Follow my blog with Bloglovin

Selasa, 4 April 2017

Resepi mudah Asam Pedas Ikan Patin gerenti jadi !

Resepi mudah asam pedas ikan patin


assalamualaikum semua,

hari ni tetiba je rasa nak kongsikan resepi asam pedas.. tapi kali ni resepi yang sangat mudah.. tak perlu susah-susah nak blender bawang bagai.. cuma perlu tambah air je.. haa.. jangan tak percaya tau.. meh aku kisahkan jom..

asam pedas ikan patin
asam pedas ikan patin


ikan patin yang aku guna ni ihsan dari abang yus, abg ipar shah.. alhamdulillah dia dah bela ikan patin dalam sangkar di kampungnya di Sungai Temerloh.. dan syukur yang kami ni dapatlah tumpang rezeki orang pulak kali ni.. lama dah shah bawak balik.. tapi disebabkan aku masih lagi berfikir nak masak apa yang sesuai, makanya ikan tu duduk bertapa je la dalam peti untuk jangkamasa yang agak lama...

memula aku fikir nak masak tempoyak je ikan tu.. tapi bila fikir pulak yang masak tempoyak ni kalau tak pedas mesti tak berapa sedap dan loya pulak rasa tekak.. tapi kalau masak pedas karang tentu anak-anak tak boleh nak makan.. lagi la jadi dilema sang emak pulak tetiba.. korang jangan nak pelik pulak ye.. inilah namanya orang perempuan sebenarnya.. nak masak pun dia boleh fikir berjuta kali siap dengan kajian risiko tau.. cuba bayangkan kalau benda lain pulak? hahaha.. bertabah je la..

dan lepas tu elok je kami ambik stok pes sambal tempoyak bersama dengan pes segera asam pedas Dilaila Food dari Kedai Kak Laila kat Nilai masa kami ke Putrajaya baru ni.. oh.. aku lupa nak cerita.. yang kami dijamu oleh kak laila dengan asam pedas ikan siakap tau.. sedapnya.. sampai lupa aku nak ambik gambar.. kakak husna makan sampai jilat-jilat jari.. sedap betul.. terima kasih kak laila.. dan disebabkan teringat kesedapan asam pedas tu yang kak laila kata gunakan pes asam pedas segera yang sama.. maka aku dengan lajunya terus buat keputusan ikan patin hari ni mesti dimasak asam pedas! hahaha.. veto kan? tak tanya orang lain lagi dah... meh kita kongsikan resepi mudah ni.. semudah ABC...

Resepi Mudah Asam Pedas Ikan Patin


Bahan-bahan

Pes Segera Asam Pedas Dilaila Food (300gram) boleh didapati dari semua agen (aku ejen sah area Kuantan dan Pekan - RM8 je harganya) 
Minyak masak secukupnya (taknak letak pun takpe)
Air secukupnya
Ikan patin seekor (yang sedang-sedang dalam 500-700gram seekor)
Tomato (ikut suka)
Bunga kantan (ikut suka - aku tak letak sebab takde)


gambar pes asam pedas ~ ihsan Instagram Dilaila Food


Cara-cara
1. Panaskan minyak masak
2. Masukkan pes segera asam pedas Dilaila Food dan tumis sekejap. (kalau ikutkan tak payah pun takpe, tapi aku buat sebab suka bau dia yang semerbak harum mewangi)
3. Kemudian masukkan ikan yang dah dilumur dulu dengan asam jawa dan dibasuh.
4. Masukkan air secukupnya dan biarkan mendidih. (kalau nak lompat terus sini pun boleh tak yah buat langkah 1 & 2 tu, masukkan air dan ikan.. selesai)
5. Masukkan juga tomato, bunga kantan atau sayur lain macam terung atau bendi jika suka.
6. Matikan api bila kuah dah mendidih dan boleh dihidangkan.


dah siap! senang kan? sangat mudah tau.. korang tak payah dah nak letak perisa bagai tu.. semua dah secukup rasa dah dalam pes ni.. dan yang paling best dah siap ditumis rempahnya tu dan dah ada siap daun kesum dalam rempah segera ni.. haa... mana nak cari kan yang ada siap daun kesum ? bagi sesiapa yang nak dapatkan pes segera ni korang boleh la dapatkan dengan agen yang terdekat atau korang boleh je contact aku kat Facebook atau kat whatsapp biasanya kat whatsapp ni aku jawab lagi cepat la.. insyaAllah kalau yang jauh teringin pun boleh diuruskan pengeposan.. haaa gitu sekali aku nak mudahkan korang tau.. 

daging salai masak tempoyak - ini gambar ihsan pelanggan tau.. inovasi dari sambal tempoyak ikan bilis petai ~ tq yanil


bulan puasa dah nak dekat... tak yah nak pening nak fikir nak masak apa untuk berbuka nanti.. dengan pes Dilaila Food semua beres.. ada sambal tempoyak ikan bilis dengan petai, sambal tempoyak ikan bilis tanpa petai, pes asam pedas, pes masak lemak dan pes masak merah.. semuanya tinggal curah-curah je tau.. meh contact aku cepat :

Rozita 013-7428301
Shah 013-9222975



pilihan pes segera dan sambal Dilaila Food yang ada





Cerita menarik lain

7 Luahan Ikhlas:

Lea Azleeya berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Sedap bebenooo ke kak ida ehhh pes tu??

Normi Nieza berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

uikk..sdapnya..:)

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Lea Azleeya
bila pulak nama akak jadi ida dik oii.. hahaha.. sedap.. meh la try..hehe

Amanda Suria berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Alaaaa...knp sedap sgt ni....

Kak Sue berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Senang keje kan Ita.. 😀

Nina Mirza berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Ada lagi balance tak ita?
Kalau ada nak hantar mangkuk tingkat ni ....
Hehee

Nour Adieb berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

dah lama x makan ikan patin. masak lomak pun sodap juga kan kalau ikan patin <3