Logo KBBA

Khamis, 9 Mac 2017

Sweetnya cik abang kita

assalamualaikum semua,

semalam kan hari wanita sedunia kan? tapi aku pagi-pagi lagi dah dapat surprise yang sangat mengejutkan tau.. aku kira macam ni hadiah untuk hari wanita jugak la.. ye kan bang ? ;) 


hari wanita
patut tak simpan nota yang julung-julung kali ada ni?



sebabnya korang tengok je la nota yang tertampal kat peti sejuk aku pagi semalam.. sebenarnya kan ada cerita di sebalik ayam tu tau..

masa balik dari kerja tu aku berangan la nak masak ayam goreng salut tepung ayam Bestari.. sebab asalnya ada beli ayam Ali's Fried Chicken kat pasar malam tapi tak cukup pulak bebudak ni.. ditambah pulak dengan bergaduh yang ini tak mau pedas.. yang itu nak pedas.. sudahnya kami mintak nak dua-dua tapi sikit la pulak.. tak cukup..

makanya teringat pulak aku shah ada beli ayam aritu kat LYC.. jadi konon berangan la boleh la goreng ayam tu kang untuk tambah sesapa yang tak puas makan tadi tu.. tapi..

sesampai je kat rumah dan aku bukak peti tengok ayam rupanya ayam belum dipotong lagi.. betul-betul sekor ayam seketul besar tau.. aku pandang macam dah rupa ayam golek ayamas atau kenny rogers je dah.. sebab ayam tu macam ala terbakar dah bila aku tenung.. dalam hati dah berkata..

"bila nak cair ni?"... huwaaa

disebabkan aku tak mau kecewa jadinya aku tetap la rendam ayam tu bagi cair.. sambil tanya jugak la kenapa shah tak mintak tolong orang LYC tu potong terus.. shah kata takde orang masa tu.. dan aku pun menunggu ayam cair yang akhirnya aku siang ayam dalam mimpi je sudahnya.. aku yang tertidur dulu tau tunggu ayam..

tapi nak dijadikan cerita, shah meniaga malam tu kat taman kerang.. dia balik dalam pukul 12 lebih kot lebih kurang.. serius aku tak sedar pun.. tau-tau je dia dah ada kat sebelah.. lupa kesah pulak pasal ayam aku tadi tu..

agaknya disebabkan dia tengok aku tidur dengan penuh lena yang panjang jadinya dia siap siang ayam tu.. asingkan daging dan tulang pasal dia dah tau aku nak masak apa sebelum tu.. alhamdulillah akhirnya aku berjaya goreng isi ayam dengan tepung bestari dan gunting-gunting ayam tu untuk sarapan anak-anak pagi semalam.. 

terima kasih ye bang.. bukan ayam yang cair.. tapi rupanya hati ita yang cair..

kalau kail panjang sedepa, 
lautan dalam jangan diduga, 
walau kasihku jarang menyapa, 
hanya untukmu tertumpah jua.

salam sayang isteri yang sentiasa menghargaimu dalam diam.. :D 

(ala tak boleh buat love dalam blog ni)


Cerita menarik lain

6 Luahan Ikhlas:

SITI AWADAH berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sis pun suka goreng ayam dengan tepung bestari. Anyway, tahniah dpt hubby yang penyayang :D

Normi Nieza berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

amboi..so suwit..:)

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... sweet sangat Cik Abang Ita!

LiNa_Pg berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Assalam..salam kenal dr LiNa Pg..bertuah cik abang rajin menolong..yg baru betul suami suwit hehee

hainom OKje berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Amboiii...kalah Nordin Ahmad tau kalau mcm ni punya sweet hihi...
Aduh tetiba pulak teringin nak buat ayam goreng mcm hang cakap tu Ta. Sedapnya ek. Krup krap krup krap...

adianiez AIDA berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

soooo suwit lah!
terharu nyer la baca.