Follow my blog with Bloglovin

Ahad, 2 April 2017

Sabun basuh wangi dan tahan lama?


Sabun basuh wangi dan tahan lama?


assalamualaikum semua, 

hari ni aku nak kongsi pasal sabun basuh yang sangat wangi dan tahan lama.. aku pernah kongsikan satu jenama dulu kat SINI tapi itulah.. lama dulu la.. lepas jenama Top tu popular agaknya kualiti makin merundum..



dan kali ni kami dah bertukar dengan jenama lain yang harapnya dapat la berkekalan kualiti dan harganya.. yang part harga tu paling utama di zaman kegawatan ekonomi sekarang ni tau..

sabun yang aku nak kongsikan ni jenis cecair dan berjenama jugak.. kiranya agak lama jugak la berada kat pasaran Malaysia ni.. cuma selama ni banyak sabun ni jenis serbuk yang aku jumpa dan bau dia sangat kuat dan tak la sedap mana pun baunya..

tapi bila dah cuba yang cecair ni aku terus rasa taknak beli yang lain dah.. mak aku yang tak berapa suka guna sabun cecair pun aku dah berjaya pengaruh untuk guna sabun cecair Kuat Harimau ni..

haa.. semua orang tau sabun Kuat Harimau kan? kalau dulu aku perasan cuma ada jual jenis serbuk.. agak murah di pasaran tapi aku tak berapa berkenan bau dia walaupun kadang-kadang disajikan dengan tempelan hadiah percuma yang dapat bila beli sabun Kuat Harimau ni..

dijadikan cerita hujung tahun lepas kami pergi ke satu pasaraya ni.. ternampak ada promosi sabun Kuat Harimau cecair yang pek 4.2 liter tu.. aku pun cuba la hidu-hidu bau sabunnya.. eh.. eh.. sedap la pulak.. siap ada dapat refill pek lagi tau masa tu.. harganya masa aku beli tu RM21 macam tu.. kononnya beli satu dulu nak cuba..

dannnn... selepas cuba terus melekat sampai sekarang.. antara salah satu sebabnya aku suka sangat guna ialah bau dia tetap kekal harum di baju walau korang sidai dalam rumah ketika musim hujan..

sebab apa tau? sebab sabun ni direka memang khas untuk keperluan disidai di dalam rumah atau indoor je... best kan? aku yakin zaman sekarang ni ramai cari sabun gini.. maklumlah.. zaman terdesak ni spender sidai kat luar rumah pun orang curi.. lagilah kalau kain baju yang cukup lengkap tu.. 

jadi dah ada sabun macam ni sangatlah membantu.. dah la harganya murah berbanding TOP.. Top dah jejak harga tak masuk akal dah.. kadang-kadang ada jugak offer tapi disebabkan kualiti dia yang memang sangat merundum dari dulu aku dah tak pandang dah.. eksen kan? kuasa pengguna kau.. nasiblah.. 

sesiapa yang sedang berkira-kira cari sabun yang memenuhi keperluan macam aku.. boleh la cari sabun Kuat Harimau ni.. bukanlah bermakna korang boleh kuat macam harimau.. tu kena makan biskut Tiger Biskuat.. eh.. tak.. tapi kalau korang nak cari sabun basuh yang agak berbaloi dengan harga, tahan lama dan baju tetap bau wangi walau disidai di dalam rumah.. marilah beli Kuat Harimau.. terutama dalam musim hujan dan banjir sekarang ni kan.. kalau yang ada anak kecik tu lagi la berbaloi guna.. kejap-kejap nak basuh baju dan lampin sampai tak muat ampai kat luar rumah kan?


sabun kuat harimau yang aku guna, atas mesin basuh Toshiba yang sangat tahan lasak dan berbaloi beli



aku guna yang botol warna hijau dan tudung dia oren macam ni.. selepas aku guna yang botol putih tudung oren tapi tak berapa best bau dia.. yang aku guna ni gerenti best bau dia.. wangiii je.. ada banyak pun pilihan sebenarnya.. tapi ikut suka korang la nak guna yang mana.. aku cuma bagi pendapat aku je..



Add caption



harapnya kalau aku dah buat entri ni janganlah tetiba Kuat Harimau terasa sangat popular dan mula demand dan naik harga atau downgrade kualiti macam sabun TOP buat tu.. haaa kau.. sampai sekarang ni ramai kawan-kawan aku pun dah bertukar dah..




Cerita menarik lain

1 Luahan Ikhlas:

Kak Sue berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Macam tertarik pulak nak cuba nie, yang penting nak sidai kain indoor tu kan.. tq for sharing Ita :)