Logo KBBA

Selasa, 25 April 2017

Mee Udang Banjir Kuala Selangor mengecewakan!

assalamualaikum semua, baca tajuk pasal mee udang banjir kuala selangor je mesti korang rasa teruja nak tau apa kisah di sebalik tajuk mee banjir udang banjir kuala selangor yang mengecewakan ni kan? bukan korang je tapi aku pun teruja nak cerita..

suasana dalam kedai - sesuai la untuk keluarga


tapi ini pengalaman aku.. diulangi pengalaman aku yang diceritakan dari cerita yang aku alaminya sendiri ketika datang bertandang ke Restoran Mee Udang Banjir Kuala Selangor ni.. aku kena cakap macam ni sebab nanti kalau aku tak cakap, akan ada je peminat setia yang tegar akan kata aku ni jenis blogger yang nak tutup periuk nasi orang.. bukan aku tak pernah kena dulu pun.. dulu la.. lama jugak.. jadi jujur pun salah tau.. aku pulak jenis kalau sedap dan ok layanan kedai makan tu aku memang puji la dan akan tolong promosikan untuk kawan-kawan datang jengah sama.. tapi kalau sebaliknya aku takkan senyap jugak.. jadi maaflah kalau menyinggung orang yang berkenaan..

signboard kedai yang korang boleh nampak clear dari jalan besar


cerita dia petang tadi selepas aku kecewa cuma dapat makan cendol sedap kat satu restoran di Kuala Selangor ni aku pun menonong la pergi ke kedai makan yang nampak sangat gah dari jalan besar sebelum tu.. oo lupa pulak aku bawak la adik aku sekali dengan kawan-kawan dia petang tadi.. kami sampai je kat kedai tu memang waktu maghrib.. aku akui la.. waktu agak tak sesuai.. tapi kedai ni bagus dia sediakan bilik solat untuk lelaki dan perempuan.. alhamdulillah.. yang ni memang kami puji.. sesuai jugak untuk keluarga yang ada anak kecik macam kami.. selesa sangat kerusi dia..

kami pun menunggu untuk diambil pesanan kami di meja dari mula datang.. awalnya shah ada la panggil seorang lelaki yang ambik pesanan untuk bersihkan meja yang kami duduk tu.. mintak tolong lapkan je pun.. baik.. masa ni muka pelayan tu dah semacam.. tanpa ada cakap apa dia terus lapkan kain yang agak berbau masam ke atas meja.. aku perasan ok.. kain tu lalu dekat muka aku dan aku boleh bau sangat "kesegarannya" tu.. tapi aku ok je la.. kain je pun.. tapi bila apa yang dia buat terus aku rasa hal kain pun patut cerita la..

bila dah lap meja, biasa akan ada pelayan yang ambik order dari meja korang la kan? dan kami jangkakan macam tu jugak.. tapi eh.. dia pergi ke meja sebelah pulak dulu.. takpe lagi, kami diam.. ingat dia datang la meja kami lepas tu.. tapi tak nampaknya.. shah terpaksa pulak pergi ke kaunter untuk bagitau yang pesanan kami belum diambil.. jadinya perempuan di kaunter berbaju biru dan bertudung biru yang kurasakan tokey tu bercakap la dengan pelayan yang tolong lap meja tu tadi.. "ikut abg ni", gitulah lebih kurang ayatnya..  lalu pelayan tu pun menuju ke meja kami membawa sebuah buku menu..

sesampainya di meja kami, waktu shah berdiri sebab nak mengamankan adik hadi yang dah mula meragam.. belakang shah pulak ada orang waktu tu.. jadi kawasan di belakang shah tu agak terhad.. si pelayan ni boleh lempar je buku menu tu atas meja melalui belakang shah.. dan kebetulan dia datang tu aku tengah sibuk ambik gambar.. terus tersnap waktu dia datang tu.. ikut hati aku nak je letak gambar dia masa tu tapi setelah fikit panjang aku batalkan niat..

lepas dia campak menu, dia duduk kat meja sebelah sambil tak berkata sepatah haram pun.. masa ni aku memang terasa panas la kat muka.. maklumlah dah ternampak cara dia lempar menu tu dan aku masih cuba bersabar la tak tengok muka dia sebab aku tau kalau aku tengok muka dia mesti akan ada orang yang akan kena ni.. pantang betul aku layanan macam kita datang mengemis macam ni.. kami bayar kot..

tapi dia jadi tak sabar tunggu aku pilih menu tu dia pergi ke meja orang lain.. elok je dia bagi menu dan berdiri sebelah orang tu untuk ambik pesanan.. rasanya apa la salah kami sampai dilayan macam tu agaknya.. kemudian dia datang semula ke meja kami.. terus aku tanya dia..

