Logo KBBA

Khamis, 9 Mac 2017

My Birthday Wishlist sempena ulangtahun Shopback yang ke 2!

assalamualaikum semua,

kalau tetiba ada orang datang kat korang dan tanya apa hadiah yang korang nak sempena sambutan birthday atau harijadi korang tahun ni.. apa yang korang jawab ? kalau aku aku pengsan dulu la baru jawab boleh ? pasal takde orang yang pernah tanya pun.. hahaha.. kesian kan ?


My birthday wishlist by Shopback


jadi bila tetiba je Shopback bagi email untuk suruh senaraikan apa yang aku nak sempena hari lahir aku, aku jadi teruja betul la.. hari-hari belek laman web Shopback untuk tengok apa yang aku nak sebenarnya.. tetiba pulak aku rasa macam nak pengsan lagi sekali.. sebab diorang mintak 6 je tapi aku rasa macam nak senaraikan 60 pulak dah... hahaha.. boleh gitu ? 

eh ada yang tertanya-tanya pulak eh apa benda pulak la Shopback yang aku sebut-sebut ni.. kalau sesiapa yang dah tau duduk diam-diam je eh.. ni untuk orang yang belum tau.. kalau korang jenis yang suka sangat shopping online tu sangat la sesuai ok.. dan  korang tau tak yang korang boleh dapat pulangan tunai setiap kali korang membeli belah secara online ? dan yang lagi best ialah ianya bukan datang satu syarikat je tau.. banyakkkk syarikat dalam satu bumbung Shopback ni saja.. menarik kan ? kalau nak tau menarik ke tak korang pergi la usha laman web Shopback ni nanti.. 

sekarang ni mari pengsan beramai-ramai lepas tengok apa aku nak untuk harijadi aku nanti.. 

Birthday Wishlist Aku 


1. Treadmill dari Lazada


aku sekarang kan tengah aktif bersenam.. bukan bersenam yang berat-berat pun cuma senaman yang ringan-ringan je kat rumah.. bagi badan berpeluh dan senang sikit nak hilang berat badan ni.. kononnya la.. jadi apa yang aku buat ialah aku akan berlari setempat setiap pagi dalam 10-15 minit macam tu la.. kalau agak jemu aku berlari-lari ke dalam bilik luar bilik.. itu je la.. nak lari kat luar badan kita ni over the size.. malu koo.. hahaha..  tu yang kalau la ada orang yang bermurah hati nak bagi aku treadmill macam kat atas ni.. aku rasa aku memang sujud syukur la.. lama dah berangan berlari atas treadmill.. fuh...


2. Slow Juicer dari Lazada 


haaa yang ni antara wishlish jugak.. lama dah berangan nak buat jus detox sendiri.. bila tengok orang buat macam best je aku tengok.. tapi aku taknak yang jenis bising-bising tu.. nak yang senyap je macam ni.. tau-tau jadi jus je kan.. eh.. orang nak bagi banyak pulak songel dia eh ita? hehehe.. bukan apa kalau yang senyap-senyap ni, jiran-jiran pun tak tau bila kita guna kan..? hahaha.. ini kes taknak share dengan jiran ke apa ni? eh..


3. Portable Hardisk dari Lazada


ini memang dah lama aku idamkan.. aku berangan memang nak ada satu je lagi tapi yang betul-betul kapasiti besar dan cantik.. aku suka sangat bila tengok kaler dia yang merah menyala tu.. cantik kan? cantik dan bermanfaat.. banyak boleh simpan dalam tu woo..




4. Cosmetic drawer dari Lazada


yang drawer kecantikan masuk dalam list ni dah kenapa ita? eh sebenarnya aku nak bagitau aku memang idam nak satu macam ni tau.. dari dulu lagi berhajat.. sebab almari solek aku kat rumah tu ntah apa khazanah ntah ada atas tu.. dan bila nak cari sesuatu mula la masalah.. nak cari benda kecik la selalunya.. macam sepit kuku ke atau berus yang halus-halus tu.. kalau dapat rak macam ni kan kemas je mata memandang.. nak cari barang pun senang..

pulangan tunai Lazada sehingga 11.0%



kesemua 4 barang yang aku senaraikan kat atas tu adalah dari merchant yang sama iaitu Lazada.. huhu.. entah kenapa la aku ni suka benar barang Lazada.. ada yang sama macam aku tak ni? kalau ada baik korang gunakan Shopback lainkali.. boleh dapat pulangan sehingga 11.0% bergantung dengan kategori barangan tau ! nampak tak jalan untuk lebih berjimat di zaman kegawatan ekonomi ni ?



