Socialize

Follow my blog with Bloglovin

Khamis, 6 April 2017

Antara Vivo V5 vs Sony Xperia XA1?

assalamualaikum semua,

sejak dua menjak ni telefon aku dah mula menunjukkan tanda-tanda perlu diganti.. antara kerosakan serius yang dah diperbaiki berkali-kali ialah kerosakan mikrofon.. oh ye lupa nak bagitau.. aku pakai telefon bimbit jenama Lenovo.. model A6000, brand yang agak murah pada sesetengah orang tapi pada aku ianya agak berbaloi bagi orang yang takde kemampuan lebih tapi nak guna telefon pintar..

Vivo V5 vs Sony Xperia XA1


masa aku beli dulu harganya cuma RM259 dengan pakej langganan Digi sebanyak RM50 setiap bulan.. oh lupa.. ada kontrak jugak untuk setahun.. tapi alhamdulillah aku bersyukur sangat dengan smartphone ni walaupun dia mula buat hal sebelum abis waranti dia lagi.. itu pun bermasalah bila ada anak kecik.. kalau orang yang ada anak kecik rasanya faham apa penyebabnya.. apa lagi kalau bukan terjatuh..ermm.. tak leh cakap apa dah bila nak jadi..

smartphone Lenovo A6000 yang aku guna


dan sekarang ni keadaan menjadi makin kritikal bila pusat servis Lenovo di Kuantan yang aku selalu hantar tu dah tutup.. huwaaa.. rasa nak nangis bila dengar.. entah apa masalah dengan rakan kongsi ke gitu la yang orang kat pusat servis Lenovo untuk laptop tu cakap.. itu semestinya bukan masalah aku tapi yang masalahnya bila telefon aku mula rosak semula mikrofonnya dan takde tempat nak baiki.. haru..

sebab tu aku mula mengusung telefon dengan earphone ke sana sini.. antara asbab dia ialah kalau orang call mesti aku tak dapat nak cakap sebab orang tu tak boleh nak dengar suara aku.. lelagi kalau masa tu aku lupa bawak earphone... seksa gila la fasa ni.. orang kat pusat servis tu cakap boleh nak baiki tapi kena hantar ke KL yang mana aku akan kena cas penghantaran samaada boleh baiki ataupun tak.. sabar je la.. 

itu yang bermulanya idea nak beli telefon baru sebagai ganti.. tapi itulah aku ni bukan tau sangat pasal telefon canggih yang ada sekarang ni.. yang aku pakai pun ni kalau pada sesetengah orang dah kira agak kuno dah ni.. tetiba pulak Ben Ashaari kongsikan pasal telefon Sony Xperia XZ.. tapi aku cuma mampu baca je la.. mahal tu wei.. tapi ternampak pulak ada cerita pasal Sony Xperia XA1 pulak tetiba.. bila tengok harga eh.. RM1199.. ok jugak tu.. tengok spesifikasi dia pulak.. eh.. macam ok.. tapi...

perbezaan specification Vivo V5 dan Sony Xperia XA1


disebabkan model ni kena pre order.. aku pun macam nak tawar hati.. jadi aku sesaja la tinjau kaunter VIVO kat Giant Kuantan.. macam menarik je aku tengok iklan yang Siti Norhaliza selfie guna Vivo V5 tu.. cantik jugak.. harga dia pun RM1199.. sama dengan Sony Experia XA1 tadi.. aku pun sambil-sambil tu tanya la spesifikasi dia.. sambil-sambil tu aku tinjau jugak review online.. ini yang aku dapat..






tambahan lagi.. Sony Xperia XA1 tu ada features anti dust, kalis air.. kalis air tu macam best je tengok kan?

lepas tu aku tinjau jugak.. buat survey di facebook aku.. ada yang suruh pilih Vivo V5 je ramainya.. ke memang dah pupus peminat Sony ni eh? jadi korang rasa dengan semua perbandingan ni mana aku patut pilih? Jangan cadangkan yang berada di luar kawasan harga ni ye.. aku memang tak mampu.. huhuhu..




Cerita menarik lain

3 Luahan Ikhlas:

Julia Johari berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Nak cadang sony hehehe...sbb kalis air dan gambar yg dihasilkan top mcm dslr

Lea Azleeya berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ehemm ehemm nak tuko hp nampaknye.. ekekeke... nak cadang pown tak tahu sebab dua2 tak pernah pakai..

Dedaun Comel berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Saya pun tengah pening nak pilih antara vivo dan sony.. sebab dua2 macam cun melecun.. takut pula bila dah beli, menyesal kemudian hari.. haaha