aku : "bang, ada masalah apa abg dengan kami ni sebenarnya?"
pelayan : "eh takde apa la"
aku : "jangan nak tipu la, dengan orang lain abg layan elok je.. tapi dengan kami abg siap campak-campak pulak menu, kami ada buat salah ke dengan abg ni?"
pelayan : "eh tadi kan saya tak sampai jadi saya bagi ikut belakang abg ni la.. takde campak la"
aku : "alah bang.. bukan saya tak tau beza pun orang campak dengan bagi elok-elok.. dari tadi saya perhati je abg ni.. macam kami datang tak diundang pulak.. kami datang sini nak makan kot tapi abg layan macam ni.. dengan orang lain abg boleh buat elok je.."
pelayan : "eh takde campak la.. ok la kalau awak rasa saya campak saya mintak maaf la.. tapi saya tak campak pun tadi"
aku : terus tolak menu tu pada shah "abg order la.. ita dah takde selera nak makan"

ok.. ya.. aku memang sangat marah ye masa tu.. sampai aku lupa order air pun sudahnya.. bila anak sebut nak air macam orang sebelah baru aku sedar yang aku rupanya tak order air pun tadi.. mungkin ada orang yang akan kata ala dia campak menu je pun.. ala dia dah mintak maaf pun.. tapi kalau kena kat korang pun aku rasa ada jugak yang akan marah dan cara dia mintak maaf tu pun nampak sangat macam tak ikhlas kot.. sambil sengih-sengih macam dia tak buat salah pun gayanya... terpaksa je dia mintak maaf dengan aku la macam tu.. 

nampak macam sedap kan? percayalah yang ianya tak sedap.. hahaha


kalau ikutkan jiwa aku yang biasa ni memang aku dah blah dan tinggalkan je kedai dia ni pergi terus kedai lain tapi bila aku kenangkan anak-anak yang lapar dah 2 kali tukar kedai makan tapi tak dapat makan terpaksa la aku diamkan jugak.. tapi kemudiannya memang aku menyesal gila la.. pasal bil kat kedai ni dalam RM38++ untuk menu nasi goreng, nasi goreng udang dan 2 mee udang serta air teh limau ais dan air kosong yang ternyata tak berbaloi..  mee udang dia tu kami kongsi tau.. pun tak abis.. langsung tak sedap.. tak reti la aku nak terangkan rasa dia macamana.. tapi memang tak kena selera walau kami ni tengah lapar.. bukan sebab aku marah tau.. tapi memang tak sedap la.. memang cukup sekali je la ni aku singgah.. maaf je la.. Mee Udang Banjir Kuala Selangor ni memang sangat mengecewakan..


Pengalaman pertama Photoshoot Raya KBBA9 bersama Wan Izhar Abu Bakar

Photoshoot Raya KBBA9 bersama Wan Izhar.

assalamualaikum semua, aku bersemangat nak ceritakan pengalaman pertama aku sertai KBBA9 atau Kelab Blogger Ben Ashaari untuk Photoshoot pre raya pada hari sabtu yang lepas.. konon nak buat entri ni awal lagi tapi disebabkan kami masih lagi ke hulu hilir sejak dari sabtu lepas abis je majlis tu.. maka entri jadi tertunggak pulak..



berangan model di hari raya.. hahaha
psstt... cantik kan baju dari Butik Farisha Hana ni?


dan ditambah pulak dengan masalah instagram yang tetiba je melanda beberapa hari lepas terus semangat aku jadi merundum pulak nak cerita dengan korang pasal majlis ni.. tapi bila instagram kembali pulih hari ni jadinya aku bersemangat la lagi nak meneruskan perjuangan untuk menulis entri yang berharga ni sempena hari yang bersejarah ni.. 

pada hari Sabtu, 22 April 2017.. cewaah dah macam baca berita pulak aku rasa.. hahaha.. bertabah la korang.. dah kata tadi hari bersejarah kan namanya.. sebenarnya hari sabtu yang baru je lepas ni ada majlis Photoshoot Raya KBBA9 atau lebih dikenali sebagai Kelab Blogger Ben Ashaari oleh jurugambar tersohor Wan Izhar Abu Bakar bertempat di Muzium Warisan Universiti Putra Malaysia.. dah lama dah dirancang majlis ni alhamdulillah akhirnya terlaksana dengan baik.. 