5. DIY Multi Cubes dari Go Shop





kalau dapat kabinet macam ni aku rasa aku la orang yang paling gembira.. dan BAHAGIA ok.. sebab dapat 3 KEBAHAGIAAN sekali gus.. mesti ada yang nak cakap eleh almari je pun apa ntah yang bahagia sangat... ehhhh... jangan nak pelik pulak ok.. meh aku terangkan...

biasa kalau sesiapa surirumah memang merasa apa yang aku rasa.. bila korang tengok kain baju bersusun dah macam Gunung Kinabalu, mesti rasa stress kan ? lepas tu korang dapat lipat pehhhh satu kebahagiaan dunia la masa tu.. dan kemudian korang dapat susun pulak dalam kabinet cantik macam ni dan tutup terus dalam tu dan tak nampak pun yang menyebabkan korang stress tadi.. nampak tak kebahagiaan dunia yang kedua lepas tu ? dan kalau la anak korang buat ragam main tarik je baju dalam tu dan bersepah-sepah semuanya pulak tu masa tu ada pulak insan mulia yang nak bertandang.. dan korang boleh sambil tersenyum tutup je kabinet yang bersepah di dalamnya tu.. muahahaha.. nampak tak kebahagiaan yang ketiga tu ?

pulangan tunai Go Shop 3.0%


dan kabinet yang aku berangan sangat ni dari Go Shop tau.. ala yang orang sibuk tengok dan call kat tv tu.. kalau beli ikut Shopback ni boleh dapat ganjaran pulangan tunai lagi tu.. haa.. sapa taknak ni? sampai 3.0% tau !





6. Percutian di Kuching dari Expedia


gambar kami tahun 2009

harga untuk 2 orang 3 hari 2 malam ni tau ! 

belum lagi masuk cashback Expedia yang 6.0 % ni lagi.. pehhh..

yang ni pulak list terakhir yang bukan la nak letak last sangat pun sebenarnya.. tapi sebab dah takde impian lain lagi dah selepas ni.. hahaha.. impian aku nak ke Kuching sekali lagi.. dulu pernah la pergi masa anak baru sorang.. sekarang ni teringin la nak bawak lagi 3 anak kami.. pastu masa tu tiket mahal.. tiket flight je dan RM300++ untuk sorang tau belum masuk benda lain macam penginapan bagai tu lagi.. yang ni Expedia tawarkan cuma RM600++ untuk  2 orang termasuk penginapan 3 hari 2 malam tu.. berpinar mata aku tengok.. dan.. korang sila tengok tarikh tu tau.. cuti sekolah ni wei.. aduhai.. kenapa la duit tak datang bergolek-golek depan mata aku sekarang ni haa.. huhuhu.. 

lepas tu cuba bayang ye.. ditambah pulak ada cashback 6.0% lagi tu.. boleh buat beli kek lapis banyak-banyak la duit tu sebab dia masukkan dalam masa 2 hari tau.. best gila la !

Cara nak berbelanja dengan Shopback

dan puas korang sama-sama pengsan bangun pengsan balik bangun balik dengan aku tadi sambil tengok apa yang aku angankan untuk wishlist harijadi aku tadi jadi korang mesti tertanya-tanya macamana la nak guna Shopback yang ita cakap best sangat ni kannn.... ? (nasib baik cuma mintak senaraikan 6 je.. hahaha)

meh aku ajar.. korang pergi masuk dulu dengan klik SHOPBACK ni .. haa.. aku dah sesiap bagi link supaya korang senang nanti.. lepas tu korang boleh terus daftar dan gunakan je macam biasa korang nak beli-belah secara online tu.. ada lebih 500 merchants tau kat dalam tu..  ada Lazada, Zalora, FoodPanda, Uber, Qoo10, Booking.com.. pendek kata, sebut je apa korang nak semua ada.. korang boleh dapat pulangan tunai dengan setiap pembelian di samping diskaun sedia ada yang ditawarkan bagi setiap merchant yang ada .. menarik kan ? dan walaupun Shopback ni beribupejabatnya di Singapura tapi korang boleh gunakan je semua kaedah bayaran melalui bank tempatan kita jugak tau.. 

sudah berada di beberapa buah negara lain di dunia seperti Singapura, Filipina, Indonesia, India dan Taiwan.. dan dah bertapak di Malaysia masuk tahun yang ke 2 dah ni.. sudah diketengahkan jugak oleh beberapa akhbar dan media seperti The Star Online, New Straits Times,  Says.com, The Borneo Post, TechInAsia, Channel News Asia dan yang lain jugak..



korang buat je pembelian macam biasa tapi melalui laman web shopback dan kemudian dapat pulangan tunai. mudah kan?


korang boleh jugak tengok video kat bawah ni kalau masih tak faham macamana Shopback ni berfungsi..







Cerita menarik lain

5 Luahan Ikhlas:

Seorang Syed berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Saya pun nak juga yg pengisar untuk juice tu! Senang nak buat apa apa jus lepas ni haha tak payah beli kat kedai lagi dah. Lawak pula baca penjelasan yg almari baju tu kahkah

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Seorang Syed pengisar tu best gilar kalau dapat kan syed.. fuhh.. lawak eh? kenyataan tu tau.. hahaha

Aziela berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Ita, part kabinet tu akak memang sangat terasa dan memahami kebahagiaan tu...huhuhu

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Aziela

hehehe.. perempuan memang selalu cepat faham part ni kak..

sayaiday berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Wahh, all the best! Iday pon ada join shopback blogger contest. Harap-harap kita terpilih antara yang menang la ye. Hehehehe

Btw, Lazada pon ada buat blogger contest, boleh check link ni : http://www.sayaiday.com/2017/03/lazada-malaysia-blogger-contest.html

atau page contest : http://www.lazada.com.my/blogger-contest/

all the best!