikza.com

Mohaz Sue berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Bestnya tempat ni.....

Kak Sue berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Bestnya tempat nie Ita.. :)

azni berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

alahaaaiii... lamaaa dah teringin nak p sini......

razzwey razz berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Lama ngidam nak ke sini...

Nadia Johari berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Menarik..lama nak datang sini

yong norliza berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wowweee bestnya..nak kena try menginap dulu..hihi

lisa ain berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Macam best je tmpat ni... nti eh try pi sana time hneymoon hhh

hainom OKje berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Menarik tu memang menariklah Ta...Tapi yg malasnya al fulus tu. Rasa mahal pulak. Sayang pulak nak keluarkan duit hihi

Uyul Rosli berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Hai, terima kasih atas penyertaan anda untuk Uyul Rosli 1st Giveaway. Tahniah kepada yang telah berjaya, dan kepada yang tidak berjaya, tidak mengapa. Jika di masa akan datang ada rezeki lebih, Uyul akan adakan lagi Giveaway/Segmen. InshaaAllah.

****************************************
Sila semak senarai pemenang. >>>>>
Senarai Pemenang | Blonolog Blogger Picisan
****************************************

Alhamdulillah.