Majlis : Photoshoot Raya KBBA9 
Tempat : Muzium Warisan UPM
Jurugambar : Wan Izhar Abu Bakar (facebook)(Instagram)(ODS Studio)
Penaja Pakaian : Butik Farisha Hana
Penaja Make up  : The Blush Guru 

kalau ikutkan aku memang tersangatlah teruja nak ikut majlis ni.. terutama la bila baju yang nak dipakai pada harinya tu dah berjaya mendapat tajaan dari Butik Farisha Hana.. dan tau pulak akan ada make up artis yang dah setuju nak memberikan sentuhan ke muka aku secara percuma pulak tu.. siapa tak teruja bila semuanya dah disediakan kan? cuma bawak badan dan ambik gambar je.. bunyinya sangat mudah tapi tak semudah yang dijangka ok..


jurugambar kami hari tu , Wan Izhar Abu Bakar bersama blogger Ujang



dah kata yang ini pengalaman pertama aku photoshoot macam ni kan.. haruslah nak nampak agak vogue dari biasa.. tapi apakan daya pagi tu aku menerima mesej yang make up artis yang dijanjikan ditimpa kemalangan yang tak dijangka! rumahnya dilanda banjir.. memang hujan agak lebat malam tu sampai ke pagi.. tapi aku tak la menjangkakan berita macam ni.. terus macam.. alamak.. macamana ni ita? panik sekejap tau pagi tu.. tapi aku masih lagi la mampu makan nasi lemak sarapan pagi yang dihidangkan oleh Cafe Muzium Warisan UPM.. hati je risau tapi masih mampu makan dengan baik.. eh.. ita kan ni.. pemburu makanan.. hahaha

sarapan pagi -kredit photo team kbba


lepas tu aku mula je la mencari MUA (make up artis) yang kosong untuk sua muka aku yang memang langsung tak touch apa-apa pun pagi tu.. tapi alhamdulillah ada je MUA yang free dan baik hatinya menolong.. terima kasih la jugak buat ajk yang sanggup mencari MUA untuk majlis ni.. dan make up artis aku pada hari tu ialah dari The Blush Guru.. memang wow la sentuhan dia tu.. aku sendiri rasa tak percaya dengan hasil dia.. sampai anak-anak dan shah sendiri kerdip-kerdip mata tengok aku tau.. hahaha.. adik hadi siap pusing keliling dan lari bila aku panggil.. dia ingat orang lain tau.. hehehe.. korang boleh pergi ke IG diorang di The Blush Guru.. korang tengok je la hasilnya.. transform abis kan?

selepas make over

sebelum dan selepas


bila dah siap make up tu aku terus turun kat majlis berlangsung.. wah meriah gila la masa tu.. walaupun kawasan tu agak lecak disebabkan hujan lebat malam sebelum tu tapi nampaknya tak melunturkan semangat masing-masing terutama jurugambar profesional Wan Izhar and the team.. yang ni memang aku puji la.. sangat komited dengan kerja diorang tau.. dah la sampai awal dari masa yang diaturkan dan berjuang sampai ke saat terakhir tu tau.. memang sangat pro! sesiapa yang agak "kayu" atau takde langsung skill nak bergambar pun takde masalah nak bergambar dengan jurugambar profesional macam ni tau.. dia boleh siap tunjuk ajar pose mana yang sesuai.. sesiapa yang berhajat nak gunakan khidmat jurugambar profesional untuk majlis korang boleh la contact melalui facebook atau instagram yang aku bagi tu..

kredit photo -team kbba

kredit photo - team kbba

kredit photo - team kbba


tapi gambar yang aku kongsikan dalam ni bukan la dari koleksi Jurugambar Wan Izhar tu ye.. yang tu tak siap lagi.. yang dalam ni semuanya adalah koleksi aku sendiri bersama kawan-kawan kbba yang hadir pada majlis tu.. cuma aku agak terkilan yang takde gambar aku secara solo dalam kamera Wan Izhar tu nanti.. huwaaa... dahlah peluang sekali seumur hidup ntah.. lepas tu terlepas la pulak.. huwaa... haruslah nak nangis bila ingatkan kan..? jangan tanya kenapa... mungkin sebab keseganan yang agak menebal dalam hati aku ni.. mana pernah wei aku diacu-acu kamera oleh orang profesional ni.. dulu-dulu masa gambar kawen pun along aku dan adik beradik je yang ambik pun.. mana ada aku pakai jurugambar profesional pun.. ok tutup cerita tu supaya aku tak nak menangis kat bucu katil lagi.. tapi serius sedih.. huhuhu.. harapnya ada la peluang bergambar dengan Wan Izhar ni lagi nanti.. kalau ada peluang nanti, aku nak bawak baju yang sama ni jugak gi bergambo.. aci tak? hahaha.. sawan benor bunyinya ek..

