Follow my blog with Bloglovin

Sabtu, 18 Mac 2017

Perlu ke dengar lagu?

assalamualaikum semua,

Terapi dan Lagu

korang pernah tak dengar lagu tapi macam rasa menyirap darah.. bukan marah tapi macam.. eh macamana aku nak cakap eh.. terasa-rasa macam feel la bila dengar lagu tu.. macam menghayati macam tu..

mendengar muzik itu terapi, tapi carilah terapi yang benar-benar terapi


aku jarang sangat dengar lagu rasa macam tu kecuali lagu anuar zain.. eh.. hahaha kalau kawan-kawan dari zaman sekolah memang tau la aku ni peminat kipas susah mati Anuar Zain ni..

kira kalau dengar je lagu anuar aku macam terpesona la gitu..hahaha..jangan gelak ok..aku je yg gelak takpe.. hehe.. sampaikan sekarang pun shah.pun sibuk cakap.." ni haa penyanyi yang ummi minat..".. haa ita tau abang jeles kan bang?

aku ni tak kisah la lagu apa pun Anuar Zain tu nyanyi pada aku semua sedap.. tapi jangan tak caya aku takde satu pun cd dia tau.. sebab aku punya konsep memang takkan beli punya kecuali kaset Penyanyi lama dulu.. Ahmad Jais.. yang tu memang aku siap beli kaset tau.

korang ada tak penyanyi yang korang minat sampai macam tu sekali? aku rasa mesti ada.. cuma nak ngaku atau tak.. ye tak? ala aku tau la.. sebab aku tau ramai sangat yang jadikan mendengar lagu tu satu terapi buat diorang..

tapi aku tetiba 2 hari lepas kot sentap.. bila dengar Ustaz Dasuki cakap kat IKIM FM, katanya kita ni kalau suruh menghafal quran payah benor.. tapi kalau disuruh hafal lagu laju je padahal tu benda lagho..

ok aku memang terasa sangat la sebab masa tu aku sibuk menghafal lagu Ezad Lazim yang Demi Cinta tu.. kekonon lagu tu macam best je.. Ya Allah terus terfikir apa la aku buat..

lepas tu ada pulak dengar pasal Ustaz kata macamana kita nak ikhlas kalau kita nak baca suruh al ikhlas 3 kali sehari pun payah.. macamana la pulak nak tunjuk kita ikhlas kerana Allah ? Allah.. sentap saya ustaz.. terima kasih kerana mengingatkan..
Cerita menarik lain

1 Luahan Ikhlas:

Kak Sue berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Memula baca seronok nak kongsi juga yang Kak Sue pun peminat Anuar Zain.. sekali baca habis rasa sentap la juga..huhuhu..jom kita perbaiki diri kita jom :)