Follow my blog with Bloglovin

Selasa, 25 April 2017

Mee Udang Banjir Kuala Selangor mengecewakan!

assalamualaikum semua, baca tajuk pasal mee udang banjir kuala selangor je mesti korang rasa teruja nak tau apa kisah di sebalik tajuk mee banjir udang banjir kuala selangor yang mengecewakan ni kan? bukan korang je tapi aku pun teruja nak cerita..

suasana dalam kedai - sesuai la untuk keluarga


tapi ini pengalaman aku.. diulangi pengalaman aku yang diceritakan dari cerita yang aku alaminya sendiri ketika datang bertandang ke Restoran Mee Udang Banjir Kuala Selangor ni.. aku kena cakap macam ni sebab nanti kalau aku tak cakap, akan ada je peminat setia yang tegar akan kata aku ni jenis blogger yang nak tutup periuk nasi orang.. bukan aku tak pernah kena dulu pun.. dulu la.. lama jugak.. jadi jujur pun salah tau.. aku pulak jenis kalau sedap dan ok layanan kedai makan tu aku memang puji la dan akan tolong promosikan untuk kawan-kawan datang jengah sama.. tapi kalau sebaliknya aku takkan senyap jugak.. jadi maaflah kalau menyinggung orang yang berkenaan..

signboard kedai yang korang boleh nampak clear dari jalan besar


cerita dia petang tadi selepas aku kecewa cuma dapat makan cendol sedap kat satu restoran di Kuala Selangor ni aku pun menonong la pergi ke kedai makan yang nampak sangat gah dari jalan besar sebelum tu.. oo lupa pulak aku bawak la adik aku sekali dengan kawan-kawan dia petang tadi.. kami sampai je kat kedai tu memang waktu maghrib.. aku akui la.. waktu agak tak sesuai.. tapi kedai ni bagus dia sediakan bilik solat untuk lelaki dan perempuan.. alhamdulillah.. yang ni memang kami puji.. sesuai jugak untuk keluarga yang ada anak kecik macam kami.. selesa sangat kerusi dia..

kami pun menunggu untuk diambil pesanan kami di meja dari mula datang.. awalnya shah ada la panggil seorang lelaki yang ambik pesanan untuk bersihkan meja yang kami duduk tu.. mintak tolong lapkan je pun.. baik.. masa ni muka pelayan tu dah semacam.. tanpa ada cakap apa dia terus lapkan kain yang agak berbau masam ke atas meja.. aku perasan ok.. kain tu lalu dekat muka aku dan aku boleh bau sangat "kesegarannya" tu.. tapi aku ok je la.. kain je pun.. tapi bila apa yang dia buat terus aku rasa hal kain pun patut cerita la..

bila dah lap meja, biasa akan ada pelayan yang ambik order dari meja korang la kan? dan kami jangkakan macam tu jugak.. tapi eh.. dia pergi ke meja sebelah pulak dulu.. takpe lagi, kami diam.. ingat dia datang la meja kami lepas tu.. tapi tak nampaknya.. shah terpaksa pulak pergi ke kaunter untuk bagitau yang pesanan kami belum diambil.. jadinya perempuan di kaunter berbaju biru dan bertudung biru yang kurasakan tokey tu bercakap la dengan pelayan yang tolong lap meja tu tadi.. "ikut abg ni", gitulah lebih kurang ayatnya..  lalu pelayan tu pun menuju ke meja kami membawa sebuah buku menu..

sesampainya di meja kami, waktu shah berdiri sebab nak mengamankan adik hadi yang dah mula meragam.. belakang shah pulak ada orang waktu tu.. jadi kawasan di belakang shah tu agak terhad.. si pelayan ni boleh lempar je buku menu tu atas meja melalui belakang shah.. dan kebetulan dia datang tu aku tengah sibuk ambik gambar.. terus tersnap waktu dia datang tu.. ikut hati aku nak je letak gambar dia masa tu tapi setelah fikit panjang aku batalkan niat..

lepas dia campak menu, dia duduk kat meja sebelah sambil tak berkata sepatah haram pun.. masa ni aku memang terasa panas la kat muka.. maklumlah dah ternampak cara dia lempar menu tu dan aku masih cuba bersabar la tak tengok muka dia sebab aku tau kalau aku tengok muka dia mesti akan ada orang yang akan kena ni.. pantang betul aku layanan macam kita datang mengemis macam ni.. kami bayar kot..

tapi dia jadi tak sabar tunggu aku pilih menu tu dia pergi ke meja orang lain.. elok je dia bagi menu dan berdiri sebelah orang tu untuk ambik pesanan.. rasanya apa la salah kami sampai dilayan macam tu agaknya.. kemudian dia datang semula ke meja kami.. terus aku tanya dia..