ok-ok kita sambung.. lepas abis majlis tu kami disajikan dengan biskut raya yang ditaja oleh K.Roger's.. boleh hubungi K.Roger's ni melalui facebook mereka di K.Roger's atau berhubung dengan blogger Lan Careno je senang.. dan part paling best makanan tengahari yang dimasak oleh Cafe Muzium sekali lagi.. sedap wooo... menjliat jari aku makan hari tu.. antara menunya ialah lemak berkrim rebung masak lemak dengan daging salainya.. dan ada jugak.. pencuci mulut oleh abam baker kita.. kali ni dia bagi kita rasa pulak dia punya brownies.. yang memang rugi la kalau korang tak rasa.. shah pun cakap baru nak suruh sayang buat.. tetiba dah dapat makan.. hahaha.. senang kerja aku kan..? kalau sesiapa nak order boleh contact abam Korie kat facebook Abam Korie tau.. dia siap buat delivery kat kawasan sekitar terutama di Putrajaya.. rezeki la orang jauh dari Kuantan ni dapat makan..


makan tengahari

makanan tengahari

biskut K.Roger's

baker abam Korie bersama brownies -kredit photo team kbba

brownies sedap - kredit photo team kbba



apapun aku nak ucap terima kasih pada Founder KBBA9 Ben Ashaari sebab berusaha untuk dapatkan jurugambar terbaik untuk majlis photoshoot kali ni.. juga terima kasih buat semua ajk yang terdiri dari keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari sendiri yang bertungkus lumus untuk majlis yang julung-julung kali dapat diadakan ni.. terima kasih jugak untuk semua penaja, terutama penaja pakaian Butik Farisha Hana untuk pakaian yang cantik tu.. terima kasih tau lia.. dan untuk make up artis, The Blush Guru.. harap sangat dapat peluang sebegini di lain kali.. 



Ahad, 23 April 2017

Aktiviti kami di hujung minggu

assalamualaikum semua, hari ni macam tersedar dan pelik pulak bila tengok blog dah takde entri baru dalam minggu lepas.. takde jugak aktiviti kami sepanjang minggu.. semua gara-gara aku ada kerja luar di Kota Bharu dan beberapa masalah lain yang melanda la ni..

senja di Kuala Selangor


dan hari ni terasa macam terpukul pulak bila akaun instagram pulak buat hal.. jadinya aku berusaha la pulak nak updatesemua cerita tertunggak sepanjang minggu lepas sampai ke hujung minggu ni..semalam baru selesai sesi penggambaran untuk warga KBBA9 di Muzium Warisan UPM.. yang tu nanti akan ada entri lain.. insyaAllah.. tengah tunggu gambar..

buat sementara ni kami masih berada di Kuala Selangor, melawat adik comel aku kar sini.. lama sangat dah anak-anak tak jumpa moksu diorang ni.. sejak dari dia mula praktikal kat sini.. dan semalam kami dah cuba makan kat Restoran Aroma Ikan Bakar yang terkenal kat Kuala Selangor yang akhirnya kami cuma dapat minum airsirap je kat sini yang berharga rm8.50 satu jug.. hahaha.. yang tu nanti aku ceritakan balik la..

insyaAllah kalau dalam rancangan nak balik terus hari ni.. tapi tak pastilah lagi macacamana.. mana la tau tetiba rasa nak sambung lagi semalam kan? Apa yang pasti kami nak pergi sarapan dulu kat bawah.. jom sarap!

Akaun Instagram Tak Wujud!

Akaun Instagram Tak Berfungsi?


assalamualaikum semua, sejak semalam lagi ada beberapa orang kawan yang mengadu yang akaun instagram mereka tak wujud atau hilang secara tiba-tiba.. katanya terus tak berfungsi dan takde dalam radar.. panik jadinya masing-masing..

gambar dari ihsan kawan


dan pagi ni pulak bila aku nak cuba masuk nak hantar gambar ke Instagram terutama gambar masa photosoot KBBA9 semalam tetiba dia mintak aku bagi verification code yang kononnya dihantar ke nombor telefon aku.. puas jugak la tunggu.. masalahnya takde pun nombor yang sampai pun..

ada sesiapa yang kena macam aku tak ye?


dan sehingga kini aku nak cuba lagi masih lagi sama.. apa nak buat ni? ada sesiapa yang boleh tolong? kononnya baru nak upload gambar masa photoshoot semalam.. tapi hampa betul bila asyik la keluar gambar macam kat atas tu..

Selasa, 18 April 2017

Selamat Hari Lahir yang ke 10 sayang..

Selamat Hari Lahir Yang ke 10 Sayang


assalamualaikum semua, aku dah ada di Kota Bharu sekarang ni.. pagi tadi bertolak sebab ada kursus di sini sehingga Khamis.. tapi cuma nak jugak buat entri ucapan Selamat Hari Lahir buat anak yang tersayang.. 

