Follow my blog with Bloglovin

Selasa, 11 April 2017

Pengalaman pertama menderma darah

Pengalaman pertama menderma darah

assalamualaikum semua,

sebenarnya sejak dari dulu lagi.. bila lalu je kawasan lobi pasaraya atau memana bangunan la.. aku kerap jugak ternampak meja lengkap dengan peralatan hospital tempat orang menderma darah tu sekali la dengan stafnya yang berpakaian serba putih.. masa tengok hati meronta-ronta terasa nak pergi je derma..

derma darah kali pertama


tapi setiap kali tu mesti ada je halangan.. kalau masa aku belum berkahwin dulu.. serius aku cakap yang aku memang takut dengan jarum.. korang mesti tak caya kalau aku cakap kan? Ye la doktor haiwan takut jarum...hehe.. memang bunyi macam buat lawak... tapi ketahuilah itu adalah salah satu kelemahan aku sebenarnya.. aku takut sangat orang cucuk jarum ke badan aku.. terutama bila nak ambik darah.. seram ok.. tak tau nak gambarkan macamana rasanya..

dan bila dah kahwin pulak.. sebab dah selalu kena ambik darah masa mengandung.. rasa takut dengan jarum dan perasaan takut dan cemas bila darah diambik tu dah sedikit demi sedikit hilang.. entah kenapa.. agaknya sebab dah rasa biasa kot.. tapi tak nafikan la rasa takut tu masa ada di situ.. cuma agak berkurang la dari sebelum berkahwin.. antara sebabnya mungkin sebab dah bersalin sebanyak 4 kali kot.. pengalaman berbeza-beza setiap satunya tapi ketara semuanya diuruskan di hospital.. jadinya pengalaman dicucuk dan diambil darah tu salah satu antaranya..

tapi bila sebut je "DERMA DARAH" mula rasa cuak tu datang balik.. haha.. semangat mula jadi kecut sikit.. tapi hati meronta-ronta nak menderma.. boleh gitu ek? hehehe.. serius memang itu yang aku rasa pun.. dan aku mula la mencari info sana sini pasal derma darah ni.. antara yang aku tengok ialah laman web Pusat Darah Negara.. 

Syarat Penderma Darah :

1. Sihat tubuh badan.
2. i) Berumur di antara 18-65 tahun untuk yang pernah menderma.
    ii) Berumur di antara 18-60 tahun untuk pertama kali menderma.
    iii) 17 tahun (perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa/penjaga)
3. Berat badan 45kg ke atas.
4. Tidur minimum 5 jam pada malam sebelum menderma.
5. Tiada masalah kesihatan.
6. Telah mengambil makanan sebelum menderma darah.
7. Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut:
    Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual)
    Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)
    Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial.
    Bertukar-tukar pasangan seks.
    Mengambil dadah secara suntikan.
    Menjadi pasangan hubungan jenis kepada golongan di atas.
8. Pendermaan terakhir 3 bulan lepas.
9. Bagi penderma wanita, tidak mengandung, tidak datang haid dan tidak menyusukan anak.
10. Jangan menderma jika anda :
Pernah tinggal di United Kingdom (England, Nothern, Ireland, Scotland, Wales, Isle of Man atau Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan terkumpul atau lebih.
Pernah tinggal di Europe dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 5 tahun terkumpul atau lebih.

bila baca je syarat yang dinyatakan tu.. memang aku tak lepas untuk jangkamasa lama jugak la.. sebabnya bukan sangkut kat nombor 3 tu.. kalau kat syarat nombor 3 tu aku boleh buat sujud syukur dah berulang kali.. hehehe.. tapi selalunya aku sangkut kat syarat yang ke 9.. yang mana asyik la mengandung dan menyusukan anak tak abis-abis... siap bersambung-sambung pulak.. hahaha.. aktif bebenor.. jadinya aku cuma simpan je la hasrat nak menderma tu selama ni walau hati meronta-ronta nak pegi..

dan tetiba pulak bulan 2 lepas.. aku ternampak banner yang digantung di sepanjang jalan bersebelahan Yayasan Pahang tempat laluan aku pergi dan balik kerja hari-hari.. katanya akan diadakan Hari Menderma Darah di Yayasan Pahang cuma untuk satu hari tu je.. kebetulan pulak adik hadi dah lama berenti menyusu badan.. maka inilah peluang besar untuk aku.. jadi aku dah set dah kena makan awal-awal dan ajak shah hantar aku ke sana.. dengan semangat yang berkobar-kobar ok..

memula masuk je dah berdebar macam nak pegi interview je rasanya.. dah la diorang letak kawasan derma darah tu nun kat hujung dari pintu masuk tu.. melangkah ke situ je aku rasa macam sampai tak sampai je..hahaha... gelak la korang.. ini memang cerita serius ni tau.. aku pun dengan rasa berdebar tu pergilah cari meja untuk daftar.. takde orang pulak nak tanya.. ada la pelajar Kolej Yayasan Pahang yang tengah isi.. aku pun tanya dia.. dia tak tau apa pun.. huhuhu.. tetiba ada sorang staf yang baik hati tunjukkan mana borang nak isi dan kena beratur di mana lepas tu.. 

