Follow my blog with Bloglovin

Jumaat, 10 Mac 2017

Wabak Selsema Burung (Avian Influenza) di Kelantan

assalamualaikum semua,

sejak 2 hari lepas lagi dah heboh pasal berita jangkitan selsema burung yang membabitkan ayam kampung di negeri Kelantan di semua suratkhabar dan media sosial.. dan semalam Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia sudah mengeluarkan rasmi kenyataan mengenai perkara ini di facebook Jabatan itu..

wabak Selsema Burung (Avian Influenza) di Kelantan


di bawah ini merupakan salinan kenyataan rasmi yang dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia , dan sehingga semalam tiada lagi kes terbaru yang dikesan membabitkan ternakan di Kelantan..

KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG KEJADIAN SELESEMA BURUNG (AVIAN INFLUENZA) H5N1 DI TUNJUNG, KOTA BHARU, KELANTAN
9 MAC 2017


KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG KEJADIAN SELESEMA BURUNG (AVIAN INFLUENZA) H5N1 DI TUNJUNG, KOTA BHARU, KELANTAN

9 MAC 2017

Pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) mengesahkan penyakit Selesema Burung (Highly Pathogenic Avian Influenza) H5N1 telah disahkan berlaku di Kg Pulau Tebu, Tunjung, Kota Bharu, Kelantan. Pengesahan telah dibuat oleh Institut Penyelidikan Veterinar (VRI), Ipoh menggunakan teknik Real-Time Polymerase Chain Reaction.
Kejadian melibatkan ayam kampong di mana 15 ekor daripada 26 ekor ayam telah dilaporkan mati. Tindakan yang telah dan sedang dilaksanakan oleh pihak DVS bagi membendung penyakit dari merebak dan seterusnya membasmi penyakit ini termasuk;

1. Menakai dan melupuskan semua unggas di sekitar 1 km radius dari Kg Pulau Tebu (Zon Jangkitan) dan menyuci hama premis terlibat,
2. Menjalankan pemantauan (survelan), pemeriksaan unggas dan persampelan di 1km hingga 10 km radius dari Kg Pulau Tebu (Zon Pemantauan/Survelan); dan
3. Mengawal pemindahan unggas keluar dari Zon Pemantauan (Survelan).

Operasi pelupusan di dalam zon jangkitan telah selesai dijalankan pada 8 Mac 2017 di mana bilangan yang dilupuskan adalah sebanyak 227 ternakan unggas dan 253 biji telur. Walau bagaimanapun, pihak DVS masih lagi membuat pemantauan bagi mengesan saki baki unggas yang masih ada untuk tujuan pelupusan.
DVS mengesahkan bahawa keadaan wabak adalah terkawal dan jangkitan hanya terbatas pada ternakan ayam kampong di Kg Pulau Tebu dan tiada ladang ayam komersil yang terlibat. Pemindahan keluar unggas dari zon pemantuan (survelan) juga sedang dipantau dan terkawal. Oleh itu, ayam-ayam yang dipasarkan adalah selamat untuk dimakan.
Di samping itu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah menjalankan siasatan di zon jangkitan dan tiada berlaku penularan wabak kepada manusia.

DVS Malaysia  

Sumber dari Facebook DVS MALAYSIA

terbaru Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada jangkitan terhadap manusia dikesan susulan dari kes jangkitan selsema burung (Avian Influenza) pada ayam kampung ini. 

pesanan untuk semua, supaya jangan panik dan sentiasa doakan yang baik-baik untuk Negara Malaysia yang tercinta serta penduduk di dalamnya ye..



Cerita menarik lain

2 Luahan Ikhlas:

Nafira usof berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Oohhh.. baru tau pasal nih.
semoga keluarga Ita sentiasa di lindungi Allah.

SITI AWADAH berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

risau pulak kita..