        
Birthday boy dengan keknya


Selamat hari lahir abg long sayang.. walau ummi takde bersama dengan awak waktu ni di hari ni.. tapi ketahuilah doa ummi sentiasa mengiringi.. 

semoga anak yang diberi nama Ahmad Haziq Hakimi menjadi anak yang soleh, dirahmati Allah di mana jua abg long berada, dimurahkan rezeki, dipertemukan jodoh yang baik, ditetapkan iman dan berjaya menjadi umat Islam yang cemerlang satu hari nanti.. 

walau ummi tau awak amat mengharapkan ummi ada untuk awak meraikan hari istimewa ini.. kerana sejak dari awal bulan awak menghitung hari untuk sampai ke tanggal 17 April 2017.. ummi faham dan sangat faham harapan seorang anak.. terutama muka sedih awak semalam dan pagi tadi bila ummi cakap ummi terpaksa pergi.. ketahuilah saat ini pun ummi masih terasa sebak dan berat sangat dada ni..

kek ditempah dari kawan setaman


tunggu ummi balik untuk sambutan yang sebenar ye nak.. maafkan ummi kerana berada jauh dari awak hari ni.. kalau satu hari nanti blog ini masih wujud dan awak boleh memahami.. fahamlah bahawa sesuatu yang kita nak tak semestinya selalu kita dapat dalam hidup ni.. banyak perkara kita kena korbankan.. cuma berharap dan berdoalah supaya pengorbanan tu tak jadi sesuatu yang sia-sia..


Ahad, 16 April 2017

Si Comel Casandra Limited Edition

Si "C" aka Casandra yang dinantikan.. Limited edition ni!


assalamualaikum semua.. semalam aku ada update pasal Si "C" yang bakal mendambarkan si peminat.. terutama peminat tudung dan shawl koleksi terhad atau limited edition.. sebenarnya aku nak cakap pasal koleksi tudung Casandra yang terbaru..

Si Cantik Casandra ~ Girlish Diamond Shawl


mesti ada yang akan cakap.. ooo.. rupanya tudung.. ingatkan apa tadi kan? Aku saje je nak bagi kejutan terutama bila dah lama tak menulis kat blog ni.. rindu pulak nak menaip panjang-panjang.. kalau di facebook bukan tak boleh naik menaip panjang-panjang tapi macam rasa tak berapa best je.. tu yang aku jarang menulis status panjang di facebook..


Pearl Diamond Square Scarf

Exclusive Diamond Shawl

Butterfly Diamond Shawl


dan sempena dengan kedatangan Si "C" atau Casandra yang pastinya akan memikat hati ni aku nak tulis satu post khas.. sila baca dengan mata bersinar-sinar ok.. haha..

5 sebab mesti beli Casandra


Apa Istimewanya Casandra ni? 

ada 5 perkara yang aku nak tekankan pasal keistimewaan Casandra..

1. Kain satin yang sangat berkualiti.. lembut je bila sentuh dan pakai tau.. ahhh.. gerenti in love la nanti..

kain satin yang lembut dan ada diamond cantik


2. Limited Edition - keluaran terhad ni tau.. cuma 100 helai bagi setiap warna dan pattern.. harus cepat sebelum kena rebut oleh orang lain.. kalau tetiba dah abis.. jangan gigit jari pulak nanti..

3. Ada pilihan warna yang esklusif dan pelbagai.. yang ni memang buat rambang mata la..

4. Ada pilihan 3 pattern asas berbeza jugak tau.. ada pilihan printed shawl, diamond shawl dan jugak koleksi bawal.. dan dalam 3 pattern ni jugak ada koleksi berbeza.. memang terbaik la..

5. Dannn yang aku rasa orang pasti tertunggu-tunggu.. pasal harga kan? Nanti aku kongsikan kat bawah ni.. yang pastinya mampu milik tau.. sebab tak sampai pun seratus harganya untuk kain yang berkualiti.. pengsan sekejap..

dan bersempena dengan pelancaran dan berlangsungnya Konvensyen bagi syarikat semalam.. ramailah memilih untuk memakai Casandra serta mencubanya buat kali pertama.. lepas tu terus jatuh cinta la kiranya.. ala-ala jatuh cinta pandang pertama gitu..

tengoklah mengerlip memasing

dengan model Casandra Diamond Shawl Mommy Leha yang comel


dan sekarang ni aku nak tunjuk dengan jelas pilihan yang ada untuk si esklusif Casandra ni.. meh terus tengok gambar meh.. 

*Amaran: Gambar yang ditunjukkan ni agak banyak supaya mata korang lebih bersinar.. hahaha.. (ketawa jahat)


















dan sekarang ni kita cerita pulak bab harga.. ini harga untuk koleksi Casandra yang cantik ni..