borang penderma darah


Cara-cara proses derma darah

aku kena jalani saringan untuk soalan yang biasa dan tekanan darah dulu kat seorang staf kesihatan kat meja pertama.. lepas tu aku disaring pulak oleh seorang doktor perubatan untuk semua soalan yang agak sensitif terutama dari segi kesihatan umum sampai la ke soalan sulit bahagian seksual semua tu.. alhamdulillah.. semuanya lepas..

inilah soalan sulit tu


lepas dari tu ada satu lagi saringan untuk ujian darah.. yang ni untuk tau kelas darah penderma.. yang ni bagus jugak bila korang sendiri dah tau apa jenis darah dan rhesus korang tau.. dan bila dah tau mereka akan labelkan pada borang dan sticker untuk kegunaan pada masa proses derma darah tu nanti..

nampak tak sticker O tu? Tekanan darah aku pun normal hari tu.. alhamdulillah


kemudian aku diarahkan untuk menunggu di kerusi menunggu untuk giliran menderma darah seterusnya.. sampai je giliran aku akan dipanggil dan disuruh berbaring di atas katil yang disediakan.. bukan baring keseluruhan pun la..berbaring separuh macam bersandar macam gambar kat bawah ni..

muka cuak tu.. hahaha siap tengok orang sebelah


bila dah berbaring atas katil tu.. tak la terus tangan korang dicucuk untuk keluarkan darah tu.. tapinya diorang suruh aku berehat dulu.. bagi keadaan penderma betul-betul dan tenang dan bersedia untuk mendermakan darah.. ada la lebih kurang 5 hingga 10 minit macam tu la.. selepas tu baru la ada staf kesihatan yang akan menjalankan proses derma darah.. salur darah dicucuk dengan jarum dan darah akhirnya disalurkan ke dalam tiub.. sebelum tu akan ada sampel darah yang diambil dan diasingkan untuk pemeriksaan lanjut oleh makmal.. jadinya jangan risau la pasal kemungkinan penyakit berjangkit dari penderma berjangkit kepada penerima darah ni nanti.. sebabnya mereka akan buat saringan oleh makmal dan dipastikan selamat dari semua penyakit berjangkit barulah darah mereka selamat untuk digunakan oleh pesakit yang memerlukan..

nampak tak ada staf yang mengasingkan darah mengikut tiub tu? cekap betul dia buat kerja


habis je proses derma darah ni, penderma tak terus dibenarkan berdiri.. mereka bagi rehat dalam 5 hingga 10 minit lagi sambil penderma dinasihatkan untuk menekan kawasan yang dicucuk dengan jarum tadi bagi memberhentikan pendarahan.. ini jugak untuk bagi badan penderma rehat selepas menderma.. dan aku agak proses aku jalani semua tu lebih kurang dalam jangkamasa 1 jam lebih macam tu la.. lepas menderma kami diberi cenderahati oleh Yayasan Pahang.. terima kasih ye.. ada jugak disediakan minuman dan biskut untuk mengalas perut selepas menderma.. alhamdulillah rezeki..

kalau nak tau aku tak tengok sangat pun tangan aku masa ni.. seram.. hahaha


akhirnya aku berjaya mengatasi rasa takut yang selama ni bersarang dalam hati aku.. alhamdulillah syukur.. semoga darah yang didermakan dapat la membantu mereka yang memerlukan di luar sana.. dan aku jugak nak berterima kasih pada semua penderma darah di Malaysia ni.. kerana abah juga salah sorang yang diselamatkan oleh penderma darah yang berhati mulia.. terima kasih! Dan buat mereka yang ada rasa takut macam aku jugak.. percayalah semuanya senang je sebenarnya.. lebih-lebih lagi dikendalikan oleh pegawai perubatan yang sangat berpengalaman macam mereka ni semua.. insyaAllah semuanya selamat.. lelagi bila niat kita baik..





    Cerita menarik lain

    10 Luahan Ikhlas:

    I N A A I N A A berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

    Dah lama ena tak derma darah.. Ena suka derma darah hehehe

    saniah ibrahim berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

    Tentu satu kepuasan dpt derma darah kan.Akak teringin juga sejak dulu tapi tak kesampaian.Akak pulak yang jadi penerima darah .Dah 4'pain darah dalam badan akak ni ita.

    Azlinda Azman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

    Lama tak derma darah...amalan yg bgus menderma ni.

    Nurzakiah Hanum berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

    tahniah

    Lea Azleeya berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

    Alamakkk.. Lea memang tak berani nak derma darah.. ritu dah nak derma, bila tengok jarum beso tak jadi.. ekekeke

    Lisa Nurulain berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

    Lisa tak layak.. darah rendah . aduduudd

    Efa Othman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

    Teringin jugak nak menderma tapi takut... Hehehe

    Reena Sidek berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

    terbaik la kak rozita. Amalan yang baik.

    Afiq Halid berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

    Best kan? Afiq kdg2 rasa nak buat selalu Tapi x boleh kerap.haha

    Dedaun Comel berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

    Selalu nampak banner2 derma darah mesti saya nak dermah.. tapi bila dah dekat, tak berani pula nak duduk.. haha