aku : "bang, ada masalah apa abg dengan kami ni sebenarnya?"
pelayan : "eh takde apa la"
aku : "jangan nak tipu la, dengan orang lain abg layan elok je.. tapi dengan kami abg siap campak-campak pulak menu, kami ada buat salah ke dengan abg ni?"
pelayan : "eh tadi kan saya tak sampai jadi saya bagi ikut belakang abg ni la.. takde campak la"
aku : "alah bang.. bukan saya tak tau beza pun orang campak dengan bagi elok-elok.. dari tadi saya perhati je abg ni.. macam kami datang tak diundang pulak.. kami datang sini nak makan kot tapi abg layan macam ni.. dengan orang lain abg boleh buat elok je.."
pelayan : "eh takde campak la.. ok la kalau awak rasa saya campak saya mintak maaf la.. tapi saya tak campak pun tadi"
aku : terus tolak menu tu pada shah "abg order la.. ita dah takde selera nak makan"

ok.. ya.. aku memang sangat marah ye masa tu.. sampai aku lupa order air pun sudahnya.. bila anak sebut nak air macam orang sebelah baru aku sedar yang aku rupanya tak order air pun tadi.. mungkin ada orang yang akan kata ala dia campak menu je pun.. ala dia dah mintak maaf pun.. tapi kalau kena kat korang pun aku rasa ada jugak yang akan marah dan cara dia mintak maaf tu pun nampak sangat macam tak ikhlas kot.. sambil sengih-sengih macam dia tak buat salah pun gayanya... terpaksa je dia mintak maaf dengan aku la macam tu.. 

nampak macam sedap kan? percayalah yang ianya tak sedap.. hahaha


kalau ikutkan jiwa aku yang biasa ni memang aku dah blah dan tinggalkan je kedai dia ni pergi terus kedai lain tapi bila aku kenangkan anak-anak yang lapar dah 2 kali tukar kedai makan tapi tak dapat makan terpaksa la aku diamkan jugak.. tapi kemudiannya memang aku menyesal gila la.. pasal bil kat kedai ni dalam RM38++ untuk menu nasi goreng, nasi goreng udang dan 2 mee udang serta air teh limau ais dan air kosong yang ternyata tak berbaloi..  mee udang dia tu kami kongsi tau.. pun tak abis.. langsung tak sedap.. tak reti la aku nak terangkan rasa dia macamana.. tapi memang tak kena selera walau kami ni tengah lapar.. bukan sebab aku marah tau.. tapi memang tak sedap la.. memang cukup sekali je la ni aku singgah.. maaf je la.. Mee Udang Banjir Kuala Selangor ni memang sangat mengecewakan..


Cerita menarik lain

10 Luahan Ikhlas:

Kak Sue berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Kak Sue pun pernah singgah sini juga Ita, ingat Kak Sue je perasan muka pelayan tu tak ada senyum langsong.. ambik order salah. Masih diamkan Kak Sue kalau marah lain macam sikit jadi baik diam ja.. dan.. betul Mee Udang tu pada selera Kak Sue biasa aja..

AzzAMasturA berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

dah kena sekolahkan boleh tersengih sengih lagi ha lepas tu reti pulak layan elok elok . ishh geram aku

Shahida Dzulkafli berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Tak suka pelayan perangai macam ini.. Kita datang nak makan kot dan bayar.. Bukannya minta percuma.. Patutnya kenalah layan elok.. Minta lap meja pun nak marah ke.. Haiah.. memang tak singgah la..

Rozita Cerita Ita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Kak Sue

kak sue pun kena? ntah2 kalau saya letak muka orang tu terus kak sue kata.. eh orang yang sama la ni ita.. hahaha

Mohd Taufik berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Kena cuba Mee Udang Banjir Tanjung Karang plak..sebelah masjid batu 10. biasanya klo blk kesana pasti singgah. x mengecewakan..

Azian Elias berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Bukan kedai ni macam dah tutup.. ke dia bukak kat tempat lain?
layanan cam tu sure mengundang rasa marah kita kan. mode pun spoil je.

Haneeza Mohamad berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

eei menyirapnya.. pehal datang bulan ke pelayan tu? huhu

www.neezalife.com

asma el Kareem berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Macam macam ragam manusia. Bertabah la ye dengan kerenah yang macam tu. Tapi memang mengjengkelkan perangai begitu.

UmmiZara beauty shop berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hai la kan..nk berniaga elok2 la kan..kite dtg makn bukan free.bertabahla kak..pasni boley try tempat lain plak :)

hai salam perkenalan sy nik :)blog sy https://ummizarabeautyshop.blogspot.my

Eintan Nurfuzie berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kalau cik en, cik en blah je trus