*HARGA JUAL*
🌺RM 89 printed shawl
🌼RM 85 diamond shawl
🌸RM 69 bawal pearl



dan jangan risau tau sebab ada tawaran menarik ni.. kalau ada sesiapa yang minat nak jadi agen dan dropship untuk koleksi Casandra ni boleh hubungi aku je.. lelaju tau sebab semuanya terhad.. agen dan dropship pun terhad ni..

No. Telefon : Rozita - 0137428301
 (whatsapp lagi laju aku jawab)








cepat tau.. tak sah la kalau aku tak tunjuk aku gayakan lagi Koleksi Casandra ni kan? cun tak? hahaha.. abis la model muslimah tak leh cari makan.. psstt.. tudung untuk photoshoot minggu depan dah ada.. yeay!


agak-agak boleh jadi model tak? yang ni Exclusive Diamond Shawl warna gold



Khamis, 13 April 2017

Lampin pakai buang untuk adik hadi

Assalamualaikum semua,

Korang ada tak anak yang aktif? Aktif sampai korang nak pakaikan lampin pakai buang pun dia lari sana sini? Ok aku dah ada 3 anak sebelum ni dan selama ni memang tak jumpa la yang pesen gini.. tapi bila dah masuk anak keempat ni banyak pulak ragamnya.. bertabahlah ita oii..


GOO.N Pants 


Kebetulan pulak baru ni dapat cuba satu jenama lampin pakai buang.. Jenama GOO.N.. pada aku jenama ni agak baru sebab aku tak pernah dengar pun.. tapi hakikatnya aku tak tau yang jenama ni sebenarnya dah popular sangat di pasaran negara Jepun tu.. kalau di Jepun diapers ni dipanggil 'Angel Baby Clothes'.. Wah kalau dengar je gelaran tu rasa macam tak sabar je nak cuba kan? Apa la yang best sangat sampai digelar macam tu? lagi pulak bila tengok blog Azlinda pun sama cerita pasal GOO.N.. Jadi aku memang teringin sangat la nak cuba untuk hadi.. yang bestnya sebab aku cuba yang jenis pant, yang macam seluar tu.. sesuai sangat dengan adik hadi yang sangat aktif..


barangan GOO.N

gambar bahagian depan



bila bukak je bungkusan plastik GOO.N ni aku agak teruja bila tengok gambar pada lampin pakai buang ni.. sebabnya apa tau? Memang bercirikan identiti negara Jepun ni! Gambar animasi kesukaan ramai yang popular dari Jepun menghiasi lampin pakai buang ni.. tak lain tak bukan ialah Kartun Doraemon! hahaha.. mak yang teruja lebih ni.. mau tak kan? Aku pun peminat animasi jugak tau.. apa je yang aku tak tengok? Naruto.. Doraemon.. Shin Chan.. eh banyak la.. join anak-anak.. hehe..


gambar belakang dia


bila tunjuk je gambar kat adik hadi.. haaa part ni best.. dia berenti berlari sebab nak tengok gambar Doraemon tau.. hehehe.. jadi senang sikit kerja aku jadinya.. kalau tak.. nak pakaikan lampin macam kau kena main belon acah dulu dengan dia.. tau tak belon acah tu apa? Ala permainan tradisi la.. macam galah panjang.. seronok main tu kalau kau budak-budak.. tapi kalau dah masuk kategori mak-mak tu kena main dengan anak mau semput la jugak..


peace

Ceria budak ni pakai GOO.N pants Doraemon


dan kami rasa berpuashati bila dah guna lampin pakai buang GOO. N ni sebabnya.. adik hadi ni adalah kategori yang ada alahan jugak kalau guna lampin pakai buang tak menentu.. kami dah cuba beberapa jenama pant diapers yang lain dan ada yang mahal jugak antaranya.. tapi selalunya kami terpaksa hentikan penggunaan sebab agak tak sesuai dengan adik hadi.. tapi alhamdulillah guna GOO.N pants ni nampaknya adik hadi kekal aktif tanpa ada alahan.. yang paling best ianya sangat nipis dan lembut dengan bayi.. tak hairan la boleh dapat gelaran 'Angel Baby Clothes' tu...



GOO.N Penguin Baby Wipe Box


kami jugak dapat cuba baby wipe jenama GOO.N yang macam dalam gambar atas tu.. ianya sangat lembut dengan bayi.. aku guna buat cuci muka dan tangan anak-anak jugak tau.. kalau korang biasa dengan kerenah anak kecik dalam kereta terutama bila sibuk pulak nak makan macam-macam bila dalam kereta.. macam tak boleh tunggu sampai rumah tu.. memang selalunya keperluan untuk ada tisu basah atau baby wipe dalam kereta ni adalah satu keutamaan la.. jadi adanya bekas tisu basah yang comel bergambar Penguin macam ni memang best la! comel je bila letak kat dashboard.. tak la sakit mata memandang.. hehe.. eh meh tengok video aku dengan kakak godeh si comel Penguin ni masa memula dapat aritu.. layannn...



sebelum terlupa kalau korang nak nak beli GOO.N ni dan cuba korang boleh dapatkan di Lazada.. ada antaranya ada promosi bersama beg yang comel.. mak-mak yang ada anak kecik jangan lepaskan peluang ni.. pergi la tinjau..


