Follow my blog with Bloglovin

Sabtu, 1 April 2017

Aiskrim Walls RM1 di 7 eleven!

assalamualaikum semua, 

semalam kami mencuba aiskrim seringgit kat 7 eleven.. RM1? ya... seringgit je.. aiskrim sedap pulak tu.. sebab sedap kena kongsikan dengan korang pulak..

promosi aiskrim sandwich rm1 di 7 eleven


asalnya ada kawan yang tunjuk dalam group whatsapp aritu.. nampak tak apa aku nak tunjuk? pengaruh kawan tu kuat woo.. ni mak-mak orang yang terpengaruh ni.. cuba bayang kalau anak-anak pulak.. lagi la kuat pengaruhnya tau..

bila kawan-kawan ada permainan best, mula la dia merengek nak jugak permainan yang sama.. tak yah permainan la.. pemadam je pun dah sibuk.. siap cakap yang kawan saya beli ada gambar itu ada gambar ini.. nampak pengaruh kawan tu macamana?

lagi la kalau dah besar sikit pulak nanti.. mula la terpengaruh pulak dengan kawan-kawan yang merokok, kawan-kawan yang pandai bersolek, kawan-kawan yang pandai main game kat CC pulak.. adoii.. cabaran betul.. 

eh tadi aku bukan nak cerita pasal aiskrim ke? ok.. ok kita sambung cerita aiskrim.. aiskrim ni kami tak pernah makan sebelum ni tapi disebabkan 7 eleven jual aiskrim ni antara barang promosi harga seringgit di 7 eleven tu aku pun cuba la.. 


model setia aku selain abg ngah


yang bestnya aiskrim ni dia ada diapit oleh dua keping biskut tebal.. biskut ni pulak yang specialnya ada lukisan gambar kartun yang best kat atas dia.. macam-macam gambar kartun ada.. meh tengok gambar yang kami ambik ni..


gambar kartun dia cute kan?

aku kata orang main layang-layang, tapi abg long kata orang selfie...huhuhu..

ayam ni tengah tengok tv pasal ayam goreng hahaha.. 


pastu bukan sebelah je tau.. sebelah lagi pun ada lain-lain pulak tu.. kagum aku macamana la diorang print kartun kat atas biskut tu kan? 

ada pulak iklan badan sado dalam biskut.. erkkk..



tapi yang tak berapa best aiskrim ni walau ada dua perisa vanilla dan coklat tapi dia cepat sangat cair.. kena pulak kami terbelek-belek nak tengok gambar dia kan.. bila masa nak makan dah cair.. tak best betul.. 

oh ya.. dia stail aiskrim potong lepas tu korang lapis biskut.. macam tu la.. kalau
biskut tu nipis dan ranggup macam biskut mamee tu aku rasa best gila kot makan.. ni bila rasa biskut tu macam lemau anak-anak dah mula muak.. sudahnya makan satu pun tak abis.. hahaha.. bagus selamat duit mak dia tak payah beli banyak.. 




korang nak try? gi beli kat 7 eleven berdekatan.. promosi sampai hari ni 1/4/2017 je tau.. pssttt beli pastu ambik gambo tau post kat IG korang tag Ceritaita kat situ..hahaha..
Cerita menarik lain

1 Luahan Ikhlas:

Nour Adieb berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

alaaa, promo dah tamat :'( sodihhh