Selasa, 11 April 2017

Pengalaman pertama menderma darah

Pengalaman pertama menderma darah

assalamualaikum semua,

sebenarnya sejak dari dulu lagi.. bila lalu je kawasan lobi pasaraya atau memana bangunan la.. aku kerap jugak ternampak meja lengkap dengan peralatan hospital tempat orang menderma darah tu sekali la dengan stafnya yang berpakaian serba putih.. masa tengok hati meronta-ronta terasa nak pergi je derma..

derma darah kali pertama


tapi setiap kali tu mesti ada je halangan.. kalau masa aku belum berkahwin dulu.. serius aku cakap yang aku memang takut dengan jarum.. korang mesti tak caya kalau aku cakap kan? Ye la doktor haiwan takut jarum...hehe.. memang bunyi macam buat lawak... tapi ketahuilah itu adalah salah satu kelemahan aku sebenarnya.. aku takut sangat orang cucuk jarum ke badan aku.. terutama bila nak ambik darah.. seram ok.. tak tau nak gambarkan macamana rasanya..

dan bila dah kahwin pulak.. sebab dah selalu kena ambik darah masa mengandung.. rasa takut dengan jarum dan perasaan takut dan cemas bila darah diambik tu dah sedikit demi sedikit hilang.. entah kenapa.. agaknya sebab dah rasa biasa kot.. tapi tak nafikan la rasa takut tu masa ada di situ.. cuma agak berkurang la dari sebelum berkahwin.. antara sebabnya mungkin sebab dah bersalin sebanyak 4 kali kot.. pengalaman berbeza-beza setiap satunya tapi ketara semuanya diuruskan di hospital.. jadinya pengalaman dicucuk dan diambil darah tu salah satu antaranya..

tapi bila sebut je "DERMA DARAH" mula rasa cuak tu datang balik.. haha.. semangat mula jadi kecut sikit.. tapi hati meronta-ronta nak menderma.. boleh gitu ek? hehehe.. serius memang itu yang aku rasa pun.. dan aku mula la mencari info sana sini pasal derma darah ni.. antara yang aku tengok ialah laman web Pusat Darah Negara.. 

Syarat Penderma Darah :

1. Sihat tubuh badan.
2. i) Berumur di antara 18-65 tahun untuk yang pernah menderma.
    ii) Berumur di antara 18-60 tahun untuk pertama kali menderma.
    iii) 17 tahun (perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa/penjaga)
3. Berat badan 45kg ke atas.
4. Tidur minimum 5 jam pada malam sebelum menderma.
5. Tiada masalah kesihatan.
6. Telah mengambil makanan sebelum menderma darah.
7. Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut:
    Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual)
    Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)
    Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial.
    Bertukar-tukar pasangan seks.
    Mengambil dadah secara suntikan.
    Menjadi pasangan hubungan jenis kepada golongan di atas.
8. Pendermaan terakhir 3 bulan lepas.
9. Bagi penderma wanita, tidak mengandung, tidak datang haid dan tidak menyusukan anak.
10. Jangan menderma jika anda :
Pernah tinggal di United Kingdom (England, Nothern, Ireland, Scotland, Wales, Isle of Man atau Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan terkumpul atau lebih.
Pernah tinggal di Europe dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 5 tahun terkumpul atau lebih.

bila baca je syarat yang dinyatakan tu.. memang aku tak lepas untuk jangkamasa lama jugak la.. sebabnya bukan sangkut kat nombor 3 tu.. kalau kat syarat nombor 3 tu aku boleh buat sujud syukur dah berulang kali.. hehehe.. tapi selalunya aku sangkut kat syarat yang ke 9.. yang mana asyik la mengandung dan menyusukan anak tak abis-abis... siap bersambung-sambung pulak.. hahaha.. aktif bebenor.. jadinya aku cuma simpan je la hasrat nak menderma tu selama ni walau hati meronta-ronta nak pegi..

dan tetiba pulak bulan 2 lepas.. aku ternampak banner yang digantung di sepanjang jalan bersebelahan Yayasan Pahang tempat laluan aku pergi dan balik kerja hari-hari.. katanya akan diadakan Hari Menderma Darah di Yayasan Pahang cuma untuk satu hari tu je.. kebetulan pulak adik hadi dah lama berenti menyusu badan.. maka inilah peluang besar untuk aku.. jadi aku dah set dah kena makan awal-awal dan ajak shah hantar aku ke sana.. dengan semangat yang berkobar-kobar ok..

memula masuk je dah berdebar macam nak pegi interview je rasanya.. dah la diorang letak kawasan derma darah tu nun kat hujung dari pintu masuk tu.. melangkah ke situ je aku rasa macam sampai tak sampai je..hahaha... gelak la korang.. ini memang cerita serius ni tau.. aku pun dengan rasa berdebar tu pergilah cari meja untuk daftar.. takde orang pulak nak tanya.. ada la pelajar Kolej Yayasan Pahang yang tengah isi.. aku pun tanya dia.. dia tak tau apa pun.. huhuhu.. tetiba ada sorang staf yang baik hati tunjukkan mana borang nak isi dan kena beratur di mana lepas tu.. 

borang penderma darah


Cara-cara proses derma darah

aku kena jalani saringan untuk soalan yang biasa dan tekanan darah dulu kat seorang staf kesihatan kat meja pertama.. lepas tu aku disaring pulak oleh seorang doktor perubatan untuk semua soalan yang agak sensitif terutama dari segi kesihatan umum sampai la ke soalan sulit bahagian seksual semua tu.. alhamdulillah.. semuanya lepas..

inilah soalan sulit tu


lepas dari tu ada satu lagi saringan untuk ujian darah.. yang ni untuk tau kelas darah penderma.. yang ni bagus jugak bila korang sendiri dah tau apa jenis darah dan rhesus korang tau.. dan bila dah tau mereka akan labelkan pada borang dan sticker untuk kegunaan pada masa proses derma darah tu nanti..

nampak tak sticker O tu? Tekanan darah aku pun normal hari tu.. alhamdulillah


kemudian aku diarahkan untuk menunggu di kerusi menunggu untuk giliran menderma darah seterusnya.. sampai je giliran aku akan dipanggil dan disuruh berbaring di atas katil yang disediakan.. bukan baring keseluruhan pun la..berbaring separuh macam bersandar macam gambar kat bawah ni..

muka cuak tu.. hahaha siap tengok orang sebelah


bila dah berbaring atas katil tu.. tak la terus tangan korang dicucuk untuk keluarkan darah tu.. tapinya diorang suruh aku berehat dulu.. bagi keadaan penderma betul-betul dan tenang dan bersedia untuk mendermakan darah.. ada la lebih kurang 5 hingga 10 minit macam tu la.. selepas tu baru la ada staf kesihatan yang akan menjalankan proses derma darah.. salur darah dicucuk dengan jarum dan darah akhirnya disalurkan ke dalam tiub.. sebelum tu akan ada sampel darah yang diambil dan diasingkan untuk pemeriksaan lanjut oleh makmal.. jadinya jangan risau la pasal kemungkinan penyakit berjangkit dari penderma berjangkit kepada penerima darah ni nanti.. sebabnya mereka akan buat saringan oleh makmal dan dipastikan selamat dari semua penyakit berjangkit barulah darah mereka selamat untuk digunakan oleh pesakit yang memerlukan..

nampak tak ada staf yang mengasingkan darah mengikut tiub tu? cekap betul dia buat kerja


habis je proses derma darah ni, penderma tak terus dibenarkan berdiri.. mereka bagi rehat dalam 5 hingga 10 minit lagi sambil penderma dinasihatkan untuk menekan kawasan yang dicucuk dengan jarum tadi bagi memberhentikan pendarahan.. ini jugak untuk bagi badan penderma rehat selepas menderma.. dan aku agak proses aku jalani semua tu lebih kurang dalam jangkamasa 1 jam lebih macam tu la.. lepas menderma kami diberi cenderahati oleh Yayasan Pahang.. terima kasih ye.. ada jugak disediakan minuman dan biskut untuk mengalas perut selepas menderma.. alhamdulillah rezeki..

kalau nak tau aku tak tengok sangat pun tangan aku masa ni.. seram.. hahaha


akhirnya aku berjaya mengatasi rasa takut yang selama ni bersarang dalam hati aku.. alhamdulillah syukur.. semoga darah yang didermakan dapat la membantu mereka yang memerlukan di luar sana.. dan aku jugak nak berterima kasih pada semua penderma darah di Malaysia ni.. kerana abah juga salah sorang yang diselamatkan oleh penderma darah yang berhati mulia.. terima kasih! Dan buat mereka yang ada rasa takut macam aku jugak.. percayalah semuanya senang je sebenarnya.. lebih-lebih lagi dikendalikan oleh pegawai perubatan yang sangat berpengalaman macam mereka ni semua.. insyaAllah semuanya selamat.. lelagi bila niat kita baik..